Wednesday, October 11, 2017

Air telur katak

Assalamualaikum..

Semasa kelas english tahun 5, seorang murid bertanya

"Ticer, apa maksud basil?"

Sewaktu tu aku sedang sibuk dengan murid yang lain jadi aku ignore dulu persoalan tiu. Tanpa perlu disuruh, terus dia membuka kamus untuk mencari maksud. Untuk kelas english tahun 5 aku wajibkan semua murid mempunyai kamus sejak awal  tahun dan bagi yang tidak mampu untuk beli aku bagi je kamus yang aku kutip hasil kerja kitar semula semasa cuti sekolah akhir tahun lepas.

"Haa ticer, dalam kamus tulis basil tu selasih"
"Apa tu selasih?"

Terus fikiranku terbayangkan air sirap selasih sejuk yang selalu aku minum di kedai Ani Sup Utara. Uihh..sedapnyaaa...



"Kamu pernah minum tak air sirap selasih?" Soalku.
"Air yang macam mana tu ticer?"
"Kamu pernah minum selasih tu semasa jamuan raya. Yang kecil-kecil warna hitam dalam air sirap"
"Tak tahulah saya, ticer"
"Takpe, kalau kamu tak tahu nanti petang datanglah rumah ticer. Nanti ticer buat air sirap selasih untuk kamu."

Buntu aku nak explain macam mana lagi pasal selasih. Tak datang idea nak bayangkan selasih tu macam mana. Balik rumah, aku cerita pasal ni kat Awin.

"Ada bagitau dia tak pasal telur katak?" Soal awin.
"Ya tuhannn.! Kenapa aku tak terfikir pasal telur katak dalam air tu serupa macam selasih."

Lepas rehat, terus aku jumpa murid yang bertanya tadi mengenai persamaan telur katak dan selasih.

"Ticer dah tahu dah selasih tu macam mana. Kamu tahu air yang ada macam telur katak tu?"
"Oh! Tahu saya air tu"
"Ha, macam tulah basil"
"Pernah saya minum air tu ticer"
"Okey. Thank you ticer"

Fuh! Lega bila terjawab jugak persoalan anak murid tentang selasih. Tak jadilah dia datang rumah ticer untuk minum air sirap selasih petang nanti. Hahahahaha.. kadang kadang ticer pon buntu jugak nak terangkan sesuatu pada murid. 

No comments: