Saturday, December 12, 2009

shake shook shaken hand

Semalam aku menghadiri kenduri kahwin rumah kenalan mak ayah aku. Personaliti aku agak selekeh sedikit kerana memakai baju kurung adikku yang saiznya sedikit besar dari aku. Sampai di rumah kenduri kelihatan ramai mak cik-mak cik dan anak dara di situ sebab aku pergi pukul 1 orang lelaki get ready untuk gi semayang jumaat jadi tak ramai lah lelaki. So, tak kesah lah kalau selekh pon. :P


Bila jumpa ngan tuan rumah, mak aku bersalaman dengan tuan rumah merangkap mak si pengantin. Lepas tu aku pulak sua tangan nak salam. Aku salam. Aku salam ngan mak cik sebelah tuan rumah. Ekspressi muka mak cik tu bila aku senyum nak salam dia NUMB. Dalam hati aku cakap sorang-sorang. “nak salam ke tak eh?” pastu aku salam la tapi mak cik tu hulur hujung jari je. Okey, ekspressi muka masih seperti tadi. Ish ish ish.


Dulu masa aku kecik telah diperkenalkan dengan budaya bersalaman oleh kedua orang tua ku. Kalau jumpa orang lagi tua kena salam. Dengan bersalaman akan lagi eratkan silaturahim dan menjadi adat kita orang melayu. Aku selalu perhatikan orang lelaki kalau jumpa ngan geng atau member atau ngan lelaki yang lain mereka akan bersalaman berbeza pula ngan pompuan tak ramai yang salam. Aku pon kadang-kadang tak jugak. (T__T) sebab tu lelaki senang nak buat kawan, jumpa kat padang main bola sekali pon dah boleh buat geng.


Berbalik pada cerita mak cik dan aku tadi. Kalau golongan muda macam aku beriya-iya nak teruskan tradisi bersalaman tapi orang lagi tua buat endah tak endah salah golongan muda ke nanti kalau satu masa akan datang budaya ni dah dilupakan. Golongan akan datang dikatakan kuang ajo kalau gi rumah orang tak salam ngan tuan rumah dan seisi rumah. Jadi tak boleh salahkan golongan muda je kalau banyak tradisi kita dah dilupakan kerana golongan tua sekarang tak pupuk amalan tu pada generasi sekarang.


Tatkala melihat orang tak senyum aku rasa nak hiburkan mereka dengan sebuah lagu. Ehem test test. Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek. Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek.



4 comments:

★*:′貝殼●笨●丫头│.·│.· said...

Senyumlah senyumlah ahai cek mek molek.


hahaa make me laugh . anda berjaya . :DD

meozie said...

huhuhuhu...

bkn selekeh...

rock!

shazika said...

meo:

oh no rock rock anymore
i'm ayu yeeeeuuwww

shazika said...

yyj:
miss ur laugh n ur hug hug damnly