Thursday, December 31, 2015

Penutup koleksi 2015

Assalamualaikum..

Tadi masa transit beberapa jam sebelum ke bandar M, aku gi jumpa ruby kat putarajaya pastu ruby bawak aku gi alamanda. Makan sana jap n then gi mph nak cari buku rujukan murid. Tak dak buku rujukan yang sesuai so end up beli 2 buah buku ni..


1. Rehabilitasi

Sebelum ni pernah baca buku reinkarnasi karya penulis ni. Tak tengok lagi isi dalam dia macam mana. Nanti malam new year aku baca neh..

2. Cikgu, saya suka pergi sekolah

Macam menarik jer tajuk. Tengok isi kandungan hurmmm macam menarik. Terus ambik dan bayar. Mana lah tahu kot kot nanti dapat boost up energy untuk mengajor. Ntah ntah satu hari nanti aku rajin nak buat buku sendiri jugak..hehehehe berangan jerlah..

Nampaknya 2 buah buku ni last aku buat koleksi untuk tahun ni. Tahun depan beli lagi buku. bertambahlah koleksi mini library aku nanti..

Okey readers semuaaa..

Saya mahu ucapkan HAPPY NEW YEAR 2016

365 new days
365 new chances.

With ❤
Xaxi..


Earning nuffnang

Assalamualaikum...

Semalam tengok post kak z dekat fb pasal nuffnang.. hampir terlupa yang aku ni pernah join nuffnang. Lama dah tak bukak sebab lupa password. Tadi sementara tunggu flight aku pon try la masukkan beberapa password and then dapat log in..

Yahoooo...!!


Alhamdulillah masih ada pendapatan walaupon traffic sendu sendu jer. Yang ni earning since 2012 sampai jun 2015. Maybe bulan seterusnya earning tak de sebab aku gatai tangan edit template. Nyesal pulok.

Okey..

Ni membuatkan iols rasa lebih bersemangat nak blogging tahun depan. Tapi sebelum tu kena hias blog cecantik la dulu.


Sebelum ni dah pernah cash out 2 kali dah.
Nak cash out ke nak simpan dulu eh..??

Hurmmm...




Tuesday, December 29, 2015

Planning

Assalamualaikumm..


Setiap kali nak masuk tahun baru jer mesti semua orang pakat nak buat azam dan perancangan. Untuk tahun 2015 aku ada catat dalam buku tapi buku tu tinggal kat sekolah. So kali ni aku nak catat kat sini senang aku nak rujuk biar kasi menjadi..

Hurmmmm.. apa eh aku nak ?

1. Menunaikan umrah atau haji bersama mak ayah.

Aku dah settlekan pendaftaran untuk haji. Tunggu nak kumpul duit jer bagi cukup. Mak ayah aku pulak tengah tunggu giliran. Memang tipis jerlah kan harapan aku nak ikut mak ayah sebab aku baru jer daftar. Ayoh aku pesan simpan jer dulu mana tau kot kot ada rezki boleh ikut dorang nanti. Insha allah...

2. Melawat brunei dan labuan

Akhirnya settle jugak aku renew pasport merah. Sebelum ni pakai DPT jer so perjalanan sangat terhad. Kawan kawan ajak pi luar malaysia tak dapat aku nak ikut. Harap harap dapat gi sana tahun depan. Nak kasi complete aku telah touch down di semua negeri dalam malaysia. Insha allah...

3. Pergi langkawi

Yang ni punyer azam aku tatau bape kali dah recycle..hahahaha. tak pergi pergi pon lagi. Insha allah tahun depan dapat gi ngan family or kawan kawan.

4. Ada aura cikgu

Aku teringin sangat nak ada aura cikgu mscam yang selalu lecturer aku citer. Gi mana mana pon orang boleh tau yang ko ni cikgu. Contohnya dari segi penampilan percakapan dan tingkah laku. Kena banyak praktis lagi nampak gayanya. Insha allah..

5. British council

Harap tahun depan boleh deal ngan kaksadie nak join program ngan BC ni untuk baiki english aku. Maklum jerlah aku ni dah jadi ticer. Ticer kenalah baiki diri sendiri dulu sebelum ajor murid. Kang ticer nyer sebut salah tak pepasal anak murid nyer pon salah faham. Macam kes spender vs spider aritu. ( usyar entry lama?). Insha allah kalo ada kelapangan kita nak join..

