Saturday, February 21, 2015

Gaya ?

Assalamualaikum..

Masa kamu zaman sekolah dulu pernah tak adore ngan cikgu yang bergaya, kasut matching ngan handbag pastu pemakaian kemas fashionista from head to toe.

Wohaaa..pernah tak suka cikgu jenis tu?


Aku selalu ushar cikgu yang bergaya macam tu. Sejak zaman sekolah sampai kat maktab. Aku ada adore ngan lecturer sorang ni. Nama dirahsiakan. Kadang kadang handbag sama pattern ngan kasut. Pastu cara bercakap dia jelas. Nampak lah kewibawaan seorang cikgu atau pendidik. Pastu ada jugak lecturer aku yang simple tapi still kemas dan bergaya.


Sejak zaman belajar lagi aku beranganlah nak jadi cikgu yang bergaya sebegitu. Pakai handbag, berkasut, pastu tudung style tak pon jenis pemalas macam aku ni pakai tudung sarung ariani ke kalau rajin baru lilit lilit.  Aku pernah pergi umah makcik moknik. Makcik dia cikgu. Koleksi tudung ariani dia banyak hoiii... Cantik cantik semuanya. Aku teringin jugak nak ada koleksi gitu.



Berangan jerlah mampu. Tu expectation aku Semasa masih belajar.


Realitinya..



Tadaaaaaaa.... Kasut penuh lumpur macam gi bendang. Hahahaha.. Kalau macam nilah gayanya tak de nya aku nak bergaya bergaya ngan kasut lawa lawa.


Ari pertama aku gi sekolah je aku likit lilit tudung pastu bawak handbag. Next day and seterusnyaaaaaaa... Pakai tudung bawal ikat bawah acik juma tu jerlaaa.

Pergi mengajar tak mekap pon. Aku tak bawak alat mekap sangat sebab rushing kemas barang bawak mana yang perlu je yang asas. Bedak foundation dan lipstik. Liptik tu wajib ah tonyoh di bibir sebab rasa tak konfiden kalau bibir tak merah. Hahahahaha...





Cubaan membuat panggilan talifon

Assalamualaikum from me di LJ..

Sudah dua minggu aku di sini. Alhamdulillah finally aku berjaya membuat panggilan  telefon. Yippeee! Dapat sembang ngan family dan kawan kawan. Kt sekolah ni line telefon tak dak langsung. Yang ni pon aku boleh online sebab guna wifi sekolah. Boleh whatsapp wechat intagram dan blogging. Papehal boleh contact melalui ni jer.

Kalau nak call kena pergi ke kampung berdekatan dan call guna line maxis. Nasib baik aku memang pakai no maxis.


Cubaan pertama nak call.

Kami tak tahu the specific place yang ada line. So pakat panjat bukit semata mata nak cari line. Semua pakat duk jauh jauh tak mahu bagi kacau line.



Aku call mak aku..tak lepas
Aku call adik aku..tak lepas
Aku call ayah aku..eh lepas
Tapi ayah aku bizi plak time tu boleh cakap sekejap je. Dan ayah tak da kat rumah.
Aku call mak aku lagi sekali..tak lepas
Aku call kawan kawan..tak lepas
Hurmmmm...

Aku tengok F ngn H duk sembang rancak je ngan family and tunang mereka. A pulok tak dapat call langsung.


Aku give up. Next day dorang ajak gi call lagi. Aku dah tak follow.


Few days after dat.. Kakros ajak pergi kampung kalau kalau nak call kan sambil beli barang. Aku pon follow. Sampai kat kampung ohoiiii line maxis full h+ pulok tu. Aku pon try call mak aku...tak dapat
Call ayah..eh dapat.
Aku duk hello hello..dengar tak?
Aku dengar suara mak ayah tapi dorang tak dengar suara aku pulak. Last last aku balik je. Misi tak berjaya.


Ni dah masuk dua minggu lebih aku kat sini. Semalam geng laki ajak gi sungai nak mengail sambil sambil call. Duk tepi sungai aku pon try call mak..tak lepas sebab tempoh kredit aku dah expired. Hantar whatsapp kat mak mintak tolong topupkan.



