Sunday, March 22, 2015

Kenduri

Assalamualaikum..

Kali ni aku berpeluang turut serta dalam kenduri masyarakat Sarawak. Aku ikut sofia dan family ke kampung mereka di matu. Sangat style cara kenduri di sana. Kalo di kampung aku kami kalau kenduri arwah atau kecil kecilan memang makan hidang atas rumah jugak. Ada juga persamaan ngan di sini. Tapi yang style nyer..penyediaannya sangat efisyen dan teratur.


Minuman disediakan mineral water, satu jug air oren dan empat cawan dalam satu bekas. So nanti takdelah berebut air.

Nasi pulak diletak dalam satu bekas besar dan disediakan 4 pinggan letak sekali bawah tu. Senang nak ceduk nasi dan tak perlu melaung laung minta pinggan lagi kalau tak cukup.

Lauk ada pelbagai menu. Letak dalam satu tray semua menu tu. Sediakan 4 mangkuk dan 4 sudu untuk letak sup.

Dan dihidangkan seperti ini. Kalau kat kampung aku kami lapik pakai newspaper atau kain sproh tapi di sini mereka ada kertas kenduri. Beli satu gulung pastu hampar panjang panjang.

Tujuan mereka sediakan bekas semua 4 sebab mereka akan makan duk dalam kumpulan berempat. So lauk semua makan sama sama 4 orang. Macam kita makan berhidang di hotel atau restoran.

Dengan cara ni jugak boleh bajet bape orang yang datang. Senang kan nak kira.

Ni lah kertas kenduri yang aku cerita tadi..duduk ramai ramai makan sama sama. Dapat eratkan silaturahim.

Nanti aku nak suggest kat makcik makcik aku kat kampung buat style camni masa kenduri. Hehehe..


Wednesday, March 18, 2015

Perjalanan keluar dari LJ yang pertama

Assalamualaikum..

Alhamdulillah cuti sekolah seminggu ni aku dapat keluar dari LJ tapi tak balik semenanjung pon. Kawan kawan lelaki yang 3 orang tu pakat balik awal awal dah tempah tiket balik semenanjung. So aku menumpang tinggal di rumah bekas roomate aku masa kat maktab aritu. Lepas sekolah ari jumaat tu bergerak la aku bersama sama 3 orang cikgu lelaki.

Masa dapat keluar je dari gate sekolah tu punyer eksaited dan macam tak percaya itu jalan yang kami lalu masa masuk kali pertama. Kan kami masuk aritu dah malam so tak dapat tengok pemandangan luar. Tanjatlah aku tiba tiba tengok pemandangan..masha Allah..! SubhanaAllah! Berbukit bukau menghijau.


Pastu jalan dia berbatu kelikir besor besor so tak de harapan lah kau nak tido dengan nyenyaknya dalam hilux tu. Bapak aku pesan kalau pening semasa perjalanan jauh kami kena tido. So aku cuba tido. Sekali pang! Kepala aku terhantuk ke cermin..adoiii! Bukan sekali beb kepala aku terhantuk. Beberapa kali lah jugak. Sebab aku paksa diri untuk tido.

Masa sejam pertama aku mampu lagi melawak ngan mereka dalam hilux. Duk gelak gelak kat mereka masa tido terhuyung hayang. Lepas pada tuuuu... Mula dah aku ase macam biol dah otak aku. Pening gilerrr.. Macam aku baru lepas naik roller coster kat genting highland tu. Aku pon senyaaappp je sepanjang perjalanan.


Alhamdulillah aku ni jenis tak mabuk muntah muntah. Cuma pening je.


Masa mereka berenti turun kat satu perhentian tu. Aku tak turun. Aku duk sorang sorang dalam hilux tu nangis puas puas. Walaupon aku duk kata jiwa aku kental tapi kenkadang aku tewas jugak. Hahahaha...

Aku tak tahan sakit sangat sangat kepala ni. Sepanjang perjalanan aku diam jer. Macam kena rasuk pulak tyme tu. Cikgu cikgu lain tak tegur pon aku macam faham keadaan aku alami tu. Sesekali ada jugak mereka duk kata. " jeng doh azi".

Pastu mereka duk buat lawak tergelak juak aku akhirnya.. Selama 6 jam perjalanan aku sakit kepala. Dah sampai bandar M kurang dah sikit. Masa sampai situ dah nak gelap dah.