6. Kumpul aset.

Finally aku dah jumpa buku ASB aku. Rupanya duk dalam beg. Biasalah pompuan banyak nau beg dorang tukar tukar. Aku tak berminat nak beli kereta. Bukan pakai kereta pon gi sekolah. Cadangnya nak beli tanah dan rumah. So kena menyimpan dari sekarang lah.. yang lain lain tu ayoh tolong settlekan. Insha allah..

Amende lagi eh nak list kat sini??

Kalo azam nak dapat kan benda yang diidamkan rasanya tak de pape lagi barang yang aku aim sebabnya apa yang aku nak semua dah ada. Henfon laptop kamera (walaupon dah rosak) tudung neelopa (finally dapat jugak, thanks bro) dan lain lain.. tak de barang lagi nak aim..

Oh ya..!

7. Ke kapit

Aku cadang nak gi ke kapit next year jumpa kawan kawan kat sana. Budak maktab aku ramai posting sana. Teringinlah jugak aku nak melawat macam mana cikgu sana naik perahu ke sekolah. Hehehehe.. moga moga ada lah cuti yangboleh aku ke sana.


Semoga apa yang aku plan ni berjaya dilakukan. Kalo tak dapat nak laksanakan pon its okey sebab aku rancang jer. Tak semestinya menjadi sebab allah plans is better than man's.

Mesti ada tertanya..kenapa aku tak listkan azam untuk kawen?

Camne eh nak citer.. memanglah sebelum ni aku bajet lah berangan nak kawen sebelum 25. Hahahaha.. buat masa sekarang tak dak tanda tanda ada yang nak masuk minang so aku tak masukkan lah dalam list. Jodoh hanya tuhan yang tahu. Kalau ada seseorang nanti baru kita rancang yer..

Semoga apa yang dirancang akan tercapai.. insha allah. Manusia hanya merancang tapi allah yang menentukan. Amin...


Monday, December 28, 2015

Perjalanan

Assalamualaikum...

Tinggal 1 hari je lagi untuk aku melepak di rumah sebelum kembali ke tempat mencurahkan ilmu. Masa yang ada ni aku sokmo tidur lewat lepak layan movie pastu lepas subuh tido balik.. ishh ishh ishhh..

Ramai orang tanya aku..best ke idok tinggal di Lj??

Ko rasa apa jawapan aku..

Ce teka ce teka...

Hurmmmm...


Mestilah suka duk LJ. Cuma aku tak suka sebab perjalanan nak ke sana jauh sangat dan mengambil masa beberapa hari pastu kena singgah singgah bermalam dulu. Letih tang perjalanan tu jelah..bila dah sampai sana okey jer menjalani kehidupan seperti biasa.

Dan dalam perjalanan tu, ko tak leh nak survive sensorang je sebab ianya makan kos yang banyak. Mesti share penginapan dan pengankutan.


Tak macam dulu. Naik bas sensorang survive sendiri masih lagi mampu.
 Pengalaman beberapa kali tidur di epot. Tido sensorang pon pernah bersama pelancong2 lain..

Pastu bila ku ceritakan pasal ni..orang pon tanya..tak mau tukar ke?

Aku rasa sementara masih single ni eloklah aku merantau dulu. Kasi peluang kat yang dah bekeluarga dan kawen pindah dulu. Kalau betol aku kawen baru aku mohon pindah. Kita mudahkan dan doakan orang, insha allah nanti tuhan akan mudahkan urusan kita jugak.

Kemudiann..

Orang pon bertanya lagi..

Bila mau kahwen?

Ahhh sudahh.. yang ni aku tak de jawapan. Hanya tuhan yang mengetahui.. titik..

Esok banyak benda lagi nak kemas. Tadi siang dah setlekan hal pasport dan cukai..
Semoga tahun 2016 dapatlah aku melangkah lebih jauh ngan pasport merah.


Ok bye!



Thursday, December 24, 2015

Lokai



Assalamualaikum..

Aku tertarik untuk pakai lokai ni bila tengok my roomate si wafa pakai. Macam menarik jer gelang ni. So i make some research bout this bracelet.rupa rupanya tengah in sekarang benda alah ni kat negara negara lain. Aku pon cari cari kat ig  yang menjual benda ni. Almaklumlah masa tu aku duk dalam hutan tak leh nak keluar cari kedai mana ada jual.