Pastu aku mencuba call. Finally!! Berjaya call mak aku..hahaha. Tak yah nak buat ayat tacing tacing nak rasa sebak sangatlah. Aku tak suka sembang sedih sedih ngan mak aku. So bergelak ketawa di tepian sungai sendirian. Mak aku gitau nanti bulan 3 tak yah balik pandai pandailah aku cari tempat tinggal berdikari untuk hidup.


Hok alohhhh...


Mak gitau "lama dah kan merantau sejak 13 tahun lagi. Mesti pandai dah nak berdikari. Tak yah balik la bulan 3. "


Iyolah mak...


Pastu sembang ngan ruby cikwe and ika. Tu jer sempat call. Dah kredit ada sepuloh hengget jer pastu kena tolak pulok ngan sos topup mana mampu nak call ramai ramai. Kuang asam ika bagi jeles aku katanya sedang berada di KLCC. Cisssss...


Pastu sedang rancak bersembang, si H dapat ikan patin sekor. Wohoaaa..!



Hari dah gelap so kena balik cepat cepat sebab perjalanan masih jauh. Setakat aku post entry ni, ini last aku call mereka. Buat masa ini lah..nanti aku gi sungai aku call lagi yek. Oh ya! Moknik tak sempat nak call aku..huaaaa.. Rindu moknik.

Tuesday, February 17, 2015

Rindu suara azan


Assalamuaaikum..

Berada di sini sebagai kumpulan minoriti memang kena belajar terima agama dan budaya orang tapi agama dan pegangan kita jangan dilupa. Ingat tauuu..


Salah satu perkara yang aku sangat rindu sepanjang duk sini adalah nak dengar  bunyi azan berkumandang. Kalau dulu nak tahu waktu solat dah masuk kita dengar azan dari masjid berdekatan rumah atau hostel tapi sekarang mana ada surau atau masjid. Pastu masuk waktu solat memang beza waktu ngan azan dalam tv.



Dalam fon aku memang dah install siap siap dah apps waktu solat. Bila azan dalam fon berkumandang aku pasang volume kuat kuat kalau aku duk sorang sorang tapi kalau ada nonmuslim aku pasang slow je la letak fon dekat dekat ngan telinga.


Sekarang aku selalu kena alert ngan masa sebab masih tak dapat nak biasakan diri. Sepanjang masa aku pakai jam sampai bawak ke tidur. Sini gelap awal. Bila malam suasana jadi sunyi. Huhuhuhu..


Sekarang rutin waktu magrib ngan isyak aku dah kembali macam zaman di emaresem dulu. Alahai..rindu pulak zaman emaresem..


Lepas maghrib baca quran dulu pastu merenung masa depan sambil sambil wasap ngan kawan kawan  sementara tunggu azan isyak pastu sebelum tidur baca almulk. Syukur semua ni telah di diajar sejak zaman sekolah sampai zaman duk kat maktab untuk baca almulk setiap malam.


Bila bersendirian gini aku banyak berserah pada Allah jela. Kena jaga hubungan ngan Dia sebab tak de kawan dah di sisi untuk sama sama share suka duka. (T_T)~


#muhasarawak diri bukan muhasabah. Hihihi..


Sunday, February 15, 2015

qada' and qadar

Bismillahi tawakal tu alaAllah la haulawala kuwwata illa hil azim..

Umpama mimpi dalam mimpi pulak bila dalam masa seminggu lebih dah aku berada di sarawak ni. Jauhhhhh dari apa yang aku idamkan selama ini. Sebab aku suka orang kedah so aku berangan nak mengajar di kedah bersama sama masyarakat kedah.

Tapi Allah lebih mengetahui apa yang aku tidak ketahui. Bila duk sorang sorang aku jadi lebih banyak berfikir. Sepertinya semua yang berlaku sekarang ni dalam kehidupan realiti ni semuanya berkait ngan apa yang aku telah lalui untuk menjadikan aku lebih tabah berada dalam hutan ini.

Ramai yang jumpa aku bertanya. "Aku nampak kau releks jer. Tak jerit (menangis) ke apa. Mu okey tak ni?"

"Azie tak homesick ke?"

