Thursday, August 25, 2011

Bantal panas melegakan ketika senggugut

Lumrah jadi wanita, kalau datang bulan mesti akan PMS. Tapi tak semua perempuan mengalami senggugut dan tahap kesakitan senggugut tu bergantung pada individu. Ada yang sakit sikit-sikit je, ada yang tak pernah rasa senggugut ada yang biasa-biasa jek dan ada yang senggugut sampai pengsan. Aku ada kawan masa zaman sekolah dulu kalau time period jek mesti dia senggugut sampai pengsan. Kesian kan. Alhamdulillah aku tak sampai tahap pengsan cuma aku pernah rasa yang paling kritikal sampai muntah-muntah. Jadi, untuk melegakan sikit rasa sakit tu aku bertungku. Dulu aku guna air panas yang dimasukkan dalam botol mineral tapi sekarang dah ada sejenis bantal yang lebih selesa dan selamat. Sebab kalau pakai botol mineral tu isi ngan air panas botol jadi kemek dan tersangat panas. Pakai bantal panas ni selesa siket.

Ni la bantal panas tu...... (ehsan google)
Kalau senggugut aku pinjam ngan Ruby bantal panas dia ni. Tengkiu Ruby. Cuma cas beberapa minit dah boleh bertungku dah. Senang kan. Dulu mak aku masa lepas beranakkan adik-adik aku, aku tengok mak bertungku pakai batu yang dipanaskan atas dapur. Lama kot nak tunggu. Tapi sekarang dan moden beberapa minit dah panas dan boleh guna. Aku nak nasihatkan kepada wanita-wanita kalau senggugut jangan la telan pil pink tu. Doktor pon tak sarankan sangat ambil pil tu sebab jangka masa akan datang kita tatau apa efek dia. So, selagi boleh tahan kamu tahan jek. Kalau sakit sangat pergilah tidur dan minum air masak banyak-banyak.

Tuesday, August 23, 2011

Beribu Sesalan


JACLYN VICTOR NING BAIZURA SHILA AMZAH



Lirik Lagu Beribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sunday, August 21, 2011

Iftar bersama Menteri Besar


Semalam buat pertama kalinya aku join aktiviti bersama group persatuan anak terengganu. Aku pon tahu kewujudan group ni setelah di beritahu oleh junior aku. Lepas dia bagi borang aku pon ushar-ushar pe aktiviti yang mereka dah buat fuyoohhh banyak jugak. Kiranya aku ni lambat la dapat tau. Dulu masa kat UUM aku pernah daftar persatuan mahasiswa terenggau tapi tak sempat join pape event pon dah aku duk situ sebulan jek. Si sekarang baru aku tau antara negeri-negeri yang ada kat maktab aku ni negeri aku antara yang aktif.

Bila dapat tahu ada majlis bukak puasa bersama Menteri Besar terus aku nak gi lah bukan senang nak jumpa MB. Tahun lepas member aku kat UPM ada ajak pergi tapi masa tu aku sedang sibuk angkat kain biru kuning merah putih untuk sambutan merdeka.


Majlis diadakan kat PICC, Putrajaya. Makanan meriah giler penuh satu meja. Semua ahli meja pakat angkut makanan-makanan yang ada bawak pergi ke meja. Tamak haloba makan pon tak habes.


Ni muffin yang dibuat dari ubi gadong. Aku pon tatau apa tu ubi gadong.

Hidangan sepinggan lengkap. Aku lebihkan ambik sayur sebab lama giler tak makan sayur sejak berpuasa ni.

Lepas maghrib sambung makan lagi pastu kebetulan ada sale kat dalam PICC tu. Mungkin hikmah aku terlewat bangun petang tu pastu kalut nak bersiap pastu terlupa nak bawak duit jadi masa bersesak bersama makcik-makcik yang berebut nak dapatkan handbeg masa happy-hour aku hanya mampu memandang. Selamat duit aku.

Ramai giler orang. Ada makcik bawak anak-anak sampai anak dia menangis biasa lah budak kan pastu kesian pulak aku kat makcik tu tak dapat nak berebut handbeg masa happy-hour.

Lepas moreh ada sesi bergambar ngan MB. Aku pon join sekali lah.


