Wednesday, May 25, 2011

Bila buntu semasa jawab exam

Tadi semasa jawab exam Pengenalan Pengajian Sosial, aku dapat idea nak wat entry tentang tajuk di atas. Boleh pulak aku dapat idea tyme tyme cenggitu kan. Nak share apa aku rasa bila buntu tak tahu nak jawab apa sedangkan masa menjawab panjang lagi dan banyak lagi soklan aku tak jawab. 


1. tengok kiri kanan depan belakang
aku  tengok sana sini bukan sebab nak meniru. Saje amek idea nak karang esei mana ah tau kot-kot kertas orang tepi atau orang depan aku terbang dapat ah idea nak jawab kalau ter-pandang jawapan dia. Tu namanya rezeki kan. 


Pastu kalau ushar orang sekeliling aku sedang jawab exam lawak giler kot. Aku gelak gelak kecil sorang-sorang. Hikhikhikhik... Agak-agak gitulah bunyik nya. Ada yang jawab sambil bersila atas kerusi, ada yang menyandar sedang fikir jawapan, ada yang pusing belakang teruih nak tengok jawapan orang belakang, ada yang baiki-baiki tudung, ada yang garu-garu kepala macam-macam perangailah. 


2. Mintak kertas lebih dari pengawas peperiksaan
Saje nak psyko orang sekeliling bajet macam aku karang panjang giler je esei. padahal amek kertas saje nak main conteng-conteng sebab bosan sangat. Mana ah tau sedang aku conteng-conteng tu dapat idea nak karang esei. 



3. Mula terbayang buku ngan nota
Aku ingat nota yang aku baca tu muka surat dia belah kanan, pastu ada lukisan katun-katun bekas aku conteng, kedudukan jawapan untuk soalan tu kat bahagian bawah tapi aku tak tau nak gitau macam mana ayat untuk jawapan tu. Eh.. kau faham tak apa aku nak gitau nih. Ha! tak faham? Lah, tolonglah faham. Aku tau jawapan untuk soalan tu ada dalam buku dan bahagian tu ada gambar-gambar. blablablabla....


Aku pon tak tau nak eksplain macam mana kat kamu. Dissapointed -_-". Ok lah aku nak sambung study. Esok last paper. Wish me luck !

Sunday, May 22, 2011

Salah ke budak MRSM jadi cikgu?


Hari tu semasa dalam bas perjalanan nak balik maktab aku duduk seat tepi sorang brader Indian dan gayanya seperti seorang yang berpelajaran belajar undang-undang. Dah setengah perjalanan aku tidur je bila aku bangun brader tu tanya aku belajar ke kerja? Dulu belajar kat mana? SPM dapat berapa? Sekarang belajar kat mana? blablablabla Dalam mamai mamai aku pon jawab lah ngan jujurnya aku ni  belajar lagi budak maktab dulu SPM dapat ....


Pastu dalam sembang-sembang tu dia pon kata, 


biasanya budak MRSM ni pandai, sepatutnya awak kena sambung masuk U tak pon belajar kat oversea. Ruginya awak daripada peringkat yang tinggi awak dah sama level ngan pelajar-pelajar sekolah biasa. mmmmm (aku speechless).


Sentap jugak lah aku macam perlekeh aku je brader ni. Taulah dia buat master dan aku tak tahu siapa dia tapi terima kasih pada nasihat yang diberi. Dia nasihat aku supaya pulun lagi belajar sebab aku kena naikkan balik standard aku. Memanglah dulu kat sekolah aku bukan pandai sangat pon CGPA masa belajar dulu harap lepas 3 pointer jek. Tak penah pon nak dapat 3.5 ke atas. -_-" 


Tapikan...... Bila aku survey dan contact balik ngan kawan-kawan sekolah dulu. RAMAI GILER KOT AMBIL EDUCATION! Budak maktab saje dah lebih 20 orang.


So, tak semestinya kau budak MRSM kau kena masuk U kau kena belajar kat oversea ku kena study engineering kau kena study medic. Tak semestinya okey. Kerajaan dan mak bapak bukannya kaya sangat nak hantar anak-anak belajar kat luar negara. Jadi, nasihat-nasihat yang dia bagi tu aku tapis dan terima apa yang aku boleh terima jerlah Hahahaha. Aku harap cikgu-cikgu sekolah aku masih bangga ada pelajar-pelajar dia jadi cikgu walaupun aku bukan dapat belajar kat oversea dan tak habis pon belajar kat universiti. 


Friday, May 20, 2011

Ke mana pegangan kita?