Aku dah lama berjauhan ngan family sejak sebelum baligh lagi. Hahahaha. Mungkin sebab dah biasa berjauhan ngan family tak de la rasa homesick sngat. Alaaa..tipu la kalau kata tak teringat rumah kan. Ada la jugak teringat sket sket.


Lepas habes study kat mktb tahun lepas aku ada plan nak isi bekerja ngan permata rosmah kebetulan masa tu tengah cari pekerja. Gaji boleh tahan la jugak. Tapi ntah macam mana bila memikirkan tentang rumah aku so aku mengambil keputusan untuk jadi bibik jer kat rumah tanpa gaji. Duk rumah jer sepanjang masa. Memasak mengemas. Rupa rupanya ada hikmah aku duk rumah sebab aku akhirnya di hantar jauh dari kampung halaman. Berbaloi la duduk lama kat rumah kannnn...

Pastu...

Bila dapat anak murid satu darjah ada satu kelas jer aku relate balik ngan program jihad PJBP yang aku dan rakan rakan jalankan di 4 buah sekolah tu. Memang sekolah sekolah tu satu darjah satu kelas. Muridnya sedikit jer dan kawasan luar bandar. Thanks Ruby kerana pikirkan idea buat program sebegitu menjadikan aku lebih bersedia untuk berada di sekolah kurang murid sekarang.

Lagi....

Aku minat aktiviti lasak dan ekstrem. Aku bukan jenis ayu ayu. Sebelum ni aku masuk kelab kembara dah masuk hutan pastu naik rakit lagi. Memang baguslah join aktiviti gitu sebab sekarang ni pon aku hidup sederhana dan kekurangan jugak la di dalam hutan ni. Program big pon jua menjadikan kita tabah berada dalam keadaan tak kondusif tambah tambah sekarang musim hujan kat sini. Kasut aku habes berlemuih ngan selut tak de dah nak bergaya bergaya gi sekolah.

Kat rumah pula, family aku memang dah  di ajar makan nasi sekali sehari sahaja. Bila berada di sini sekarang aku kena jimat jimat makanan la. Sebab barang makanan beli siket jer aritu nak tampung sampai bulan 3 oi. Masak sekali sehari jer. Kena jugak merajinkan diri untuk makan.....

Jadi terima aje qada dan qadar yang ditetapkan. Semoga aku mampu bertahan selama setahun ni.

Memang tak dinafikan agak payah untuk aku suaikan diri dengan masalah bahasa dan persekitaran. Biasalah tu take time untuk we get along with the environment and people. Right? Ada sebab lah tu kenapa Allah campakkan aku disini. Mungkin menjawab kepada doa doa dan permintaan aku yang dulu dulu.

So..we just enjoy the journey. Doakan semoga aku terus tabah mengharungi kehidupan ini.. fighting!

Thursday, February 12, 2015

Sekolah LJ


Assalamualaikum...

Sahe' membam.. Selamat pagi dari LJ.

Sekarang dah seminggu aku di LJ. So aku kasi criter sket keadaan di sini. Kawasan LJ ni berbukit bukau. Masa aku mula mula datang sini pada waktu malam so tatau pemandangan di luar macam mana. Bila bangun keesokan harinya baru nampak. Wohaaaa! suasana menghijau sekeliling sekolah.


Orang kata kalau selalu tengok benda hijau boleh kurangkan rabun. Yeke?


Bangunan sekolah fully papan. Rumah kuaters pon papan. Sekali sorang berjalan bergegor rumah.

Tadaaaa...!! Look at the green hills..

Warna warni kan bangunan sekolah. Yang pepel ngan oren tu hostel.

Ni kediaman ala ala chalet gitu. Rumah aku yang hujungggg sekali. Depan rumah becak. Memang tak de harapan la aku nak pakai kasut cecantik gi sekolah. Habes berlemuih kasut ngan selut macam gi bendang.


Nice kan sekolah LJ..

So far duduk sini masih mampu bertahan. Tapi banyak jugak kekurangan yang ada dari segi fasilities kalau nak bandingkan dengan dibandarkan. Aku ni kena ajar sains ngan kh tapi makmal tak de. Memang aku masih buntu lagi kaedah nak mengajar ni.


