Pada suatu petang, aku melepak ngan murid-murid tahun 4. Semasa mereka tahun 3 ( tahun lepas) aku ajar mereka english. Ada satu kisah yang aku tak sangka giler dorang ingat lagi. Aku sendiri pon dah lupa moment tu.
Anis: ticer ingat tak dulu ticer pernah baling lemon kat saya masa dalam kelas?
Ticer: baling lemon??
Yera: ya! Saya pon ingat itu ticer! Hahahaha.. (sambil ketawa besar)
Anis: masa tu ticer tengah mengajar, pastu ticer cakap Anis! Jangan berangan! Pastu terus ticer baling lemon kat saya. Hahahaha (ketawa besar jugak)
Oh ya Allah!
Moment tu kembali menerjah dalam kotak fikiran aku.
Cerita dia macam ni. Untuk subjek english ni ada bahagian grammar. Suatu hari tu aku mengajar tentang adjective. Aku menyatakan yang lemon tu 'rough'. Kulit lemon bersifat kasar. Kemudian sorang anak murid aku argue tentang kenyataan yang aku berikan.
"Tapikan ticer, lemon tu kulit dia licin la. Selalu saya ambil lemon di kebun kami"
"Eh, mami kamu kan jual lemon. Pernah pegang lemon. Kulit lemon tu kan kasar"
"Tidak, kulit lemon tu licin"
Masih nak argue ngan ticer nya ini. Keesokannya aku bawak real lemon ke kelas. Bagi satu kelas pegang lemon untuk membuktikan yang lemon tu rough, kasar. Finally, murid aku setuju ngan kenyataan itu. Yes. Aku simpan je lemon tu dalam pensel case.
Hari seterusnya, sedang aku mengajar tetiba ada anak murid aku sedang berangan dan lost. Aku geram sangat aku ternampak pulak lemon dalam pensel case terus aku baling kat dia. Selalunya aku rejam je marker pen kat budak. Kalini aku baling lemon. Terus tersentap budak tu dan ketawa bersama sama yang lain dalam kelas sebab aku baling lemon. Lain daripada hari hari sebelom nya.
Hahahahahaha.. ticer turut sama ketawa bila teringat balik situasi masa tu.
Anis: ticer, tahun depan ticer ajar kami lagi tak?
Ticer: kenapa? Nak kena baling lemon lagi ke? Hahahahaha..
Anis dan yera: boleh jugak tu. Hahahahaha..
Disclaimer: jangan risau. Selalunya bila aku baling marker pen kat budak aku tak aim pada body budak pon. Aku tuju tepat pada meja dorang jer untuk menyedarkan mereka daripada lamunan. Yang aku baling lemon ni pon lemon dah lembik sebab duk dalam pensel case. So, no harm. Okey.
No comments:
Post a Comment