Tuesday, May 3, 2016

Road to Kapit

Assalamualaikum..

Memandangkan internet sedang laju (kat bandar laju ler) ayuhlah kiter update perjalanan holiday sempena cuti labour day untuk tahun ini..ermmm.. nak start dari mana eh..ok. dari sekolah lah..

Seperti biasa kami akan keluar ke bandar hari jumaat lepas waktu mengajar. Habis jer kelas terakhir, cikgu berlumba lumba balik kemas barang nak keluar dari sekolah. Perjalanan nak ke bandar memakan masa selama 6 hingga 7 jam perjalanan dengan menaiki 4wheeldrive.



Dalam perjalanan, tetibe hilux yang kami naiki problem.. air bateri kering. Nasib baik hilux kami paling awal gerak. So hilux yang cikgu2 lain naik ada lagi 2 buah kat belakang. Nampak hilux kami berenti tepi jalan angkat bonet..semua pakat berenti dan tolong.




Sampai miri dah malam. Check in hotel bersihkan badan dan keluar jumpa kawan  dan tengok wayang. Sempat lagi tengok captain amerika ngan ainul. Hehehehe... 1st time tengok wayang 3d. Sendu sket la bagi orang rabun. Kena pakai spek double masa nonton..huhuhuhu..

Belakang spek ada spek.. :'(

Esoknya pepagi lepas subuh aku dah gerak gi epot. Awal betol aku sampai epot dah la ngantok giler. Melangut kat epot sesorang. Breakfast pon belom. Kedai makan belom bukak kat epot ni.

Muka stress sebab lapar campur ngantok. 



Pemandangan terhalang dek kipas gergasi..



Sempat ko selfie yekkk..


Pukul 7 lebih camtu masukkan lugage dan berlepas ke sibu. 1st time weh naik mas wing. Teruja ah jugak iols ni..hahahahaha.. kecik jer maswing ni macam naik bas terbang. Adooi iols salah pilih seat la pulok. Luar tingkap betol betol mengadap kipas pesawat. Scary weyhhh...lepas ni tau dah la aku nak pilih seat jangan pilih kat tengah2..




Sampai sibu tunggu kenkawan mai amek. Lama giler tak jumpa Nunu sejak datang sarawak. Ecah ngan moknik dah beberapa kali dah jumpa. Nunu bawak kami gi beli barang orang kapit pastu makan makan.

Breakfast kat Sibu. 

Lunch at Cabeijo




Sempat ecah ngorat kat belakang..


Petang tu dalam pukul 1.30 gerak gi jeti untuk naik bot ekspress ke kapit. Dibuatnya ecah n moknik tak beli tiket awal awal hambek kau tinggal 2 seat je tu pon belakanggggggg sekali.


Achik dah pesan dah beli tiket siap siap kalo keluar. Adoi adoi adoi...


Nasib baiklah ada 2 orang brader kasi seat dorang kat kami. Dapatlah kami duduk walaupon seat sebelah toilet, panas, dekat ngan enjin dan bila bersandar seluruh badan bergetar termasuk otak pon bergetar. Dalam keadaan macam tu pon mampu jugak kami tidoq. Dah perjalanan 3 jam wey.. bosan jugak. Dengar muzik pon sendu wey bila bunyi enjin lagi kuat dari lagu walaupon pasang high volume.

Dalam perjalanan sempatlah moknik tunjuk laluan ke sekolah dia. Waf tempat dia tunggu bot.



Budak laki tu asyik suruh kami naik atas ambil gambar.. memang tak lah nak panjat naik atas. hahahaha


Rumah panjang ditepi sungai 


Sampai kapit dah petang. Chek in hotel. Dannnnn jumpa kaklong..!! Lama giler wey tak jumpa kaklong. Huaaaa... last jumpa masa cikwe kawen.

Petang tu lepas bersihkan diri gerak gi umah ecah naik van dan ecah amek kereta kat rumah..


Tudiaaaa aihhh..jalan kat kapit berliku liku di lereng bukit. Teringat kat laluan bukit fraser dan cameron.


Umah ecah umah flat. Aku bayangkan pekan kapit macam pekan marudi.. tapi tak! Kapit pon maju wey... lepak kapit ngan kawan kawan buat aku teringat kat velo dan taman ten.


Malam tu kami dinner jumpa kawan kawan ipik yang duk kapit. Jumpa naim dan eri.. naim makin kurus sejak duk kapit. Lepak makan kedai ustazah sampai kedai tutup.. dah la riuh betol geng geng ni. Reddho jela achik tutup kedai lambat.


Lepas makan gi karoke sejam. Tanjat weiii bila kaklong dah tak miming bila menyanyi.. hahahahaha...

Lepastu balik tidoq dan sambung pagi esok punyer cerita pulok.

1 comment:

AISHAH SHAMIL said...

hahaahhaaha... lawaklahh.. ko jgn ingat kapit mundur sgt uollss..pezzo baru bukak taw! hahaha