Tuesday, November 6, 2012

Nota hilang esok nak exam


Esok aku exam last paper untuk semester ni, Principles of english language teaching (PELT).
Selepas exam esok ada beberapa student yang terpilih yang very LUCKY kena submit fail english.
Aku.. Salah seorang daripada yang lucky tu.
sedang belek-belek nota, tetiba baru aku terperasan satu bab nota aku tak de dalam fail.
Imbas balik mana nota tu semua.
 
Beberapa bulan yang lepas kami ada kuiz untuk bab yang hilang tu, aku cabut nota tu dari fail.
Sekarang aku tatau nota tu semua ada kat mana. Aku dah ter-buang atau letak tempat lain.
Pulunlah aku cari, tetiba terjumpa henfon roomate aku yang hilang seminggu yang lepas. 
Lain yang aku cari lain yang aku jumpa. 

Pelik memang pelik. Macam mana henfon roomate aku boleh ada elok je kat tepi rak buku tu.
Terus aku kol Nisa untuk gitau roomate aku (yelah, roomate aku tak de enfon sekarang).
Tak larat nak pikir pasal misteri enfon tu. Alhamdulillah dah jumpa. Tapi pelik jugaklah ngan kehilangan enfon ni sebab dah cari seminggu. Bateri pon tak habes. Elok jer menyala. 

Oh..balik pada hal nota aku.


Mood: tengah study

Untuk exam esok, aku pinjam nota cikwe jap untuk study. 
Malas dah nak cari nota sendiri yang tatau rejam kat mana lepas kuiz.. Esok submit je fail tanpa nota tu. 

Tak sabar nyerrrr nak habes exam.
Ramai dah penghuni hostel dah balik kampung. Sunyi sepi hostel.
Okeylah. aku mau study jap. Babai..

Sunday, November 4, 2012

Cek kedua dari Nuffnang



Alhamdulillah...
Sejak berkecimpung dalam dunia blogging ni aku dah terima dua cek dari nuffnang.
Aku blog sekadar suka-suka je. Citer pasal kehidupan aku dan pendapat aku tentang sesuatu perkara. 
Kalau ada benda best aku akan share dan juga ilmu-ilmu yang aku dapat aku suka share.
Dalam masa yang sama aku buh iklan nuffnang kat dalam blog.

Ko nampak tak iklan-iklan yang bergerak-gerak kat atas header, kat sidebar dan selepas entry ni? 
Ha..! Kalo nampak sila klik sekarang. Itulah iklan Nuffnang. Bukannya virus.


Earning aku tak seberapa kalo nak bandingkan ngan orang lain. Yang ni dua tahun lebih aku kumpul dapat banyak ni. Fuh! lamanyer menahan nafsu untuk cash out kan. (T____T)~

Dah dapat duit ni ko nak buat apa azie?
Aku nak beli shake  perisa cokelat Herbalife sebab shake capucino aku dah nak habes. Hehehehe...

Lepas ni kumpul lagi earning sampai dapat tiga angka. Insyallah...


Mak aku nak buang buku-buku aku


Semasa cuti raya haji aku balik rumah, aku tengok rak buku aku dah tak de dalam bilik.
Rupa-rupanya mak aku kemas bilik  aku dan nak buang semua buku-buku yang dah tak pakai. 
 
Sob sob sob....
Mak aku nak buang buku-buku ni.


Alasannya: dah tak de orang nak pakai. Baik recycle jer. Lagipon silibus dulu dah tak sama ngan silibus sekarang.


Aku ni sejak dari zaman sekolah rendah lagi hidup bergelumang dengan buku-buku.
Dalam bilik aku kat rumah penuh ngan buku.
Buku UPSR sejak zaman 2002 pon aku masih simpan. Sebab tu masa aku ajar tuisyen tak perlu nak beli buku-buku UPSR sebagai rujukan. Pakai je buku yang sejak 2002 tu.
lagipon aku ajar english so nak kena rujuk grammar, past tense present tense, verb segala bagai. Walaupon aku kat maktab ambil minor BI tapi bukan cerdik sangat. Kena rujuk rujuk buku jugak.