Sebelum aku diberi kebenaran untuk sambung belajar ke sekolah berasrama penuh (selepas UPSR) ayah aku dah letakkan syarat. Kalau mau masuk asrama kena bagi khatam dulu Al-Quran. Kalau tak jangan harap nak masuk asrama dan belajar jauh-jauh. Dengan bersungguh-sungguh aku mengaji Al-Quran walaupun terpaksa aku nak jugak khatam al-Quran. Alhamdulillah aku berjaya khatam al-Quran pada usia 12 tahun iaitu sebelum aku duduki peperiksaan UPSR. 


Dan lepas keluar result dan ditawarkan masuk MRSM ayah aku terus bagi green light walaupun tempat aku nak belajar tu jauh dari mak ayah. 9 jam perjalanan dari terengganu ke Kedah. Bila aku berada dalam suasana asrama (sehingga saat ini) baru aku faham kenapa ayah aku suruh khatam al-Quran. 


Sebabnya....


Bila aku tengok segelintir rakan-rakan yang sama-sama duk asrama sejak dari dulu sampai sekarang masih ada yang merangkak-rangkak baca al-Quran. Kita tak boleh nak salahkan mereka. Mungkin sebelum tinggal di asrama mereka tak diberi pendedahan tentang bacaan al-Quran. Alhamdulillah mereka dapat tinggal di asrama dan berkenalan dengan rakan-rakan yang dapat membantu mereka mengaji. 


Ayat-ayat al-Quran juga sebagi pendinding kita. Sewaktu aku tinggal di asrama MRSM dulu banyak kes histeria. Kami ramai-ramai baca surah yasin dan ayat Qursi untuk kuatkan semangat. Dan sewaktu aku kena tindih semasa tidur beberapa kali. Alhamdulillah aku dapat membca al-Quran. 


Dan...


Sekarang aku akui, aku dah jauh tinggalkan bacaan al-Quran. Ayah aku pesan selangkah kita tinggalkan al-Quran sepuluh langkah dia tinggalkan kita. Nasib baik setiap minggu akan diadakan bacaan al-Mulk kat asrama ni. Dulu masa kat MRSM setiap malam ada bacaan al-Mulk. Better lah kan daripada biarkan dada kita kosong dan terus jauh dari al-Quran. Kadang-kadang bila teringat aku ambil lah jugak al-Quran dan baca. Jahilnya diri ni. -_-"


Tuesday, May 17, 2011

Kepelbagaian etnik di Malysia dapat aku merasa pakai baju tradisional kaum lain


Aku bertuah berada dalam susana tempat aku belajar yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Sejak junior aku masuk tahun lepas bilangan pelajar sabah dan sarawak meningkat. Ada pelajar muka dia macam melayu tapi sebenarnya bukan melayu dan ada jugak muka macam cina tapi sebenarnya bumiputera. Macam-macam kaum ada kat tempat aku belajar ni ada kadazan, iban, bidayuh, India, campuran mat salleh ngan cina, campuran india dan iban dan lain lain lagi. Sehinggakan diadakan satu hari yang dinamakan Hari Etnik.



Kolam ni hasil tangan pelajar pelbagai kaum. Bukan pelajar India je yang buat tau. Kreatif mereka ni semua.


Walaupun Hari Etnik dah lama berlalu tapi aku nak citer jugak kemeriahan sambut hari etnik. Satu Malaysia. pada hari tu aku pinjam baju ngan sorang kawan India. Aku pakai punjabi.  Tengkiu Lalitha bagi pinjam punjabi awak. 


See. Melayu pakai baju kaum India. India pakai baju kaum Cina.


Bumiputera sabah dan sarawak. Cantik baju dorang. Ngan manik-manik semua.



Bersama junior saya. Mereka pakai sari semasa buat persembahan tarian tradisional India. Dapat johan.


Kaum cina pakai baju kebaya dan punjabi.


Kami pakai punjabi.






Seronoklah dapat sambut hari etnik. Aku dapat kenal ngan macam-macam kaum kat IPIK ni. Dapat jugak merasa pakai pakaian tradisional kaum lain. 


Monday, May 16, 2011

Ibu Bapa adalah guru pertama saya



Hari ni 16 Mei maktab aku tak sambut hari guru sebab kami dalam minggu exam. Jadi Hari guru di tangguh kepada semester depan. Takpe lah jasa guru-guru tetap di kenang. Guru pertama kita adalah mak dan ayah. Jangan lupa ucap kat mak ayah kamu 

"Selamat Hari Guru terima kasih menjadi guru pertama saya"


Bersama rakan-rakan sekelas dalam bidang pendidikan.


LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Dulu masa kat sekolah 16 mei mesti cikgu-cikgu nyanyi lagu ni. Sekarang setiap kali ada perhimpunan mesti aku kena nyanyi lagu ni. Nak berlinang air mata jugak lah. Layak ke aku nyanyi lagu ni. Tak sangka aku akan jadi cikgu lagi 3 tahun. Insyaallah. Terima kasih cikgu-cikgu saya yang ajar saya secara formal atau tidak formal.


SELAMAT HARI GURU