Ni antara ahli group yang hadir. Macam salam perantauan aku ase.


Sayangnya. Gambar ok tapi blur. Takpelah tempek je kat sini buat kenang kenangan.

Balik dari putrajaya dah lewat malam pastu dah nak sampai dah maktab jalan jem giler. Lepas je dari trafik light HUKM terus masuk dalam jem. Laluan yang selama ni boleh lalu dalam 3 4 5 minit jadinya 1 jam. Aku pon tatau apa lah yang dorang cari kat downtown sampai jem giler jalan. FYI maktab aku dekat ngan downtown. Sejak bulan ramadhan ni downtown makin meriah. 


Friday, August 19, 2011

Turun berat badan secara drastik


Salam Ramadhan semua pembaca belog ini. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 19 kita berpuasa tinggal lebih kurang 10 hari lagi. Dan alhamdulillah jugak setakat saat ni aku masih berpuasa penuh. Harap-harap kali ni dapat puasa penuh. Insyallah (dengan izin Allah)

Semalam maktab aku mengadakan majlis berbuka puasa perdana. Seronoklah boleh bukak puasa ramai-ramai. Boleh bezalah kan nikmat makan sorang sorang dengan makan beramai-ramai. Sepanjang bulan ni aku berbuka puasa di surau bersama-sama dengan akak-akak, adik-adik dan kawan-kawan. Walaupon makanan yang dihidangkan tak semewah kamu tapi syukurlah bila berbuka dapat makan nasi, ayam atau daging atau ikan dan sedikit sayur. 


Belanja pon jimat. Waktu moreh plak ada kuih-kuih pernah sekali moreh makan ayam KFC. Hambek kau. Masa ni aku tak datang surau sebab kuar makan ngan kawan sekolah. Takpelah rezeki bulan puasa ni.

Sahur pulak aku makan kurma ngan air kosong. 

pastu roomate aku rekemen suh minum nersvita masa sahur. Ada la jugak tenaga nak gi kelas tambah-tambah haritu ada kelas PJ. Petang pulak tu kelas PJ. 

Tapi alhamdulillah la setakat aku sahur ngan kurma dan air kosong ni masih mampu meneruskan amalan puasa. Kalau agak-agak lapar giler aku terus tidur. Takut la nanti tak leh tahan nafsu satgi pi amek makanan makan diam-diam masa roomate tak ada. Saje je batal puasa. Baik aku tidor. Bangun bila dah dekat nak pukul 7. Okey lah tu kan.

Oleh sebab aku cuma makan nasi 1 kali sehari jek tu pon nasib baik dapat makan masa  berbuka puasa kat surau. Pastu sahur pon tak makan nasi sekarang berat aku turun 3 kilo! Okey fine mungkin nilai tu sedikit bagi kamu. bagi aku yang obses nak tambah berat ni ase saaaayyyyaaaaannggggg giler berat dah turun dan susah giler kot untuk aku naikkan balik berat. 

Tak pe. Balik raya ni pulun makan banyak-banyak kasi cecah 45 kg. 


pi es: kalau nampak iklan nuffnang mecanak keluar tu nak mintak tolong klik kan boleh? Hehehe. Tenkiu.

Thursday, August 18, 2011

Mimi menentang Raksasa Bulat


Semester ni aku buat asignment matematik tentang buku cerita kanak-kanak menggunakan power point. Dalam cerita tu kena selitkan unsur-unsur geometry iaitu bentuk 3D dan 2D. Kau ingat senang ke aku nak perah otak aku untuk cipta cerita kanak-kanak bila pemikiran kita sudah dewasa. (i'm turning 21 a few days ago, say happy belated besday to me).


Maka, terciptalah tajuk cerita jni.....

coming soon......

Aku dah hantar asignmen ni. Bolehlah kot untuk aku publish dalam blog ni nanti. Cerita ni 100% hak cipta aku okey. Tak de nak palagiat copycat kat mana-mana. Cuma gambar jela aku amek dari tenet. Budak kelas lain tak hantar lagi so tak leh nak publish the whole story kat sini. Tunggu eh..

Aku mana reti nak lukis gambar. Setakat lukis orang lidi boleh ler...Tak caya meh ushar sini.