Monday, February 1, 2010

Penyebaran virus emel pada Hari Kekasih



Awas rakan-rakan yang suka online!

Penjenayah siber mengambil kesempatan sempena Hari Kekasih untuk menyebarkan Spam yang mengandungi Strom Worm, Trojan, Botnet dan kod Malicious lain yang bertujuan mencuri data peribadi mangsa.






Apabila menghampiri Hari Kekasih iaitu 14 Februari akan berlaku penyebaran besar-besaran meseg emel berniat jahat. Lepastu akan ada satu pautan yang akan menyebabkan kamu klik ke laman web tertentu untuk tengok kad elektronik (e-card) yang dikirimkan kepada kamu. Padahal kad tersebut dah dijangkiti dengan Malware dan akan terpasang secara otomatik sebaik saja kamu klik pada imej, pautan atau objek tertentu dalam web tersebut.




Terdapat juga kes di mana bila pengguna klik je pada pautan yang disediakan, pengguna tersebut di hujani dengan emel sampah yang tak terhenti sehingga sistem keselamatan PC sendiri tak mampu nak tanggung.




Kamu perlu mengelak emel yang mengandungi pautan .exe seperti Greeting Card.exe, Flash Postcard.exe atau Greeting Card.exe kerana ia dikhuatiri mengandungi kod program Malicious.Lagi satu, kalau kamu terima emel yang dikirim oleh orang yang kamu tak kenali, JANGAN BUKA. Okey.




p/s: kongsi pengetahuan tidak mahu kamu terkena virus pada hari kekasih. Papehal rujuk majalah PC bulan Februari






10 comments:

Mysara Newrie said...

nasihat terbaeakkk lah! thanx!

mie said...

bsgus nya makcik shaz ni..
sharing is caring...

[z@ck] said...

thanks for the info =)

Cheese Monster said...

selagi tak ada gambar yg mengiurkan, aku takkan click!

shazika said...

maisara: terbaik eh..hehe

shazika said...

mie,
kau panggil aku mak cik!

shazika said...

sis z: u welkem
hbz: aiyak..

CITY® said...

say no to valentines day!!!

cn said...

tengs 4 da sharing yunk!

Hafizul Syarafi said...

oi. aku ingat aku je yang baca majalah PC, yang lain baca Mangga.