Sunday, May 22, 2016

Tragedi 16 Mei

Tarikh 16 mei selaluya sekolah akan adakan sambutan hari guru tapi di LJ kami tangguh sambutan sebab murid murid sedang menduduki peperiksaan pada masa tu. Memandangkan senin ni baru nak sambut so kita bergambor sesaje jela ngan murid murid dan guru.




Pada malamnya pulak, semua staff ada meeting sampai lebih kurang pukul 10.45 malam. Habis meeting aku kaksa dan kakros pon balik la rumah. Salin pakaian lepak landing depan tv. Kakros pulak nak masak megi sebab meeting lama sangat lapor pulak. Dalam 10-15 minit dah kami kat dalam rumah.

Tetiba...

Kaksa dari dapur nak ke ruang tamu tunjuk kat tingkap rumah sambil jerit ular! Aku masa tu landing kat kerusi tengok tv. Ya rabbi!!! Ada ular kat tingkap umah kami weiiii..!



Berlari aku ke dapur. Kami 3 orang stuck kat dapur sebab ular tu kat tingkap ruang tamu. Menggeletar seluruh badan. Aku ngan kakros jerit panggil cikgu cikgu laki sebelah rumah.

Cikgu eddy! Harisson! Ada ular!

Bila dorang dahh kat luar rumah dah time tu. Tak dapat masuk rumah sebab lepas balik meeting tadi aku dah kunci pintu. Pulak dahhh... kalo tak bukak pintu camne dorang nak masuk. Ular dalam rumah bersama kami..

Nak tak nak kena jugak bukak pintu tu. So aku tawakal jela sambil terketaq ketaq jalan slow slow pi bukak pintu sambil kaksa dan kakros tengok pergerakan ular tu. Dah bukak kunci berlari la aku ke dapur.

Ketaq giler weiiii...

Cikgu laki dah ramai kat laur satu hal pulak aku nak cari tudung kepala. Bantai jer amek tuala dapur tutup kepala. Dorang suruh kami 3 keluar. Sekali kaksa dah berjaya keluar tinggal lah aku ngan kakros masih dalam rumah. Penakut betol kami 2 orang ni..

Cikgu harison pon masuk rumah. Ingatkan nak selamatkan kami tetiba dia bawak keluar fon ambil gambar ular. Ciss..kuang asam betol.. hahahahahaha...

Nampak macam ular tu tak bergerak kami pon pecut berlari keluar rumah ngan tak pakai selipar pergi umah kaksadie. Hal hal tangkap dan bunuh tu kami serah pada yang lelaki. Dah settle baru kami balik rumah.


Besaq nya ulaqq! Dah la itam. Berkilat pulak tu. Huaaaaa...

Balik je rumah nak tidoq pulak 1 hal. Asal nak tutup mata jer terbayang. Lama jugak lah sampai aku tertido sendiri. Aku kan biasa terjaga tengah malam. Walaupon rasa nak terkencing terpaksa aku tahan je tak berani nak limpas ruang tamu. Kaksa ngan kakros pon gitau dorang payah betol nak tido malam tu.

Keesokan paginya. Kaksa biasa akan keluar pergi kejut budak dalam pukul 5.30 5.45 macam tu. Pagi tu dia bukak pintu rumah macam biasa la. Pastu dah keluar nak tutup pintu semula, sekali tengok atas tingap atas pintu tudiaaaaaaaa... ada ulaq lagi. Aku tak dapat bayang kalo ular tu jatuh time tutup pintu tu. Huaaaaaaa... kaksa tutup cepat cepat jalan slow slow pi bagitau abang man kebetulan dorang terjumpa tengah jalan.

Macam ni dialog kaksa ngan bangman.

'Man, tau kau pasal ular masuk umah kami semalam?'
'Haa aa..ada dorang citer malam tadi'
'Ada lagi sekor kat umah tu pagi ni'
'Ha??!! Kat mana?!'



Ko faham tak dengan slumber jer kaksa gitau abangman pasal.ada ular kat umah. Tak jerit jerit macam aku ngan kakros. Hahahahaha.. kalau aku la dah jerit jerit menggelabah dah masa tu.

So pergilah dorang ke rumah pastu panggil cg eddy sebelah tu. Tanjat ckgu harison bukak pintu nampak ular. Pintu rumah kami sebelah menyebelah jer.

Time tu dah subuh aku dengar suara kaksa kat luar rumah. Bilik aku tepi sekali dekat ngan pintu. Sekali kaksa pesan dari luar rumah.

' azi, jangan keluar bilik'
'Kaksa..kenapa?'
'Ada lagi ular kat luar'
'Ha! Kaksaaaaaa..' (dah start menggelabah)

Dengan patuhnya aku duk dalam bilik sambil otak berpikir macam-macam. Orang kat luar rumah sedang usaha bunuh ular tu. Dorang cakap sama besar sama kaler macam semalam punya. Lagilah aku ketaq.

Tak habis habis aku panggil kaksa kat luar. Tanya perkembangan sampailah dorang gitau okey dah selamat dibunuh.

Sekali kaakros keluar dari bilik dia tengok kat atas pintu ekor ular terjuntai.. menjerit la dia.. aaaaaaaa!!

Sekali cg yahya gitau dari luar rumah ' sudah matai (mati dalam bahasa iban). Hahahaha..


Dengar suara kakros baru aku berani keluar bilik. Sekali tengok depan pintu. Tuudiaaaaa.. berciciran darah ular. Bangkai ular aku tak sempat tengok dah simpan masuk plastik. Kuat betol bau darah ular. So bermulalah sesi soal menyoal macam mana ada kat situ, bila dia masuk, dan sebagainya.

Pagi tu dah la kalut nak gi sekolah.. satu hal pulak solat subuh lewat sebab tak berani nak keluar bilik. Settlekan dulu bersihkan darah ular baru bersiap gi sekolah macam biasa.

Lepas kejadian tu asal balik rumah je mata kami akan melilau sekeliling pelusuk rumah. Dan aku tak berani nak balik rumah sensorang. Petang tu jugak kami buat operasi tutup segala lubang di rumah.

Dan masih trauma sampai la sekarang. Nasib baik aku gi kem motivasi so dapatlah kurangkan sikit trauma kat rumah tu. Bila duk rumah especially kat ruang tamu memang terbayang bayang ular dekat tinkap.

Dulu aku pernah trauma kena nightmare hantu tapi yang kes ular ni lahi seram berganda ganda. Dia jadi fobia trauma bila kejadian ni berlaku dalam selang 6 jam macam tu ada 2 ekor ular kat tingkap rumah. Memag tingkap rumah kami ada ruang udara yang agak luas la muat untuk badan ular sebesar tu. Dan kemungkinan yang malam tu yang dibunuh pasangan kepada yang datang pada pagi tu. Cikgu cikgu ni bercerita maybe dorang nak dating kat tingkap tu tapi tak kesampaian akhirnya terbunuh di tingkap. 

Alhamdulillah kami semua selamat. Walaupon masih fobia sampai tahap dengar cicak jalan pon terus meremang rasanya. Bila duk dalam hutan ni memang tak dapat lari dari kena macam ni. Tambah pulak rumah kami paling hujung tepi hutan. 

Sama sama berdoa jerla dan berjaga jaga agar semuanya selamat dan dilindungi Allah. Itulah prngalaman palings seram setakat aku di LJ pada tarikh hariguru. Kuang asam betol dorang cakap hadiah hari guru. Cissss... hahahahaha...


2 comments:

Syahira Mansor said...

Takutnya dengar citer awak ni. saya yang dengar pun rasa trauma. Lagi lagi sekarang banyak kes ular masuk dalam rumah kan. Serammmmmm

Madam N said...

seramm tgk ular tuuu