Monday, August 7, 2017

Mati


Pernah tak kamu rasa macam ajal dah nak sampai?
Rasa takut akan kematian?
Ada beberapa insident yang aku rasa macam terlepas sipi sipi dari kematian.


Yang seingat aku buat masa ni. Tahun lepas masa aku disaspek kena kencing tikus. Alhamdulillah negatif. Tapi semasa aku di ward ada satu masa tu aku kena sawan kot. Ntah la nak gitau apa istilah in medical term. Masa tu badan aku rasa sejuk giler menggeletar satu badan, menggelupur atas katil sensorang. Aku tak dapat kawal pernafasan walaupon aku cuba untuk bertenang. Still tak dapat. Sampai cramp badan.


Dalam hati aku duk pikir tuhan dah nak tarik nyawa aku jer time tu. Dalam tengah menggelupur tu aku sempat mintak tolong penjaga katil sebelah pi panggil nurse atau doktor. Tak de sesiapa jaga aku time tu. Dia pon cuak giler tengok aku terus berlari panggil nurse. Bila nurse datang tenangkan aku siap selimut dan urut urut kaki sebab aku cramp kan. Sampailah aku tertidur.


Ya Allah..! Syukur masih bernyawa..


Ini satu lagi baru terjadi pagi tadi. Ntah kenapa aku rasa sesak nafas macam oksigen tak cukup masuk dalam badan. Tercungap cungap aku lepas terjaga dari tidur. Sekali aku pusing badan nak tutup alarm, badan plak cramp sebelah. Sakitnya ya tuhannn.. ase lumpuh sebelah badan. Aku gosok gosok badan kasi lega. Dah la time tu tengah gasping for air. Bila dah okey tu terus bangun minum air macam dahaga giler. Alhamdulillah masih lagi dapat bernyawa sampai saat ini.



Bila pikir pasal mati, secara otomatik akan terpikir cukup bersedia ke kita ni nak menghadapi kehidupan akhirat dan alam barzah? Cukup dah ke amalan? Adakah kita akan mati dalam keadaan husnul khotimah? Dapat ke kita masuk syurga firdausi?



Macam macam bermain di pikiran aku sekarang. Takut akan kematian tu yang paling utama la.


Friday, August 4, 2017

Gaduh



Setiap pukul 3 petang murid akan ke dewan untuk  belajar sendiri dan dengan pemantauan seorang guru. Petang tadi giliran aku bertugas. Selalunya murid tahun 1 takkan ada kerja sekolah so aku bagi tugasan membaca fonem dengan bantuan murid murid lain yang tiada kerja sekolah. Daripada dibiarkan bermain buat bisimg lagi eloknya belajar membaca.


Sedang aku sibuk perhati murid membaca, tetiba ada murid mengamuk nangis bawah meja.


Pulak dahhhh...


Puncanya bergaduh main ejek mengejek. Sambil otak aku ligat berfikir denda apa nak bagi kat dorang ni, aku tarik murid yang bawah meja dan panggil yang ejek tu ke tengah dewan.


Pada mulanya aku plan nak dorang salam mintak maaf jer. Ntah camne tetibe aku dapat idea suruh dorang mengadap sesama dorang dan saling berpegangan tangan sampai waktu belajar habis. Pastu aku sambung ajar murid tahun 1 membaca.


Tak sampai beberapa minit salah sorang yang berpegangan tangan tadi enggan pegang tangan dah. Aku apa lagi terus jegil mata paksa pegang tangan. Berani kau memberontak ngan ticer ye.

Pastu dalam 10 minit camtu eh eh boleh pulak 2 orang tu borak borak ngan gumbiranya. Tapi tangan masih berpegangan la. Tadi kemain lagi bergaduh.


Hurmmm..budak budak biasala tu. Cepat jer berbaik. Yang stressnya cikgu yang makin menua ni la gara gara nak mendidik anak anak murid untuk behave. Huhuhuhu....

Berkejaran ke toilet



Sejak masuk ke LJ aku dah ditugaskan bertanggunjawab untuk mengajar subjek UPSR iaitu subjek sains tahun 6. Secara automatik aku terlibat untuk dengan lawatan pasca UPSR. Memang menjadi kebiasaan di semua sekolah lepas je habis upsr murid tahun 6 akan di bawa pergi lawatan. LJ hanya mampu bawa murid ke miri je mengambil kira tentang kos dan jarak perjalanan. 7 jam hoii dari LJ nak ke Miri tu. Dan tak semua murid berpeluang jenjalan ke bandar pon sebelum ni.


Disebabkan mereka jarang sangat keluar ke bandar jadi ramai yang mudah mabuk sepanjang perjalanan kerana bau aircond dan jalan balak tak berturap. Beberapa kali muntah sepanjang perjalanan tu mengeluatkan semua isi perut yang last last mampu keluarkan air je. Kesian pulak aku tengok anak anak ni sampai lembik badan.


