Ha! Kalau sudi singgahlah tumblr saya. Shazika Shahrim. Ish ish ish tak habes habes nak guna nama shazika shahrim. saya rasa macam ah kelasssss gitu pakai nama shazika shahrim. Walaupon tu bukan nama real saya tapi memberi makna buat saya. Kenapa pakai nama ni? Ha, godek godek la blog ni kalau nak tau kenapa saya pakai nama shazika shahrim.Usaha tangga kejayaan. Selamat maju jaya. Taman ria jaya. Eh ni nama taman tempat tinggal kawan saya. Saya masih baru dalam dunia tumblr. Kadang kadang terasa macam dummy je buat tumblr tapi tak berapa nak pandai nak handle. Tu je yang termampu.
Wednesday, February 16, 2011
Monday, February 14, 2011
Aku dah tak ada facebook
Dah lama aku berhasrat nak de-activate facebook. Syukur akhirnya aku berjaya jugak klik button deactivate walaupon terasa sedih la nak berpisah dari berhubungan dengan kawan-kawan di facebook tu yang majoritinya kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan-kawan kat matrik kat UUM saudara mara dan cikgu-cikgu semua kan. Beberapa hari sebelum nak deactivatekan tu aku dah gitau semua pasal keputusan aku tu dan ramai jgak yang rasa sedih dan tak bagi aku deativate. -_-"
Bila aku klik je pada tulisan deactivate tu tiba-tiba dia keluar page ni.
ctrl+alt klik pada gambar untuk gabarajah lagi clear
Adoyai. Tengok ah facebook ni ada ada jek tak mau bagi aku deactivate facebook. See. Nonot fiqa will miss you, Anim will miss you, Arina will miss you, Ain will miss you. Send them a message.
Tapi aku tabahkan hati tangan ke bahu mata memandang ke atas. Dan akhirnya berjaya jugak aku deactivatekan facebook aku. Aku cuma tick kat this is temporary. I'll be back. Sebab nanti aku akan activate jap bila dekat-dekat nak exam untuk mintak soklan spot pastu deactivate balik pastu activate balik sehari sebelum besday aku. hahahahaha. Nak kasi orang wish. jangan lupa 15 Ogos besday aku! Pastu aku deactivate balik.
Apa pasal aku nak deactivate facebook?
Bila aku sign in je facebook, masa aku habis macam tu jek. Buang masa gi tengok status orang, ushar gambar kawan-kawan, upload gambar aku yang poyo habes, berbalas komen sampai terkeluar topik yang ada kat status dan berkonflik ngan beberapa manusia di facebook. Hahaha. So, jalan keluarnya adalah deactivatekan facebook. Sekarang baru rasa ada life dan blog pon dah tak terabai. Terasa sentap bila tengok komentar dan visitor yang datang tak sampai sepuloh orang~
Friday, February 11, 2011
Guru oh guru
Sejak dari mula-mula aku masuk sekolah sampailah sekarang kalau Hari Guru mesti ada orang deklamasikan sajak ni.
Puisi : Guru Oh Guru
(SN Usman Awang)
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru
yang diselenggarakan oleh Zam Ismail
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.
Kami dah dapat name tag penjawat awam.
Tuesday, February 8, 2011
Makan dalam kelas
Tabiat buruk aku dalam kelas adalah makan semasa pembentangan dan semasa pensyarah mengajar. Mulut terasa nak kunyah dan makan jer. Makan sorok-sorok takut orang belakang tengok. Takut pensyarah nampak. Takut orang sebelah usyar nanti mereka mintak. Dalam kelas aku duk sebelah moknik. Kami selalu bawak bekal ke kelas seperti biskut paket, roti, air, honeystar, rocky, gula-gula, dll. Pernah aku gitau moknik,
"Nanti bila kita dah jadi cikgu jangan nak marah kalau murid-murid makan dalam kelas. Sebab kita pon makan dalam kelas."
Dah lah tempat duduk aku ngan moknik depan sekali. Selalu kena makan sorok-sorok dan pasang strategi. Oh, ada dua orang lagi yang selalu makan dalam kelas iaitu Ika dan Fatin. Dorang duduk belakang sekali. Line clear nak makan dalam kelas. Lagi ah dasyat siap bawak air kotak bagai.
Kalau makan dalam kelas aku teringat semasa zaman sekolah dulu. Satu hari tu sebelum habis waktu rehat aku beli kek batik kat cafe. Semasa ustaz mengajar aku makan sorok-sorok. Tiba-tiba ustaz tanya soalan aku jawab lah. Aku tengok ustaz senyum-senyum. Apasal ustaz nih? Pastu kawan sebelah aku bisik 'ade sisa kek batik kat mulut' Wohaaaa..
Thursday, February 3, 2011
Perangai dan perlakuan kanak-kanak dipengaruhi dari rumah
Semester ni aku belajar perkembangan kanak-kanak (Child's development) berkaitan dengan pekembangan dan pertumbuhan kanak-kanak sejak dari ovum bertemu dengan sperm sehingga manusia mati. Budak-budak memang cepat belajar sebab otak mereka masih 'fresh'. Jadi, apa yang mereka perhatikan di rumah (ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain) akan menjadi ikutan.Jadi, kalau kakak-kakak suka bersolek, make-up lawa-lawa, posing-posing tangkap gambar, berlagak macam model otomatik yang kecik tu akan ikut. Jadi, sape yang perlu disalahkan? Kakaknya atau budak kecik itu.
Si kakak yang berlagak model.
Yang ni pon berlagak jugak nak bergaya. Aku tukang jadi photoG jek. Yang solek budak ni kakak dia yang lagi sorang. Kami tak ajar pon dia pose macam tu. Tengok sape ntah. Fatin Liyana? Oppssss...
Yang paling aku tak tahan gambar nih.
Apa motif tayang Johnson Baby Oil ni? promoter ke.? Ataupon sebab dia tiru aku.
????? apa motif
Jadi. Jelas disini menunjukkan kanak-kanak mudah ter-asimilasi dengan perlakuan orang sekelilingnya. Nasihat aku, ajarlah benda-benda yang berfaedah kat budak-budak. Kalau kamu mencarot budak-budak tu pon akan mencarot. Kalau kamu hisap rokok, budak-budak tu pon nak try jugak hisap rokok. Kakak-kakak ngan abang-abang perangai tu kasi elok sket eh. Eh! Kau tu pon sama jek azi. Perangai tu kasi elok sket.
Yang ni pon berlagak jugak nak bergaya. Aku tukang jadi photoG jek. Yang solek budak ni kakak dia yang lagi sorang. Kami tak ajar pon dia pose macam tu. Tengok sape ntah. Fatin Liyana? Oppssss...
Yang paling aku tak tahan gambar nih.
Apa motif tayang Johnson Baby Oil ni? promoter ke.? Ataupon sebab dia tiru aku.
????? apa motif
Jadi. Jelas disini menunjukkan kanak-kanak mudah ter-asimilasi dengan perlakuan orang sekelilingnya. Nasihat aku, ajarlah benda-benda yang berfaedah kat budak-budak. Kalau kamu mencarot budak-budak tu pon akan mencarot. Kalau kamu hisap rokok, budak-budak tu pon nak try jugak hisap rokok. Kakak-kakak ngan abang-abang perangai tu kasi elok sket eh. Eh! Kau tu pon sama jek azi. Perangai tu kasi elok sket.
Subscribe to:
Posts (Atom)






