Friday, November 2, 2012

Permohonan BR1M 2.0 secara online


Mulai 1 November 2012, rakyat malaysia yang layak memohon,boleh memohon melalui aplikasi e-BR1M online.

Untuk isi permohonan secara online sila klik sini eBR1M

Ini syarat-syarat kelayakan untuk menerima BR1M



Kalau tengok syarat untuk dapatkan RM250, aku dah qualify dah. 
Umur 21 tahun ke atas, bujang, pendapatan kurang 2K.
Tapi, sekali baca yang bawah tu...
tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia.


Emmmm..semester depan aku dah masuk praktikum kat sekolah, 
elok aku ambil baucar buku untuk beli bahan bantu mengajar.

kepada yang 21 tahun ke atas, sila isi borang BR1M.
Senang je bila dah aplikasi online macam ni.
Apa tunggu lagi, klik eBR1M sekarang.. :)


Thursday, November 1, 2012

Bintang kecil


Satu hari aku masuk kedai buku. 
Nak cari hadiah untuk adik aku si kepoh tu.
Aku suka kalo bagi hadiah kat orang hadiahkan buku.Dapatlah jugak ilmu kalo baca buku.
Ushar-usharlah buku-buku yang sesuai dengan tahap umur 9 tahun. 
Tetiba ternampak majalah Bintang kecil. 

Cover girl Bintang Kecil pon pakai tudung. 
Memang budak ni bertudung ke atau nak jadi cover girl Bintang Kecil sekarang kena pakai tudung?
Ntahlah, aku tak belek pulak untuk tahu lebih lanjut.

Dulu masa aku form 1 form 2 macam tu aku suka baca Bintang Kecil.
Tak beli pon. Aku pinjam ngan Tin Aliya. Dia memang banyak buku dan selalu beli Bintang Kecil.
Aku pon tumpanglah baca.hehehehhe...

Tapi sekarang dah tak layan buku Bintang Kecil dah. Dah dewasa remaja gittewwww kenalah baca bahan bacaan untuk remaja. Tambah-tambah aku ni cetek ilmu agama. So sekarang aku suka baca Gen-Q. Yang Gen-Q ni aku beli sendiri lah. Takkan nak pinjam ngan Tin Aliya lagi. Dia sekarang ada jauh dari Malaysia. 


Murah jer majalah Gen-Q. RM7..! lagi murah dari beli sekotak rokok atau topup celcom 10hengget. 
Alaaaa...nak tambah ilmu janganlah berkira sangat kan. Ilmu agama pulak tu. Sama jugak ngan kesihatan. Herbalife mahal tapi berbaloi sebab jerawat aku dah pulih. Alhamdulillah...Hehehehe..




Wednesday, October 31, 2012

Ummi...Ada bigfoot..!


Satu hari aku jalan nak balik bilik.
Bilik aku level paling atas sekali. Level 3. 
Nan naik ke level 3 kena merentasi rumah warden yang terletak kat level 2.
tetiba pintu rumah warden terbuka, keluar lah anak warden menjerit-jerit.

"Ummi..! Ada bigfoot..! Ada bigfoot!"

Aku tetibe jadi blur. Budak ni nak maksudkan aku ke bigfoot tu?
Kalo bigfoot tu aku, memang jauh panggang dari api lah kan.
Pastu aku tengok kat tangga..


Oh..BigFoot..!




Tuesday, October 30, 2012

Running Man punyer pasal



Hari ni aku bangun awal.
lepas solat terus bukak buku nak study sebab esok exam paper teknologi dalam pendidikan.
Belek belek buku, masyaAllah..! Ada 12 bab semuanya.
Tu la, nak exam baru terhegeh hegeh nak bukak buku.
Pastu tengok pulak spot yang dapat dari kengkawan.
Semua bab masuk dalam spot.
Nak tak nak kena baca semua bab la nampak gaya nyer.

tetiba.......

Teringat Running Man ada beberapa episod lagi tak tengok.
Pulak dah..Tadi beriya je aku nak study.
Terus aku cucuk hardisk bukak running man tengok sampai habes jugak 2 episod yang tak tengok lagi tu.
Dari pukul 8 lebih sampailah pukul 11  aku tengok.
Dalam hati cakap 'tak pe esok exam petang, pagi boleh study lagi'. hehehehe..



Geng running man. Sekarang tinggal 7 orang je yang pemain utama. 


Pukul 12 camtu aku pergilah lepak bilik Gergasi (hahahaha) sambil sembang sembang.
Tetiba Ruby cakap esok kami exam pagi. Wohaaaaa....!!
Apakah????
Aku ni dah la baru baca bab 1. Ada lagi 11 bab menanti.
Siyes mati mati aku ingat exam petang. Tu la bangun awal gi layan running man pulok.
Tapi kalo aku tak habes kan episod tu takut teringat ingat time study. Lagi lah haru.
nasib baik laaaaa habes jugak.

Eh, ko penah layan running man tak?? 
syok sangat. Boleh release tensyen (ceh, alasan!)


Aku layan running man dari episod 1 sampailah episod 115. 
Farahin lah introduce kat aku citer reality show korea ni kat aku.
Sekarang dah kuar episod 117 da. Tak pe kita kumpul bagi banyak episod dulu, lepas exam baru kita layan balik eh.
Nasib baik dah setel tengok semua episod yang tergendala. 

Baru boleh study dengan tenang after update entry ni.
Ceeaaaaa...ayat cliche sangat...hehehehe


Monday, October 29, 2012

Kenapa tempat exam jauh sangat?


Petang tadi dah start exam aku paper pertama pada hari pertama.
Nasib baik exam petang sebab pagi tu aku sempat study jap. 
Study punyer  study...belek belek buku mana yang rasa rasa masuk (baca yang di spot jer). 
tetiba dah dekat pukul 2. 
Roomate yang tegur "kak azie dah solat? Pukul 2 dah nak gi exam" 

Ha...!! terus kalut bersiap mandi jap segar badan pastu solat.
Tetiba pulak Ruby kol.
Ruby: Awak kat mana? Saya dalam kereta dah ni.
Aku: Saya baru nak sembahyang..
Ruby: Saya dah kat bawah ni.
Aku: Tak pelah..awak pergi dulu. (T____T)~


Kali ni tempat exam sangaaaaatttttt lah jauh nyerrrr...
Kat blok TESL, hujung kawasan maktab aku.
Hostel aku pulah hujung sekali kat pintu masuk maktab.
Sebab aku dah lambat tak boleh nak tumpang sape-sape jadi kenalah jalan kaki dari hujung maktab ke hujung maktab. Sape suruh lambat! Tak sedor. Asyik sangat membelek buku. 

Ni kat padang dah separuh perjalanan.
Mengah dan berpeluh-peluh acik ni ha. Kena rentas padang la pulok.

Nasib baik kelas yang digunakan untuk exam tu kat basemen jer.
Sampai kelas dan dan terus sembur face quencher Herbalife sebab tak sempat tempek bedak pon.
Bare face.
Pastu calit lipice sheercolour sebelum start exam. (sempat lagi).

Alhamdulillah dapat jawab semua soalan. Betul ke tak tu belakang kira.
Aku paling tak suka lepas exam terus bincang soklan yang dah lepas. 
Bikin ahkak neves jer. Dah la ada lagi 4 paper.
So, terus Ruby ajak gi cari pisang goreng cicah kuah kacang.
Bajet release tension dengan makan pisang banayk banyak.. hahahahaha