-pantai tanjung aru,sabah-

Untuk memastikan aku dapat yang betol betol original from mylokai aku pon oder dekat 1 ig shop ni orang malaysia tapi duk luar negara. Lupa dah aku apa nama ig dia. Lama jugak proses nak sampai benda ni kat tangan aku sebab jauh pastu aku pakai alamat umah ganu. Tunggu aku balik kampung dulu lah baru dapat.

Bila dah dapat n pakai terus rasa wow...! Nampak cool jer pakai gelang ni walaupon orang yang tak tahu mesti akan kata pehal lah si azi ni pakai gelang getah. Padahal atlet dan selebriti luar negara pon pakai gelang ni tawww...


"Lokai bracelet, which is infused with elements from the highest and lowest points on the planet. The bracelet features a white ball that holds water from Mt. Everest, and a black ball that holds mud from the Dead Sea."



lokai dalam bahasa Hawaii bermaksud keseimbangan. Jadi, gelang ini melambangkan keseimbangan atau yin dan yang dalam kehidupan.


Sekarang kat ig malaysia ramai yang jual lokai inspired. Ala ala tiruan gitu yang lebih murah harganya dalam belasan ringgit jer. Tapi still nampak macam original.

Quote: pengembara




"Jadilah seorang pengembara, bukan hanya seorang pelancong"

Tuesday, December 22, 2015

Sup telur



Assalamualaikum..

Walaupon aku sangat malas nak berjalan ke kampung cari line talipon untuk call family, tu tak bermaksud aku lost contact terus ngan family dan kawan kawan aku. Kami masih lagi boleh berhubung melalui whatsapp dan wechat. Alaaaa... semua orang kan ada group whatsapp family. Kat situlah semua benda aku citer kat dorang. Termasuklah apa menu yang selalu aku makan di LJ.

Antara menu yang aku pernah masak adalah sup telur. Yang ni kaksa yang ajar aku masak. Sangat simple dan cepat di masak. Pertama kali makan yang kaksa masak sedap nyer lahai. Bahan bahannya pon simple jer.

Telur, marjerin, kiub ayam knor dan sayur (kalau nak letak sayur la kan) dan air.

Cara-cara dia:
1.rebus air. Sukatam macam ko rebus air nak buat maggi.
2. Masukkan telur sebijik dan kacau.
3. Masukkan marjerin dan kiub ayam knor.
4. Last sekali masukkan sayur sikit kasi ada kaler ijau sket. Dan garam secukup rasa.
Taraaaaaaaa...!!
Dah siapp..


Balik kampung aritu family aku sokmo macam buat sedih dan simpati lah ngan nasib aku yang makan sup telur jer instead of ayam dan daging. Eleh... mesti dorang curious nak rasa sup telur aaku kan. So aku pon masaklah kat rumah..

Bila dorang rasa..mimik muka sedih dan simpati tadi pon terpancar..aku pon tanyalah kenapa?

Sekali dijawabnya "dok sedak"..


Kuang asam betol.. ingatkan bersimpati ngan pemakanan aku. Itulah sebab aku malas nak masak kat rumah.. dorang ni suka nau komplen masakan aku. Sendu sangat ke oiii... eleh, dok sedak dok sedak pon habis jugak lauk aku masak. (Dah aku masak 1 lauk jer opkos lah yang tu je dorang makan. Tak dak pilihan lain..hihihihi)


Kalo rajin try la masak sup telur macam aku ajarkan tadi. Sedap tau rasa macam makan maggi ayam.

CQ


Assalamualaikum...

Haritu gi MPH terjumpa buku hikayat calaqisya terus amek dan baca secara random satu muka surat. Ahaaa.. menarik ni. Terus beli dan baca dirumah. Buku ni berkisahkan perjalanan mereka dari awal meniaga pakaian sampailah sekarang menjadi salah satu butik yang femes di Malaysia.


Aku kenal mereka berdua sejak awal awal aku blogging lagi. Suka baca blog mereka terutama penulisan dari hentak berlipat yang sempoi dan bahasa yang senang ko nak faham dan hadam. No wonder lah sampai boleh terbitkan buku dan bahasa dalam buku ni pon still sempoi.

