Saturday, October 28, 2017

Tak pernah ku bayangkan

Assalamualaikum..


Tak pernah terbayang dalam kotak fikiran ni ditengah tengah hutan belantara ada penempatan dan perkampungan manusia. Penduduk di sini sedang mengalami kemodenan jugak bila tengok pada binaan rumah mereka yang dah moden diperbuat daripada batu dah macam rumah teres dua tingkat di bandar. Takde lagi rumah panjang diperbuat daripada buluh yang kita tengok gambar dalam buku teks kajian tempatan sekolah rendah. 

Perkampungan yang dikelilingi bukit bukau kehijauan.
Tak pernah bayang jugak laluan nak ke sekolah ni berjam jam melalui jalan balak yang berbatu dan berliku liku. Alhamdulillah setakat ni tak de muntah muntah.


No comments: