Sejak akhir-akhir ni bila saya sign in facebook asyik tertengok yang kawan-kawan saya berstatus 'in a relationship with' lelaki atau pompuan mana ntah. Saya ada tanya siapakah gerangan orang itu tapi mereka tak komen balik pon nak cerita kat saya. Saya tahu la saya jarang bukak facebook tak tahu sangat isu semasa yang terjadi kat kawan-kawan saya. Mungkin jugak mereka ada nak kasitau saya tapi dalam keadaan saya sibuk. Sigh. T___T
Terjadi juga 1 insiden senior saya dah kawen dan bila publish gambar kawen dia kat facebook semua orang terkejut yang dia dah kawen. Sampai hati tak kasitau member kan. Semua orang terkejut ah termasuk saya, guru-guru dan sape-sape yang mengenalinya almaklong lah senior saya tu femes kat sekolah.
Alah. same la macam dunia artis. Bila dah femes semua orang nak tahu pasal kehidupan dia. Sampaikan dia nak kawen pon secara sorok-sorok tak nak heboh kat peminat dan media. pastu bila dia dah kasitau, semua orang nak marah kat dia cakap sampai hati tak bagitau nak kawen, tak jemput pon ke kenduri kawen, nak tahu sangat dia kawen dengan siapa. Ish Ish Ish....
Setiap orang ada privasi masing-masing. Saya harap nanti kalau kawan-kawan saya tu nak kawen jangan la plak sorok dari saya yek. Kalau tak nak jemput pon sekurang-kurangnya inform la kat saya kan.