Dulu pernah jugak berbalas balas komen kat blog ngan hentak berlipat dan peti suara. Boleh godek godek oldest post.  Siapa sangka kan orang yang kita pernah berkomunikasi di alam maya sekarang dah makin berjaya. Tahniah buat mereka berdua. So atas sokongan aku pon beli dan bacalah buku mereka ni.


Eh! Bukan tu aje. Aku ngan ruby pernah jugak beberapa kali masuk butik dorang. Datang tinjau tinjau. Tapi sekali jer aku pernah beli baju yang dorang jual. Hehehehe.. sebab yang tu je yang ngam ngan aku. Yang lain sesuai untuk yang berisi sket. Okeylah tu.. tanda aku support CQ.



Sabrina maxi dress.

Oh ya..aritu CQ ada buat sale untuk syifa patch. Aku pon orderlah online amek saiz S/M. Ruby dah pesan dah saiz s/m tu pon besar. Aku tak pedulik nak jugak beli. Bila pos dah sampai aku test. Alahaiii... besar jugak ngan aku. Last last dapat kat mak aku sebab dia pon berkenan pattern ni sebab tengok ruby pakai. Awak lah ni ruby bakpe gi pakai syifa patch masa jumpa mak saya. Hahahaha.. kang tak pasal pasal mak saya pon tersuka. Takpelah rezeki mak dapat jugak jubah tu walaupon dia nak kaler lain.

 Obviously ni bukan gambar mak aku. Ni contoh gambar jubah yang dapat kat mak aku.

Begitulah citer tentang CQ dan aku. Ramai jugak blogger blogger yang aku kenal dan follow dulu bukak butik. Aku jer blogger sendu yang masih blogging x bukak pape.

Eh lupa.. keje aku bukak mulut sebar ilmu.

Papepon...All the best for the future, CQ ❤

Sunday, December 20, 2015

Hulk pink

Assalamualaikummm...

Hello peeps..

Selama ni aku sokmo gunakan istilah 'hulk pink' kalo nak mengamuk marah atau geram. Tak pernah pon terpikir nak google wujud ke idok hulk kaler pink. Berdasarkan pemikiran logik  aku power ranjers ada kaler ijau merah biru hitam pink. Opkoslah hulk kaler pink pon ada kannn...

Sampailah satu hari aku wasap ngan bro ajim dan tersebut pasal hulk pink. Dia tanya aku

"Ada ke hulk pink"

"Eh..ada laaa" jawab ngan konfiden berdasarkan pemahaman aku tentang power ranjers.

 Dapat 1 image from wasap.

"Haa aa.. ada la"

Ranjin nyer lahai gigih pi google hulk pink.

Pape pon tinkiu bro sebab dia google la aku pon dapat tau hulk pink ni wujud. Walaupon tak keluaq kat tv.

Tetiba.. aku curious..

Wujud tak hulk kaler biru? ??

Terus aku google taip HULK BLUE.

Laaaa... ada rupanya.. bukan takat biru je ada.. merah kuning pon ada. Betoi la pemahaman aku tentang power ranjers tadi.


Thursday, December 17, 2015

Persis kah?

Assalamualaikum..

Dulu masa zaman indie aku suka sangat Yuna. Dalam fon aku penuh dengan lagu lagu indie. Terpengaruh dengan cerita KAMI. masa tu aku di matrikulasi.. asyik dengar lagu indie jerlah sampaikan aku lupa masa kat meresem dulu aku layan lagu 90an.

Nak citer pasal Yuna ni. Sebab aku suka sangat kan Yuna sampaikan nak terikut ikut cara pemakaian dia. Dia pakai skinny jeans aku pon pakai walaupon ayah aku larang. Pastu dia lilit lilit shawl..aku pon lilit jugak. Dia pakai cardigan aku pon pakai jugak.


Tu citer dulu la kannnn...

Sekarang sedang mencari identiti diri. Takkan lah dah jadi cikgu nak berpenampilan cenggitu lagi. Lebih selesa pakai kemeja dan seluar slack kalau gi jenjalan. Kat sekolah opkoslah baju kurung jer.

Cam yuna tak??

Oh ya.. aku pakai nick name yuxi bukan sbab yuna okey..

