Semasa aku di tahun 3 sekolah rendah, aku belajar sesi petang. Setiap hari aku pergi sekolah dengan basikal. Basikal tu kepunyaan maksu aku dulu walaupon agak buruk ayoh dah baiki dah cuma masalah dia bila kayuh dia berbunyi sebab pedal tu rapat sangat dengan penghadang rantai.
Selalunya aku pergi sekolah dengan kawan kawan lelaki di kampung dan balik sesama. Tapi suatu hari tu ntah kenapa aku balik sensorang. Kayuh basikal sendiri tanpa teman. Angin sepoi sepoi bahasa bertiup macam nak hujan tapi tak pon. Cuma mendung. Aku lihat awan. Sekumpulan burung berterbangan dan membentuk formasi seperi anak panah. Wohaaaaa. Hebat betol burung burung ni. Kemudian aku terpikir, apa maksud nya?
Sampai di rumah, aku lihat ramai jiran tetangga dan sedara mara di perkarangan rumah. Yang lelaki siap berkopiah. Aku tertanya tanya "doh bakpe pulok ramai sangat ni?". Aku tongkat basikal dan mata mata memerhatikan aku yang sakai lepas seharian sampai petang baru pulang dari sekolah.
Aku masuk ke dalam rumah, mak aku sedang menangis bersama beberapa orang sedara mara dan jiran. Aku tak faham lagi kenapa. Aku masuk dalam rumah letak beg ke dalam bilik dan intai bilik Tok ( nenek aku). Kenapa Tok aku berselimut penuh? Alunan bacaan alquran dibaca dalam bilik.
"Tok tak dop doh zie"
Aku lupa siapa yang gitau aku pasal ni. Barulah aku mengerti yang Tok aku dah meninggal. Lama dah Tok aku sakit angin ahmar atau strok sebelah badan. Itulah kali pertama aku merasai kematian ahli keluarga. Tok jaga aku sejak aku lahir lagi. Masih aku ingat malam tu jenazah Tok masih ada dalam rumah, pagi esoknya Tok dimandikan dikafankan dan dibawa menaiki van menuju ke tanah perkuburan.
Tempat Tok di tanam jauh dari kawasan rumah kami. Mak kata di kawasan perkuburan tu ramai sedara mara sebelah mak. Jadi Tok request jika meninggal dia nak ditanamkan bersama sama mereka. Semasa maklong meninggal pon, maklong pon ditanam di kawasan yang sama.
Aku pon tak ingat, mana adik adik aku yang lain masa tu. Hahahahaha. Yang ada dalam fikiran dan memori aku ni tentang perasaan aku je. Aku masih ingat keadaan kelam kabut pada pagi tu. Aku lost tak tau nak pi mana ditengah tengah kekalutan dan aku teriak sensorang. Aku ikut naik kereta untuk pergi kekubur. Aku menyaksikan Tok ditanam. Dan kemudian kami pulang ke rumah. Selama beberapa hari setiap malam rumah aku buat kenduri arwah.
Memori aku bersama Tok hanya abadi dalam gambar gambar semasa aku kecil di dalam jagaan Tok.
Al-fatihah buat arwah Tok. Amin.
No comments:
Post a Comment