Monday, February 2, 2015

Penerbangan pertama dalam hidup

 Assalamualaikum..


Sambungan..

Rasa bersalah plak buat kawan kawan lain.menunggu. sampai sampai jer lobi kami terus tarik beg yang besar gedabak tu pergi ke bas yang telah sedia menanti. Leh bayangkan aku kalut kalut menarik beg yang besor tu.

Naik bas ke klia. Sepanjang perjalanan aku tidur. Sampai kat klia tu kena check in bagasi. Cuak jugak aku kalau kalau terlebih muatan sebab moknik beg dia 44kilo kena topup masuk kat orang lain. Fuhhh.... Nasib baik aku punyer tak melebihi had.

 Inilah kali pertama aku naik flight. Hahahaha.

Tiket flight pertama aku. Ah..lantok lerrr aku nak show off jugak. Memori kot. Takkan dilupakan. Hahaha lagi sekali..


Lepas check in bagasi kami cecepat gi solat subuh pastu gi bergegas ke ruangan menunggu. Otw nak ke sana aku ternampak marry brown. Lapar oiii sebab aku ngan kaklong kan lewat tadi tak sempat nak bersarapan kat hotel. Melantak la kami sebijik beger setiap sorang dengan pantasnya. Nak tercekik aku dah la nak jimat duit nyer pasal tak amek satu set yang ada air tu. Beli beger jer.


Buku merah dan buku biru jangan lupa bawa moga moga belum tamat tempoh.


Masa kat rumah aku asyik duk tanya mak pengalaman naik flight macam mana. Cuak jugak aku al maklumlah first tyme kannnn... Mak aku kata macam naik bas jer. Masa nak mendarat je gegor. Lega sket aku ase.

Bila masuk flight tu seat aku belakanggggggg sekali. Pastu duk seat tengah tak dapatlah aku nak menjengah keluar tingkap. Huhuhuhu.... Pastu aku duk perhati ada sorang laki ni asyik duk pusing belakang je. Aku syak dia ushar aku kottt.. Adakah ketara sangat aku punyer menggelabah naik flight kali pertama?


Bila dah terbang tu aku pon tido lah. Pastu terbangun bila pramugari bagi bagi makanan. Dapatlah aku nasi lemak yang tak rasa seperti nasi lemak. Makan pon siket jer sebab aku dahaga sebenarnya.


Tetiba kapal tebang makin terbang tinggi. Telinga aku sakit giler. Berdengung dia macam nak terkeluaqq isi isi dalam telinga. Nak menangis aku rasa. Eh dah menangis dalam diam sebenarnya. Hahahaha... Ya rabbi.. Masa tu aku selawat sebab rasa macam nak mati. Mak aku ngan ruby tak de plak citer kat aku pasal ni. Aku tengok orang lain relex jer. Apesal aku sorang jer gitu..huaaaaa...


Selfie sorok sorok. Maaf lah member sebelah sebab kite amek gambar time awak tido. Eh..kau perasan tak muka aku nampak gemok kan. Kawan kawan cakap aku makin berisi. Yeke?

Pastu...


Sampai sampai kuching masa nak masuk kat imigresen boleh pulak pegawai tu gitau kamo dapat pas sementara jer sebab tak de surat lantikan untuk bekerja di sarawak. Alahaiii... Nak kena datang balik imigresen la lepas ni.


Pastu kami naik bas pergi ke hotel. Menginap lagi lah kami di hotel kali kedua.
Mengalir lah lagi duit sendiri bayar untuk hotel bersama kaklong..


1 comment:

ikaibrahim.. said...

laki tu berkenan kat kau latu šŸ˜ jodoh kau mungkin haha šŸ˜‚