Saturday, December 12, 2009

shake shook shaken hand

Semalam aku menghadiri kenduri kahwin rumah kenalan mak ayah aku. Personaliti aku agak selekeh sedikit kerana memakai baju kurung adikku yang saiznya sedikit besar dari aku. Sampai di rumah kenduri kelihatan ramai mak cik-mak cik dan anak dara di situ sebab aku pergi pukul 1 orang lelaki get ready untuk gi semayang jumaat jadi tak ramai lah lelaki. So, tak kesah lah kalau selekh pon. :P


Bila jumpa ngan tuan rumah, mak aku bersalaman dengan tuan rumah merangkap mak si pengantin. Lepas tu aku pulak sua tangan nak salam. Aku salam. Aku salam ngan mak cik sebelah tuan rumah. Ekspressi muka mak cik tu bila aku senyum nak salam dia NUMB. Dalam hati aku cakap sorang-sorang. “nak salam ke tak eh?” pastu aku salam la tapi mak cik tu hulur hujung jari je. Okey, ekspressi muka masih seperti tadi. Ish ish ish.


Dulu masa aku kecik telah diperkenalkan dengan budaya bersalaman oleh kedua orang tua ku. Kalau jumpa orang lagi tua kena salam. Dengan bersalaman akan lagi eratkan silaturahim dan menjadi adat kita orang melayu. Aku selalu perhatikan orang lelaki kalau jumpa ngan geng atau member atau ngan lelaki yang lain mereka akan bersalaman berbeza pula ngan pompuan tak ramai yang salam. Aku pon kadang-kadang tak jugak. (T__T) sebab tu lelaki senang nak buat kawan, jumpa kat padang main bola sekali pon dah boleh buat geng.


Berbalik pada cerita mak cik dan aku tadi. Kalau golongan muda macam aku beriya-iya nak teruskan tradisi bersalaman tapi orang lagi tua buat endah tak endah salah golongan muda ke nanti kalau satu masa akan datang budaya ni dah dilupakan. Golongan akan datang dikatakan kuang ajo kalau gi rumah orang tak salam ngan tuan rumah dan seisi rumah. Jadi tak boleh salahkan golongan muda je kalau banyak tradisi kita dah dilupakan kerana golongan tua sekarang tak pupuk amalan tu pada generasi sekarang.


Tatkala melihat orang tak senyum aku rasa nak hiburkan mereka dengan sebuah lagu. Ehem test test. Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek. Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek.



Thursday, December 10, 2009

Ku intai cinta, dalam rahsia


Sejak akhir-akhir ni aku tak tahu nak luangkan masa nak lepak kat mana kalau aku online. Aku nak sesuatu yang ada pengisian so surfing the internet doesn't waste my free time with something yang sia-sia. i want there is friends and a lots of knowledge that i can got from the internet. some kinds of networking that i sign up is:

yang ni aku sign up masa aku form 4. memang layan giler ah wa cakap lu. Masa ni aku study kat MRSM member aku tolong buatkan. Tiap kali outing mesti cari cc bukak benda alah ni. Tapi sekarang ntahapapa je. Tak ramai dah yang layan benda ni. Kalau aku buka pon hambar je. Sekarang mereka semua duk giler facebook sampai ngan aku sekali layaaaaannn.



Oleh sebab ramai member aku layan myspace, aku pon buat sign up lah 1. I think that myspace is complicated. tp member aku cakap myspace senang lagi dari friendster. yang sadisnya sejak aku sign up tahun 2006 dulu sampai sekarang aku tak de kawan. sekarang mesti dah ter-delete kot account tu.





Lepas tu aku layan blogging pulak masa aku masuk matrik. dah lama dah sebenarnya aku teringin nak ada laman sendiri untuk aku luahkan isi hati dan pemikiran aku. cuma aku tak tahu macamana nak buat. Pastu Roomate aku, Joo yang tolong aku sign up dan ajar aku cemana nak bagi menarik blog aku. Aha..! bagi aku blogger is more attractive than wordpress. Wordpress cam skema sket kan.



Lepas tu boipren aku ajak aku layan Bearshare pulak. Kat bearshare ni kita boleh download lagu, video, buat profile dan chatting. Tapi yang bahayanya, yang add aku kebanyakkan nya aku tak kenal. Aku main approve je lah. Tapi aku tak layan chat ngan orang aku tak kenal eh. sekarang ni aku ada konflik ngan budak Bearshare yang kata dia lebih memahami boipren aku. Ceh, baru kenal dah cakap memahami. Konon.





Oh gosh. Dengan tagged aku memang tak boley blah. Melalui tagged ah aku jadi tipah tertipu bang. Aku pernah cerita kan pasal ni.



So, sekarang aku layan belog je lah. Rasa bestttt sangat bila dapat luahkan apa yang terpikir kat sini. :))



.

Monday, December 7, 2009

Pelamin anganku musnah



Munah dan Awang berkenalan sudah hampir 2 tahun. Dalam masa 2 tahun tersebut mereka telah mengalami segala pahit manis asam garam dalam bercinta. Pernah juga hampir-hampir hubungan mereka terputus tetapi masih dapat di selamatkan kerana masing-masing mengalah dan saling memerlukan antara satu sama lain.



Dalam kehidupan Awang, pelbagai gadis muncul menggodanya namun hatinya tetap terhadap Munah. Walaupun kawan-kawannya sering mengata yang " Munah tak lawa, ramai pompuan cun nak kat ko, ko tak nak pulak" . masalah yang dihadapi dalam perhubungan Awang dan Munah adalah mereka berjauhan, seorang di selatan seorang lagi di utara. Walaupon berjauhan tapi mereka tetap berhubung hampir setiap hari agar tidak merasa perbezaan jarak antara mereka.



Family Munah merestui perhubungan mereka. Namun family Awang mempunyai pilihan sendiri untuk Awang walaupon mereka tahu hubungan yang terjalin antara Awang dan Munah. Perempuan pilihan mereka, Joyah anak kawan mereka lagi cun, kaya, berharta dan mereka agak memandang rendah kekurangan Si Munah. Joyah pandai mengambil peluang dek kerana ada back up family.



Sekarang Munah kebuntuan. Adakah Munah harus meneruskan hubungannya dengan Awang walaupon awang berjanji akan mengahwinininya. Persoalannya sekarang, yang manakah patut Munah lakukan


A) Meneruskan perhubungan dan merebut Awang walaupon tidak disukai oleh family Awang
B) Mengudur diri kerana merasa sia-sia sekiranya Awang jatuh ke tangan Joyah, Munah di minta menyanyikan lagu 'Pelamin Anganku Musnah-azie'
C) Jawapan selain A dan B?



P/s: Susahkan kalo family kaco hubungan anak-anak. Harap readers sudi mengomen persoalan dihadapi Munah





.

Saturday, December 5, 2009

Jangan bergerak..!

Tiba-tiba terlitas di fikiran aku. Kenapa sejak dari dulu kalau tengok cerita bila polis kejar penjahat, polis tu akan cakap " jangan bergerak, kami polis! ". Cuba fikir secara logik penjahat tengah lari, polis cakap gitu. nak ke penjahat tu berhenti. Kalau berhenti jugak baik kau retired la, tak yah la jadi penjahat. Nak jadi penjahat tapi lurus bendul la pulak.


Ubah style siket. Penjahat tengah lari polis sedang kejar. Polis cakap " jangan lari...!" penjahat cakap " Kejar lah, kejar lah, hahaha tak dapat! ".


Ataupon. Penjahat tengah lari polis sedang kejar. Penjahat cakap " Saya lari dulu ye, nanti awak folow tau".


Ataupon macam dalam cicakman. Penjahat tengah lari polis sedang kejar. Polis cakap " Jangan lari...! " Penjahat jawab " jangan kejar..! ".



***Balik kampung teringat nostalgia main polis kejar penjahat.




.

Wednesday, December 2, 2009

come n join me ya

salam my dear readers..


Ingat tak dulu aku pernah posting pasal earning nuffnang aku yang tak naik-naik asyik takat tuuuu je RM 0.oo..daripada zaman aku jahil tatau pape pasal nuffnang ni sekarang tau la siket-siket pasal benda ni. Timekaseh buat rakan rakan blogger yang tolong aku faham dan ajar aku caranya. Mekaseyyyy.....!!!


Hehe. Eksaited nak kasi tunjuk kat kamu. Maap ler poyo jap.




OK laa tu kan. Jom la join saya melancong dari blog ke blog pastu sambil-sambil baca entry kalo nampak iklan nuffnang kuar terus kelik ok. Aiseymen..Ada jugak yang tak kelik pon tapi taruk kat shoutbox "i dah kelik nuff kamu" tapi tak kelik pon kan. Jangan wat gitu saya tak nampak tapi tuhan nampak kan.


Pernah jugak pergi kelik kat iklan nuffnang pastu cari punyer cari shoutbox tak jumpa pastu tak kasi tau la. Its ok. Kita tolong orang nanti orang tolong kita balik kan. Buat jariah siket.so, apalagi....hit me back babe and dude.. (^___^) . .




.