Bila dah masuk sekolah menengah pulak kena beli buku teks sendiri.
Sejak aku tingkatan 1 sampailah tingkatan 5, semua buku teks kena beli sendiri.
Sebab kat MRSM tak de skim pinjaman buku teks. 
(sekarang aku tatau masih kena beli atau dah ada pinjaman)
Memang berhabes duit banyak tang buku buku jer lah. 
Bila dah habes exam besar contohnya PMR dengan SPM, baru aku jual beberapa buah kat junior-junior. Tapi yang tinggal masih banyak sebab aku jenis yang sayang buku. 
Aku simpan buku-buku teks, buku rujukan, buku cerita semua sebab aku ada adik-adik lagi so aku pikir nanti tak payah lah nak beli buku lagi. Pakai jer aku punyer. Aku pon jagalah buku-buku tu elok elok. Siap balut okey!


Tapi...
Hampeh betoi adik-adik aku.
Dorang bukan jenis nak tengok buku sangat. Aku suruh dorang wat latihan kat buku-buku yang aku ada, dorang malas. Tak bersentuh pon buku-buku tu semua. Sob sob sob...
Alasan lain dorang bagi sebab buku teks aku penuh conteng conteng (salin nota tambahan cikgu bagi). Terutama buku teks sejarah yang penuh ngan highlighter.

Begitulah nasib buku-buku aku. Yang ada sekarang kat hostel ni pon dah 2 storage box besar. 
Mungkin akan terima nasib yang sama macam buku buku tu atau better aku jual kat junior bila aku dah habes belajar kan.



Friday, November 2, 2012

Permohonan BR1M 2.0 secara online


Mulai 1 November 2012, rakyat malaysia yang layak memohon,boleh memohon melalui aplikasi e-BR1M online.

Untuk isi permohonan secara online sila klik sini eBR1M

Ini syarat-syarat kelayakan untuk menerima BR1M



Kalau tengok syarat untuk dapatkan RM250, aku dah qualify dah. 
Umur 21 tahun ke atas, bujang, pendapatan kurang 2K.
Tapi, sekali baca yang bawah tu...
tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia.


Emmmm..semester depan aku dah masuk praktikum kat sekolah, 
elok aku ambil baucar buku untuk beli bahan bantu mengajar.

kepada yang 21 tahun ke atas, sila isi borang BR1M.
Senang je bila dah aplikasi online macam ni.
Apa tunggu lagi, klik eBR1M sekarang.. :)


Thursday, November 1, 2012

Bintang kecil


Satu hari aku masuk kedai buku. 
Nak cari hadiah untuk adik aku si kepoh tu.
Aku suka kalo bagi hadiah kat orang hadiahkan buku.Dapatlah jugak ilmu kalo baca buku.
Ushar-usharlah buku-buku yang sesuai dengan tahap umur 9 tahun. 
Tetiba ternampak majalah Bintang kecil. 

Cover girl Bintang Kecil pon pakai tudung. 
Memang budak ni bertudung ke atau nak jadi cover girl Bintang Kecil sekarang kena pakai tudung?
Ntahlah, aku tak belek pulak untuk tahu lebih lanjut.

Dulu masa aku form 1 form 2 macam tu aku suka baca Bintang Kecil.
Tak beli pon. Aku pinjam ngan Tin Aliya. Dia memang banyak buku dan selalu beli Bintang Kecil.
Aku pon tumpanglah baca.hehehehhe...

Tapi sekarang dah tak layan buku Bintang Kecil dah. Dah dewasa remaja gittewwww kenalah baca bahan bacaan untuk remaja. Tambah-tambah aku ni cetek ilmu agama. So sekarang aku suka baca Gen-Q. Yang Gen-Q ni aku beli sendiri lah. Takkan nak pinjam ngan Tin Aliya lagi. Dia sekarang ada jauh dari Malaysia. 


Murah jer majalah Gen-Q. RM7..! lagi murah dari beli sekotak rokok atau topup celcom 10hengget. 
Alaaaa...nak tambah ilmu janganlah berkira sangat kan. Ilmu agama pulak tu. Sama jugak ngan kesihatan. Herbalife mahal tapi berbaloi sebab jerawat aku dah pulih. Alhamdulillah...Hehehehe..