Yang paling aku suka budak budak sini jenis polite. Menghormati guru. Comel comel la dorang ni. Dahlah aku cikgu kelas tahun 1. Alahai... 3 orang jer anak aku. Nanti di lain waktu aku up ceriter pasal murid plak. Baru seminggu duk sini macam macam cerita lagi akan bakal.menyusul..


Coming soon....


Sunday, February 8, 2015

Malam kedua di LJ


Sedang aku mengemas barang2 dan bilik aku rasa lain macam jer lampu ni. Malap. Dan tetibe terus tiada elektrik. Huaaa!!!


Kebetulan aku sedang kemas barang dari beg. Terus aku cari lampu suluh dan berlari keluar dari bilik sambil menjerit. "Kak ros!!!" nama akak serumah dengan ku..


Debor weh pertama kali kena macam ni. Hahahaha... Bila letrik tak de suasana jadi sunyi. Nyamuk pon banyak. Kebetulan pula hujan pon turun menghambat kesunyian. Aku pon releks jer melangut duk kat ruang tamu. Kak ros pulak main game kat fon.


Dekat sejam jugak lah kami bergelap. Tetiba letrik ada. Yeay!! Menjerit keseronokkan la kami.

Sekolah ni pakai genset so kemungkinan letrik tak de adalah sebab tak de minyak. Syukur berada di sekolah yang 24jam ada letrik. Sebab ada kawan aku sekolah dia ada yang tak dapat letrik 24 jam.


Tuesday, February 3, 2015

Feeling macam holiday


Sesampainya kami kat hotel tu baru kami diberikan nama sekolah yang akan kami ditempatkan nanti. Perasaan sangat tanjat la dan rasa lucu tengok nama sekolah aku. SKLJ dalam daerah B. Terus aku khabarkan berita ini pada family menerusi wasap. Sekolah tu p3 dengar ceritanya kena masuk dalam naik 4wheel lalu jalan balak 7 hingga 8 jam jugaklah. Aku tak sedih pon sebab ramai yang dapat p3.


Pastu aku chek yang sama sekolah ngan aku. Aikkkk... Tak de plak sama sekolah ngan aku. Cuak dah aku sebab orang laim dah jumpa geng. Aku dalam hati rasa sedih tapi tak pe mungkin ada hikmah di sebaliknya. Pastu badan dah letih aku ngan kaklog chek in hotel buat kali kedua.


Nice kan hotel kami menginap ni. Hahahaha.. Satu malam rm200 hoi. Hotel ni bersambunh ngan shopping complex so makan semua kami beli kat situ.

Besoknya aku dan kaklong berpecah. Aku kena naik flight ke miri pastu kaklong naik bas ke sibu.


Aku dan kawan kawan berkumpul seawal pukul 4 pagi kat lobi hotel. Sarapan pagi di sediakan. Makan diaa.... Masya Allah.. Meriah betol. Sebelum ambil makanan aku tinjau tinjau dulu macam lawatan kat muzium lagaknya. Last last aku ambil mee  hun ngan air oren jer. Perut melayu tak reti nak makan benda pelik pelik. dah la perjalanan masih jauh.

Sampai kat airport kami chek in bagasi pastu gi solat subuh lepastu tunggu waktu berlepas. Masa tu hujan renyai renyai.


Bila masuk dalam pesawat, tempat duduk aku terpisah ngan kawan kawan yang lain. Huhuhuhu.. Alhamdulillah aku dapat seat tepi tingkap kali ni. Boleh tengok pandangan luar.






SubhanaAllah.. Cantik sangat nampak awan berkepul putih. Nampak matahari terbit celah awan.. Rasa bertuah sangat allah bagi tengok keindahan ni semua.

Kebetulan aku duk seat tepi penduduk sini. Sembanh ngan dia pasal daerah yang aku akan pergi. Kawasan tu kan pedalaman. Dia sendiri pon tak pernah sampai lagi. Hahahaha...


Bila mendarat di miri, kami menaiki 4wheel drive selama sejam lebih kalau tak silap untuk ke pekan M.


Tadaaaa .. Naik kereta ni lah ngan kawan kawan.