Ayu + azi = yuxi

Dah kenapa ayu? Cita cita aku nak jadi perempuan ayu.. hahahahaha

Mohon jangan carut sis okey.. bye🙈



Wednesday, December 16, 2015

Review buku : Diagnosis

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak review 2 buah buku best untuk bacaan kamu semua.

 Kedua dua buku ni dalam bentuk cerita motivasi daripada beberapa orang penulis. Dan semua penulis buku ni adalah doktor. So secara tak langsung pembaca dapat jugak ilmu ilmu kedoktoran disamping motivation.


Mana nak dapat:

Kamu boleh dapatkan buku buku ni di MPH. Aku ada cari di Popular buku buku ni tapi tak de.. so sanggup suruh kezen aku di KL gi cari kat  mana mana MPH pastu pos kat aku ke sarawak.

Harga:

Aku lupalah berapa harga sebab tak de tulis kat buku. Yang diagnosis 2 harganya rm30.

Oh ya!

Baru baru ni viral kat fb ada citer pasal doktor dan nurse kena kutuk cakap cuai la tak bertanggungjawab lah. Sedih jugak aku baca komen komen manusia tu. Sebab aku kan dah baca kisah kisah doktor dalam diagnosis ni. Faham lah serba sedikit kerja dorang yang mencabar tu.


Nah..amekkaw.. cer tengok profesion yang paling rakyat malaysia percayai.. siapa yang paling atas? DOKTOR.. yang kedua CIKGU.. tapi yang paling selalu kena viral hentam.. 2 profesion ni lah..alahaiiiii..

Haa.. apa lagi. Gi lah MPH cari buku buku ni. Berbaloi kalo korang baca... insha allah..

With love
Zazi ❤





Jaga subuh

Assalamualaikum..

Aku berkawan rapat ngan ruby dan dia dah kawen 2 tahun dan dah ada anak sorang dah. Masa ruby mula mula kawen aku tanya ruby, camne eh nak cepat dapat jodoh n cepat kawen? Masih ku ingat ruby kata "dah ready ke awak nak kejutkan suami awak bangun subuh tiap tiap hari?".. hahahaha..

Pada masa tu aku memang liat sket bab solat subuh. Tu pon roomate yang kejutkan. Kadang kadang qada. Sedor diri ah masa tu terus rasa nak berubah. Berusaha set alarm banyak untuk bangun subuh. Alhamdulillah ada perubahan positif.

Dan allah campakkan aku ke pedalaman sarawak pon ada hikmahnya. Kan kat sana subuh awal. Automatik masa tidur dan masa bangun aku terus berubah. Sebelum sebelum ni mampu stay up sampai 2 atau 3 pagi kadang kadang tak tido langsung mengadap asignment  tapi lepas duk LJ pukul 11 dah masuk tido. Kalau sampai tahap 12 malam tu memang mengantok tahap gaban la.

Dan rutin ni melekat sampai la sekarang aku kat rumah adik adik aku tanya pehal aku tido awal  sangat. Kalo nampak aku tido lewat sampai pukul 1 tu sebabnya aki tido petang la tu. Hahahahaha...

Bangun pagi pulok dah terbiasa kan pukul 5 dah bangun masa duk LJ. Sana subuh awal. Alhamdulillah mungkin tu satu cara Allah nak bagi aku permudahkan solat subuh. Kalau terbangun lagi awal lagi bagus sebab boleh tahajud. Tapi kan sejak kes nightmare aritu aku jarang dah berani nak bangun awal. Selalu tunggu kaksa bangun dulu baru aku bangun.

Aku ada terbaca kat twitter ke kat fb eh....

Aku selalu terkena macam ni. Aku selalu lah Allah kejutkan aku sekitar jam 3 4 pagi. Sampaikan ada yang perasan aku baca wasap pukul 4 pagi. Aku tak set alarm pon nak bangun pukul 4. Jam aku sokmo start pukul 5. Syukur allah masih nak kejutkan aku.

Harap istiqamah jaga subuh sebab allah masih menyayagi kita. Betol lah tu ruby cakap. Ready dah ke nak kejut suami dan anak anak bangun subuh? Hehehehe..
Insha allah...ready :)


Monday, December 7, 2015

Lama sangat ke?