Aku cuba kuatkan semangat sedaya upaya tak mahu susahkn orang kalo aku termuntah ke kannn. Selagi aku boleh tahan aku akan tahan. Dah la aku sorang je pompuan. So aku kena berlagak kuat lah. Nanti nak masuk LJ pulak aku kena get ready fizikal mental. Nak gi cari bantal leher macam cikgu S pakai.

Kalaulah ada kerusi baby dalam kereta tu saiz besar aku rasa nak duk dalam tu jer sepanjang perjalanan. Tak de lah teruk sangat bergoyang. Hurmmm...

Selama 11 tahun aku naik bas perjalanan jauh kedah-ganu atau kl-ganu..tak der lagi aku rasa seteruk ni punyer pening naik hilux. Dugaan tuhan bagi semakin lama kehidupan aku makin mencabar. Perjalanan nak ke sekolah tempat mengajar pon makin mencabar. Hahahaha... Percaya dengan qada dan qadar..


 Pi es: aku try upload gambor tapi tenet tak kuat sekarang ni. Sorry. Nanti aku show off gambar pemandangan pejalanan aku. Wokey.


Sunday, March 15, 2015

Celoteh murid : 1

Assalamualaikum.

Setiap hari aku akan ada kelas ngan murid tahun 1. Satu hari aku bernada marah sedikit pada mereka kerana kelas bersepah.


Tcer: kenapa kelas tak kemas ni. ?
Murid: mereka tu tahun 2 datang main di sini.
Tcer: nanti sapu kelas ni kasi bersih bersih. Baru seronok nak belajar.
Murid: tiada kami penyapu cikgu.
Tcer: kelas kamu tiada penyapu?
Murid: iya. Tiada.
Murid: kamu kan guru kelas kami?
Tcer: ha aa..tcer guru kelas kamu.
Murid: naaaa.. Kamu la kena belikan kami penyapu.


Aisehhh.. Kesian kelas aku tak de penyapu.

Mana la aku tahu baru jadi guru kelas kan. Nanti sebelum masuk sekolah aku kena belikan sekali barang barang untuk kelas dan anak murid aku. Penyapu, jam dinding ngan buku buku latihan.

 Memang jadi cikgu jangan berkira ngan anak murid. Selagi mampu, keluarlah berbelanja untuk mereka. Tu pesan lecturer2 aku.

Saturday, March 14, 2015

Masak dan makan

Assalamualaikumm..

Bertemu kita lagi di sini. Sekarang kehidupan aku dah banyak berubah. Kalau dulu di bandaraya macam macam makanan ada untuk di makan. Tinggal nak gi beli jer kalau ada duit. Tapi sekarang dalam hutan macam ni mana ada kedai. Tak de dah nak lepak kedai makan bersama kawan kawan. Semua kena masak sendiri. Kau tak masak,haaaa kebulur lah kau hari tu.

Waktu mula mula aku masuk sini secara koboi. Sebelum masuk hutan ni membeli barang barang keperluan diri dan barang makanan rushing giler main ambik jer macam main explorace. Dah sampai sini nak masak plak baru sedor bahan apa yang kurang.


Nak buat ayam masak merah. Baru sedor tak beli cili giling. Last last jadi ayam masak sos cili jer. Sadisss btol.


Ni antara bahan makanan aku. Siket jer tapi yang penting nasi kena makan walaupon sehari sekali jer. Ada sardin milo nestum susu dan tea. Ada lagi barang lain mcam beras gandum gula dan garam aku letak dalam container.


Ni antara makanan yang aku masak dan sempat ambik gambor. Yang tak sempat tu sebab lapor sangat siap masak terus makan.

 Sekali jer pernah masak bihun goreng. Ni pon sebab ada lebihan bihun masa buat bihun sup. Aku pekik betol la kenapa rasa bihun sup aku buat dekat sini tak seperti yang aku buat kat umah semenanjung. Berbeza jenama bahan makanan kot.



Yang ni makanan paling sendu aku pernah buat. Memang selalu makan macam ni sebenirnya.. Nasi ngan kicap. Kicap ibarat lauk wajib setiap kali makan nasi.


Sedih jugak menghadapi realiti sekarang. Waktu rehat balik rumah nak kena masak makanan sendiri. Di sini tiada kantin. Murid murid makan kat dewan makan. Tapi cikgu balik rumah makan biskut je mampu. Sekarang aku dah tahu dah makanan yang sesuai untuk aku makan waktu rehat..