Bila dah sampai ke bandar alhamdulillah semua dah okey sebab jalan dah rata bertar. Tapi ada sorang murid ni masih lagi mabuk tak hilang dan tak boleh bau ekon kereta langsung. Tapi murid ni sangat kuat selagi dia mampu tahan dia tahan dan sedaya boleh tak.mau spoilkan lawatan.


Ada satu malam kami ada aktiviti santai bawak murid menonton wayang. Semua happy jerlah. Aku ambil seat sebelah murid yang masih mabuk ni untuk jaga dia. Tengah syiok syiok tengok wayang tetiba murid ni sakit perut nak muntah. Alamakkk... berbelah bahagi aku. Citer tengah best ni. Demi anak murid aku bawak jugak dia ke tandas. Nasib baik sempat ke mangkuk jamban dia muntah. Habis semua makanan dia keluarkan. Aku urut urut belakang dia kasi legakan perut. Dah okey sket kami masuk balik tengok wayang.


Tak lama lepas tu dia bangun nak ke tandas lagi. Kali ni dia sendiri pergi tak ajak aku. Mungkin tadi dia tak tahu mana tandas. Kali kedua ni dah tahu tandas kat mana. Eh..tak boleh jadi ni. Laju betol budak ni lari keluar panggung. Aku pon ikut bersama kejar dari belakang. Terasa macam main running man pulok..hahahaha. sempat masuk toilet dan muntah lagi..aduhaiii.. kali ni air je yang keluar..


Aku gitau dia kita lepak luar wayang jela tak payah masuk dalam senang nak gi toilet. Kami rest kat luar sekejap pastu dah okey sket dia ajak masuk dalam sambung tengok movie. Aku tengok murid aku tertidur keletihan. Kesian anak murid aku. Habis wayang aku gitau cikgu cikgu pengiring yang lain pasal tadi dan mintak bawak dia gi hospital. Yela kan..anak orang tengah sakit ni kang jadi pape susah pulak. Malam tu jugak kami gi hospital  dan balik semula ke hotel hampir pukul 3 pagi. Dapatlah jugak murid murid membuat lawatan ilmiah ke hospital. Hehehehe..


alhamdulillah anak murid aku okey je lepas dapat ubat dan masa otw balik ke LJ dorang siap nyanyi nyanyi dengan riang gumbira lagi dalam kereta tanpa ada seorang pon yang muntah. Hoiii.. masa nak gi miri kemain lagi korang muntah yer..aisehmengg..


Tiada pakaian



Pagi tadi kelas aku start lewat jadi aku bercadang la nak balik rumah dulu untuk masak. Baru je keluar bilik guru aki terdengar ada orang meraung dekat asrama. Terus aku tukar langkah pergi ke asrama. Sampai sana aku tengok seorang anak murid tahun 1 sedang menangis marah marah kat diri sendiri.

Ticer: kenapa ni tak pergi gelanggang? (Sepatutnya tahun 1 ada kelas PJ masa tu ngan cikgu Hafiss)

Messi: tak ada baju sukan saya (sambil nangis ngangis)
Ticer: ni baju yang kamu pakai ni.
Messi: ini baju semalam. Baju sukan saya basah.

Semalam hujan tetiba. Mungkin lupa nak angkat sebelum tidur habis seluar ngan baju dia basah. Alahai budak ni. Tu je baju yang dia ada untuk sukan. Kesian pulak menangis nangis tak de baju pastu tak nak pergi sekolah. Aku pon pergi gelanggang tanya murid tahun 1 siapa yang sudi pinjamkan pakaian sukan untuk Messi. Berebut rebut semua nak pinjamkan. Aku pilih seorang jer lah. Tapi Messi tak nak pulak pinjam baju orang. Aduiiii.. buntu aku macamni.

Aku tanya Messi baju apa je yang dia ada sekarang. Kami pergi selongkar almarii. Yang ada dalam keadaan bersih sekarang baju tshirt sehelai dan seluar jeans. Pakaian tu selalunya dia pakai untuk pergi gereja. Aku gitau Messi pakai jerlah seluar jeans pon pergi sekolah daripada tak de pakaian pastu tak pergi sekolah. Mula mula dia takut nak pakai sebab takut cikgu marah.

Kebetulan pulak cikgu Hafiss datang asrama time tu, aku mintak tolong dia pujuk juga. Barulah Messi nak pakai dan pergi sekolah. Fuhhh legaaaaaa.. aku mintak Hafiss yang bawa Messi pergi kelas sebab aku nak balik rumah masak dulu. Hahahahaha....