Jalan nak ke situ punyerlah berliku liku dan tak berturap. Punyer berliku kalah ooo laluan grik ataupon laluan felda aring. Dalam perjalanan aku rasa lain macam je perut aku ni. Kang nanti termuntah menyusahkan kawan kawan plak. Selalunya ayah aku suruh tido kalau jalan gitu. Dulu biasa dah duk ulang alik ganu kedah 5 tahun lalu grik sokmo aku tido je bila pening. So tak de gambar nak tunjuk.


Sampai sampai je kat pekan M kami kena chek in hotel buat kali ketiga. Hahahahaha... Tula pasal aku cakap macam pergi holiday pulok kan.


Lepak dalam bilik makam kacang masin malaysia airlines sambil tengok suamiku encik sotong.


Kat pekan ni kami menginap 3 hari jugak la. Setle kan dokumen semua kat sini pastu ada orentasi pulak bersama ppd. Dah sampai sini barulah aku tahu yang aku sebenarnya tak keseorangan. Ada lagi 3 orang lelaki yang sama sekolah ngan aku. Alhamdulillah. Segan tu memang segan nak bergaul ngan lelaki tapi aku kena biasakan berbaik dan mesra ngan lelaki maklumlah duk tempat orang. Ngan kawan kawan jela kita bergantung harap walaupon lelaki.


So malam ni aku masih stay di hotel. Esok akan bergerak semula ke miri bersama sama 3 orang kawan lelaki aku itu. Semoga mereka dapat menjaga aku dengan baik.



Monday, February 2, 2015

Penerbangan pertama dalam hidup

 Assalamualaikum..


Sambungan..

Rasa bersalah plak buat kawan kawan lain.menunggu. sampai sampai jer lobi kami terus tarik beg yang besar gedabak tu pergi ke bas yang telah sedia menanti. Leh bayangkan aku kalut kalut menarik beg yang besor tu.

Naik bas ke klia. Sepanjang perjalanan aku tidur. Sampai kat klia tu kena check in bagasi. Cuak jugak aku kalau kalau terlebih muatan sebab moknik beg dia 44kilo kena topup masuk kat orang lain. Fuhhh.... Nasib baik aku punyer tak melebihi had.

 Inilah kali pertama aku naik flight. Hahahaha.

Tiket flight pertama aku. Ah..lantok lerrr aku nak show off jugak. Memori kot. Takkan dilupakan. Hahaha lagi sekali..


Lepas check in bagasi kami cecepat gi solat subuh pastu gi bergegas ke ruangan menunggu. Otw nak ke sana aku ternampak marry brown. Lapar oiii sebab aku ngan kaklong kan lewat tadi tak sempat nak bersarapan kat hotel. Melantak la kami sebijik beger setiap sorang dengan pantasnya. Nak tercekik aku dah la nak jimat duit nyer pasal tak amek satu set yang ada air tu. Beli beger jer.


Buku merah dan buku biru jangan lupa bawa moga moga belum tamat tempoh.


Masa kat rumah aku asyik duk tanya mak pengalaman naik flight macam mana. Cuak jugak aku al maklumlah first tyme kannnn... Mak aku kata macam naik bas jer. Masa nak mendarat je gegor. Lega sket aku ase.

Bila masuk flight tu seat aku belakanggggggg sekali. Pastu duk seat tengah tak dapatlah aku nak menjengah keluar tingkap. Huhuhuhu.... Pastu aku duk perhati ada sorang laki ni asyik duk pusing belakang je. Aku syak dia ushar aku kottt.. Adakah ketara sangat aku punyer menggelabah naik flight kali pertama?


Bila dah terbang tu aku pon tido lah. Pastu terbangun bila pramugari bagi bagi makanan. Dapatlah aku nasi lemak yang tak rasa seperti nasi lemak. Makan pon siket jer sebab aku dahaga sebenarnya.


Tetiba kapal tebang makin terbang tinggi. Telinga aku sakit giler. Berdengung dia macam nak terkeluaqq isi isi dalam telinga. Nak menangis aku rasa. Eh dah menangis dalam diam sebenarnya. Hahahaha... Ya rabbi.. Masa tu aku selawat sebab rasa macam nak mati. Mak aku ngan ruby tak de plak citer kat aku pasal ni. Aku tengok orang lain relex jer. Apesal aku sorang jer gitu..huaaaaa...