Assalamualaikumm...

Hello peepss...

Memandangkan cuti sekolah lama so aku pon pergilah holiday ke KL..  macam zaman maktab dulu, gi mana mana memang akan nail lrt.. kalau time kaya jer bajet naik teksi.. so aku pon pakailah kad rabbit untul memudahkan perjalanan disamping  tak payah nak beratur lama cari duit pulak nak beli token..


Selepas setahun x naik lrt, baru baru ni masa gi kl nak naik lrt. Bajet cool lah keluarkan kad rabbit nak touch and go jer. Sekali kad tak boleh guna..waduh waduh...g tanya kat kaunter katanya dah tak boleh guna sebab dah lama tak pakai.. yela.. dah setahun duk dalam hutan mana ada lrt nya..

Nasib baik ku teringat kad watson boleh touch n go jugak. Yahoo! Dapat guna..yang rabbit tu terus ku rejam masuk tong sampah. Benci ngat eh.. lama sangat ke aku dah tak mai kl?



Tuesday, November 24, 2015

Berdikari?


Assalamualaikumm


Sejak kecik lagi aku berjauhan ngan family. Ianya menjadi sejarah pada usia 13 tahun kena hantar gi boarding school. Dihantar ke suatu negeri yang aku memang tak de sedara mara pon. Pada awalnya tiap tiap hari call mak ayah nak balik. Idoknyerrr mak ayah aku nak layan mai ambik aku yang beribu batu jauhnya.. last2 sis redho jerlah tinggal sana 5 tahun.

Bila dapat maktab kat KL sekali lagi tinggal di tempat yang tak de sedara mara. Sokmo tengok jerlah kawan kawan lain family datang menjenguk atau dorang balik ke rumah sedara mara. Lima tahun setengah tinggal di sana survive sendiri jer. Tapi syuur ada kawan2 dan dikelilingi insan insan yang menyayangi diri ini..hahahaha..

Sokmo aku lah yang pergi bermanja manja. Kawan kawan faham dah perangai aku. Kawan kawan pon redhi jerlah ada manusia sebegini.

Semakin lama semakin menjauh plak aku dari family. Sekai lagi aku dicampakkan ke tempat yang tak de sedara mara. Jauh ke dalam hutan belantara pulok tu.. sekal lagi sis redho..hahaha.

Kiri: 19 y/o zazi at KL
Kanan: 25 y/o zazi at M.

Semoga sis terus tabah menghadapi kehidupan ini. Jiwa mesti mau kental beb.. 

Eleh..kental lah sangat. Kenkadang menangis jugak sensorang di bucu katil..
Smirk.



Saturday, November 21, 2015

Holiday tahun pertama

Assalamualaikum...

Sepanjang setahun duk di borneo ni alhamdulillah aku dapat ronda-ronda dan berholiday ngan kawan-kawan. Mak aku pesan, sementara berada di negeri orang ni gi lah berjalan. kalau cuti tak panjang tak payah balik kampung pon tak pe. Makcik pakcik aku pon pesan benda yang sama. Nanti dah balik semenanjung payah dah lah nak ada peluang berjalan-jalan di tempat orang. Sebab tu kalau cuti sekolah seminggu memnag aku tak baliklah. Deal ngan kawan-kawan sape yang tak balik ajak pergi melancong dan melencong..


Ni holiday pertama aku. Ronda-ronda negeri S bersama keluarga sofia. Sofia ni junior n roomate aku masa kat maktab. Kebetulan pulak kena posting ssini kan. So ada cuti sekolah seminggu bulan 3 aku tak balik kampung. Berjalan lah aku bersama mereka. seronok sangat sebab dapat jelajah hampir separuh sarawak. terima kasih banyak kat makcik pakcik dan sofia sudi tumpangkan aku tinggal ngan dorang pastu siap abwak berjalan lagi.

Nah..sungai rajang telah ku rentasi.. Tapi rentasi naik feri lah. Hehehehee..


Pastu bulan 4 ada lagi cuti sekolah. Yang cuti ni pon aku tak balik. Join kawan-kawan pergi holiday ke Kuching pulok. Syiok kalau ada kawan-kawan yang suka berjalan dan sempoi.. Aku lupa pulak nak update pasal cuti-cuti ke kuching ni. Dah lama dah malas dah aku nak imbas cerita holiday aritu. Kasi gambor jerlah siket.