Tadaaaa... Roti canai segera! Geng laki bagi aku sebungkus roti canai segera. Dalam tu ada 5 keping. Nanti nak beli banyak banyak setiap kali rehat makan ni. Semoga lebih bertenaga nak ajor anak muid membaca phoneme. Hehehehe


Aku tak boleh gi kelas perut kosong pastu nak mengajar kan kena pakai otak dan suara. Kalo tak makan tak de energy memang lemau jela masuk kelas. Bila waktu tengah hari pulak bau ayam goreng dari dewan makan. Sedapnya anak murid aku punyer makanan..aku pulak letih balik sekolah kena masak lagi.


Pernah F mengadu kat aku. 'Syioknya kalo balik balik umah ada makanan dah bini masak siap dah'. Hahaha..masalahnya tunang dia tu pon cikgu.


Sekarang aku dah tau dah nak bagi mudahkan aku lepas waktu sekolah boleh makan terus. Waktu aku tak de kelas aku balik rumah jap masak nasi pastu keluarkan ayam atau sosej pastu nanti balik sekolah terus masak tak yah nak tunggu ayam lembik. Makan masa pulak nanti. Untong sekolah tepi rumah. Hehehehe..


Ni pulak nasi goreng geng laki masak. Kenkadang mereka masak mereka roger aku suruh gi ambik makanan atau tolong mai hantar ke rumah. Main share share makanan.


Aku ni penggemar tegar roti gadenia. Kalau pagi pagi sebelum gi kelas makan roti dulu cicah milo. Memang kalau kat hostel atau kat rumah pon kena ada stok roti. Tapi dalam hutan macam ni mana nak dapat roti.. Sob sob sob.. Pastu masa balik dari cuti raya cina akak serumah aku ada belikan roti.


Harga roti kat kg aku 80sen jer. Sekali dekat sini harga dia 2 hengget lebih seketuii.. Mak aihhhh.. Mahaii nyerr.. Tak de nak makan roti sangat la aku  lepas ni. Cicah biskut dalam milo jer la mampu. Lagipon roti cepat expired tak boleh simpan sampai sebulan.

Aku masih duk try nak ejas menu makanan aku ni. Aihh.. Rasa macam makin kurus je ni. Tanjat family aku tengok nanti bila balik bulan 6 ni. Hehehe... Ok bye!






Sunday, March 8, 2015

My house

Assalamualaikum...apa khabar hujung minggu anda. ? Semoga semua hepy dan boleh relex di rumah.

Semalam aku duduk kat rumah tak de langsung line internet. Aku send whatsapp tak lepas lepas. Pagi ni aku gi bilik guru baru dapat line internet. Berlambak whatsapp masuk pastu meseg goodnyte semalam antor ke kawan kawan dah tengah hari baru boleh send. Nasib lerrr..

Itulah..kadang kadang wifi sampai kat rumah kadang kadang tak. Selalu kat dalam group whatsapp kawan kawan duk bincang rancak je. Kalau aku mencelah hantar whatsapp orang dah habes cerita dah mesej aku baru sampai.

Oh ya! Tadi nak cerita pasal rumah kan. Ni nak show off sket rumah aku kat LJ ni.


Tadaaa... Ni rupa luaran rumah kami..ada macam chalet sket kan..semua rumah pakai astro. Kalau tak de astro mana nak dapat tengok tv.

 Tadi dah tengok luaran.. Sekarang tunjuk yang dalam pulak..ni ruang tamu.. Rumah yang aku tinggal ni bertiga. Ada tiga bilik so sorang dapat satu bilik.

Ada dapur jugak. Sekarang barang barang aku banyak pakai akak akak serumah aku punyer..dah aku masuk sini dulu barang keperluan diri je yang aku bawak. Pastu tumpang freezer mereka.. Nanti dah ada gaji boleh lah lengkapkan barang barang yang tak lengkap tu.



Ini pulak bilik kecil aku di LJ. Syukur lah datang sini dah ada katil meja almari tilam. Selesalah nak tidur. Walaupon buat masa ni langsir tak de lagi so kita bentangkan kain kain jer untuk tutup tingkap.. Salah satu benda yang menceriakan bilik ni adalah cadar buah buahan. Mak aku la ni kasi cadar tu. Nanti lah kita pikirkan untuk hias cecantik bilik ni ye kasi ceria lagi.

Alhamdulillah setakat ni aku selasa di sini. Syukurlah barang keperluan semua dah disediakan dan terima semuanya seadanya. Jangan nak demand sangat. Apa yang kurang tu nanti pelan pelan aku lengkapkan.


Doakan semoga aku terus tabah dan hepy hepy di sini. Ok bye!