Selfie sorok sorok. Maaf lah member sebelah sebab kite amek gambar time awak tido. Eh..kau perasan tak muka aku nampak gemok kan. Kawan kawan cakap aku makin berisi. Yeke?

Pastu...


Sampai sampai kuching masa nak masuk kat imigresen boleh pulak pegawai tu gitau kamo dapat pas sementara jer sebab tak de surat lantikan untuk bekerja di sarawak. Alahaiii... Nak kena datang balik imigresen la lepas ni.


Pastu kami naik bas pergi ke hotel. Menginap lagi lah kami di hotel kali kedua.
Mengalir lah lagi duit sendiri bayar untuk hotel bersama kaklong..


Sunday, February 1, 2015

Tanjat gege...

Assalamualaikum semua....

Syukur alhamdulillah aku dan kawan kawan semua dah dapat posting. Sementara masih ada line internet ni boleh lah aku update travelog perjalanan aku sepanjang perjalanan untuk sampai ke s sekolah baru aku nanti..

Result posting keluar pada hari selasa.. Kami diberi notis 24 jam untuk berkumpul di kuala lumpur bagi semua guru guru yang dapat ke sabah sarawak. Korang dah boleh agak kan ke mana sekoah aku nanti. Hahahaha..

Pagi selasa tu ruby yang call aku suruh cek penempatan.. Cuak giler aku. Nak online pulak tenet slow giler menambahkan stress aku ni. Ahamduliah ruby tolomg chek kan. Dapat tau je aku dapat negeri tu pastu kena pergi daftar plak keesokan harinya terus aku menggelabah sampai tahap nak terkencing. Buntu. Blurrr. Terus aku call mak aku.. Hadoiiii...mak aku tak angkat fon pulok.. Call plak ayah aku.. Paksa dia balik sekarang.

Lepas call ayaj aku..aku call lagi sekali mak aku.. Yess..call di angkat.. Terus aku suruh mak aku balik dari sekolah la la tu jugak.

Menangis tak bila dapat tahu??

Menangis lah hoiii..hahahaha.. Adik aku buleh plak gelak gelak kan aku..


Bila mak ayah aku balik. Dorang gi beli tiket bas pastu tolong aku packing. Pastu aku contact family untuk inform pasal pemergian aku. Malam tu jugak aku gerak gi kl naik bas. Family aku hantar sampai stesen bas ganu jer. Eh.. Tak de masalah.. Tak sedih pon kalau family tak leh ikut hntar sampai kl. Aku kan dah biasa merantau sorang sorang. Lagi pon aku kan ada achik ruby ala ala mak aku tu kat kl. Hahahaha.. Tu yang aku tak risau sangat.

Sampai kl aku tinggal ngan ruby. Ruby tolong banyak dah aku. Tolong bawak gi imegresen sebab tak sempat nak buat kat ganu. Pastu bawak aku beli barang.. Pergi bank setle dokumen. Tinkiu achiikkkk sooo muchhhh....



Alahai..tetibe sebak plak berpisah ngan achik aku ni.. (T__T)


Okey..sambung balik.. Hari khamis aku mula daftar. Aku nyer sesi kedua. Stay kat hotel ada taklimat dulu sebelum esoknya fly. Kat hotel aku stay ngan kaklong. Duk hotel kena bayor sendiri. Pada malam tu kawan kawan dan junior junior ku datang melawat dan say bye bye.


Gambor ngan wafa OG je aku dapat sebab nisa tak mahu kasi gambor dia. Nyesal plak tak ganbor ngan cikwe mami pokdin ikhwan dan lain lain


Besok pagi pagi pukul 4 Pagi dah kena gerak gi klia. Dan nak di jadikan cerita
Aku ngan kaklong bangun lambat plak sampai pengurus call bilik kitorang.. Sebab semua dah berkumpul kat lobi..


Huaaaaaaaaaa......


Apakah yang akam terjadi ngan aku dan kaklong selepas itu????  Kita sambung next entry..