Ni semua kawan-kawan di maktab yang mengajar di sarawak jugak tapi kami daerah lain-lain pastu kami cadanglah berjumpa di kuching sambil-sambil berjalan cuti sekolah.




Semasa di kampung budaya

.
Pastu cuti sekolah bulang 5 6 7 opkos lah balik kampung sebab cuti sekolah panjang dan cuti hari raya pulok tu. Maunyer nanti kena bahan ngan family kalau aku tak balik. Lama oiiii aku tak balik sejak datang sarawak since bulan 1 okey. Selepas 5 bulan baru balik kampung. Tapi sebelum sampai rumah tu sempat lagi aku menynggah ke kelantan gi kenduri kawen cikwe. Dapatlah berjumpa ngan classmates fantasticfour. Tau tau jerlah kalau dah berjumpa tu masing masing nak bercerita. Hampir separuh classmates aku kena campak ke sarawak dan separuh lagi stay KL. 







Pastu cuti sekolah bulan 9 pulak bercuti lagi aku ke negeri dibawah bayu selama seminggu... Ada aku update siket pasal holiday sabah ni di older post. Pandai-pandailah godek entry lama. Nah..kasi gambor siket tempat-tempat yang kami gi holiday..





udah udah lah tu bergambor... kita sambung holiday next year pulak. tapi urrrmmmmm dah ada cuti yang aku dah beli tiket balik kampung sebab tiket flight murah..hahahhaha.. 

Selesai tahun pertama di LJ


Assalamualaikum...

alhamdulillah selesai sudah tahun pertama aku mengajar di LJ ni. macam-macam dugaan dan pahit manis sepanjang berada di sana yang perlukan aku jiwa mesti mau kental beb. banyak jugaklah aku dapat belajar selama setahun ni. Secara keseluruhannya aku suka duk LJ dengan environment dan orang-orang kat sana. Masa awal-awal dulu sebelum posting aku berdoa moga-moga dapat negeri yang aku mintak tapi last last dapat negeri S ni. Its ok. Berdoa lagi semoga berada di tempat  yang dikelilingi oleh orang-orang yang dapat menyayangi aku. Alhamdullillah. ALLAH KNOWS WHAT IS THE BEST FOR ME.

Warga eskayeljay 2015 

Komuniti pibg di LJ .. Sporting sangat dorang semua..

Ewaahhhh... jom poco-poco beramai-ramai 

Hamek kau kena buat persembahan.. Tak boleh segan-segan sangat kalo duk LJ ni.. Masa mula-mula sampai sini dah kena paksa berkaroke ngan cikgucikgu semua. Dorang cakap orang baru mesti karok satu lagu. Baru ku tahu duduk sana tak boleh pemalu segan segan. Sekarang okeylah dapat adapt ngan persekitaran yang ramai lelaki dan menjadi minoriti islam.

Masa camping sambil picnic. Sungai dekat je ngan sekolah..mandi manda ngan murid murid.


Yang tadi perihal sekolah..yang ni nak cerita pasal semalam pulak. Kami ada dinner ngan warga pipidi B. So berkumpul lah semua cikgucikgu dan staff yang pedalaman-pedalaman B ni. Banyak sungguh sekolah di daerah B ni. Dahlah pedalaman semua. Berkumpullah cikgucikgu dan staff yang tabah dan jiwa kental sekalian.....


 Kemain yang belakang tu nak interframe jugak,,

 Ni separuh jer geng LJ. Yang lelaki-lelaki semua tatau lah gi mana masa ni. Tak dapat gambor ramai-ramai..


Tambah lagi warga LJ. 


Selama duk LJ ni ramai jugak aku dapat kawan baru. Kenal masa keluar kursus atau kawan kepada kawan.


Ni syikin.. dia ni jerlah geng ipik yang sama daerah ngan aku. Ko tengoklah beza gambar kiri masa mula-mula sampai daerah B ngan selepas setahun. Syikin makin sihat nampaknya. aku pulak makin mengecil. huhuhuu...


Itulah ceritanya dah penghujung sesi persekolahan..
Looking forward for next year.
Semoga dapat perbaiki mana yang salah silap dan tingkatkan prestasi.
bye!