Monday, November 24, 2014

Fare well trip

Assalamualaikum...

Semalam aku dan classmates fantasticfour berada di PD. Enjoy our moments together for the last time. Walaupon tak semua 21 orang join tapi sekurang kurangnya ada lah moments to be cherish.




Perempuan bergerak satu kereta. Kecuali kaklong naik ngan pokdin. Auwwwee...sweet hangat. Inilah perempuan perempuan yang aku bermanja selama 5 taun setengah ni. Cikwe ah sokmo mengamuk time aku nak manja manja dia mesti kata..bo kaco aku. Gi main jauh. Huhuhuhu... 


Ini naim dan Fatin.


Semua sekali bergerak 4 kereta. Macam macam dugaan sebelum nak sampai untuk berhuha huha.. Sendiri sendiri kenang jela. Tak mau cerita kat sini.






Lepas check in petang tu terus gi main kat pantai. Pada mulanya ada yang tak mau masuk laut. Ada yang tak mau main banana boat. Termasuklah aku. Serammm weyyy sebab cikwe pernah terbelah dahi berjahit sebab main banana boat. Tapi last last semua orang main jugak. Seronok....

Main kat tepi pantai bergambor sampai senja.




actually banyak lagi gambor. tp fon aku problem. maka aku dah transfer masuk laptop. tak dak gambaq dah dalam fon. aku tamat kat sini je. kalau ada internet lajuuuuu baru aku update lain. nak haapkan mobile data je memang tak mampu la kan.

till we meet again fantasticfour. muahciked


Sunday, November 16, 2014

selepas setlekan buku merah

Assalamualaikummmm...

Minggu ni minggu last aku bergelar student. Alhamdulillah dah setlekan jilid kajian yang sungguh mengganggu masa masa aku demi nak lengkapkan syarat dapat degree. Belajar 5 taun setengah takkan nak buat cincai cincai je kajian walaupun timbul rasa give up sepanjang nak siapkan laporan kajian.

Nah! Dah setle buku merah aku. Buat 5 copy. Satu je simpan kat aku.

Tadaaa..hamek kau siap bergambor depan jabatan.

Nak lagi elokjom bergambor bersama kawan kawan.

Lepas setle hantar jilid ke lecterer..kami gi makan kat padang jawa. Hamboiiii jauhnyer kami pergi lunch. Ala ala celebrate sempena dah antor jilid.

Lega acik oiiii lepas setle semua ni. Oh ya! Interviu pon kami dah setle. Sekarang tunggu nak habeskan paper last besok. Pastu yiihaaaa...berehat panjang ler masing masing.

Plannya nak lunch je pastu teus balik. Tapi melencong plak gi makan abc la pulok.


Kemain lagi ausss sekarang asyik ajak selfie je lepas pakai oppo. Lawa jugak kamera fon oppo. Kalo nak bandingkan ngan kamera depan aku yang lame ni.

Lepas makan abc eh eh melencong lagi. Gi tengok street art. Tapi sayang tempat macam tak jaga jer. Tak menarik sangat. Nak yang cun pergi jalan plumpum.

Lets bergambor secara berjemaah sebelum hujan turun. Sekarang musim hujan. Petang petang nak keluar memang tak syiokkk.. Tambah pulak kl ni bila hujan memang jem menggila.

Bila dah hujan. Jom ler kita balik.

Itulah ceritanya daripada nak gi lunch jer..sampai melencong ke lain.

Hashtag# memorifantasticfour

Bai!

Monday, October 13, 2014

Aktiviti dalam kelas-forum

Assalamualaikum...

Harini kelas belajar style forum.
3 orang panel duk Kat depan bercakap. Yang lain dengor sambil buat kerja lain.



 Siap buat recording lagi.
Kemainnnn....


 Cikwe duk main fon jer dalam kelas.
Rujuk entri lepas dia buat apa.


 Bob je yang makan dalam kelas.
Bob, if u read this jangan emo plak aku buh gambaq ni. Aku dah gitau nak masuk blog. Sapa suh buat muka lagu tu.

Pasaipa semua pakat nak duk belakang tatau. ShamKK jauh ke belakang.

 Arini abi ngan umi pakai baju sama.
Weewiittt...

Sambil sambil forum ada break sekejap untuk penonton Tanya soalan.
Siap Ada panggilan fon dari penonton di Rumah.


Ayoub. The lonely boy hiding over day.
Penyelaras kelas ini.

Tadi masa forum nabill tersasul cakap. Terus masuk whatsapp kena troll.



Pihek.



Time is running out

Assalamualaikum....

Bangun awal pagi ni walaupon kelas start lewat pukul 1130. Dalam 2 minggu je pon lagi untuk kami masuk kelas dan belajar sesama. Tahun depan masing masing tercampak ke mana pon tatau.

Aku dah siap buat jadual besor besor lagi untuk countdown the end of the day as training teacher. But at the same time rasa sedih jugak untuk berpisah ngan kawan kawan dan junior semua.

Paling sedih nak berpisah ngan classmates fantastic four. Kami ada blog. Cer Google chekguchekgi.blogspot.com . kalo rajin dan ada tenet je aku sempat update situ. Bagus taw kalo buat blog sesama macam ni. Nanti kalau rindu boleh ler jenguk jenguk teringat zaman belajor.

Korang pon buat la 1 blog bersama kawan kawan :)


Minggu depan adalah cuti terakhir untuk aku balik ngan bas dari KL ke ganu. Huhuhuhu.... Aku harap yg last sekali make ayah aku boleh la mai amek aku kat sini. Kalau x datang maknanya balik ngan bas la aku angkut semua barang dalam bilik tu naik bas. Huaaaaaa

Mak ayah.
Datang kot. Insha Allah.

okeylah. As long as masih Ada baki baki hari di maktab ni. Cuba create memories dan kalo ada tenet kita update lah yek.
Bye!


Saturday, October 11, 2014

Kelas hari sabtu


Assalamualaikum...

Harini hari sabtu. Dan kami ada kelas hari ini. Yeay!
Tepuk tangan ramai ramai..!
Sekarang aku dalam kelas.
Lecturer Ada depan. Kawan sedang buat pembentangan.
Aku update blog.


Yang ni sibuk selfie sensorang. Pasty duk asyik tanya " hensem tak aku?"

 Yang sorang ni pulak pantang nampak orang amik gambar. Ce jadi macam Thaeva acah acah candid.


Mai kelas pakai baju tak formal. Aishhh.. Apa nak jadi ni. Mentang mentang arini sabtu.

 Hok kiri tengah main fon. Yang tengah muka otok. Nasib baik ruby pantas nampak je angkat fon terus senyum.


Kak long pon sama. Smile.. Bukan smell. Hihihi..

Sekarang kena masuk dalam kumpulan pulok. Pening dah banyak ngat kumpulan sampai tatau nak masuk kumpulan mana.




Sampai sini jerlah aku update bergambar. Maaf aku tak boleh nak fokus dah. Kemon men. Its Saturday! Tapi aku cuba positifkan diri salin jugak nota.

Sekian sahaja update bergambor arini. Bye!




Thursday, October 9, 2014

Eidul Adha family zazi

Assalamualaikum...

Lama ku menghilang. Tetiba muncul lepas raya haji. Saje post arini nak gitau blog ni masih wujud dan akan terus di update. Sekarang ada tenet dalam kelas aku pon tatau nak buat apa so update blog jap. Kat depan kelas Bibah tengah buat pembentangan. Aku wat donnoe je. Hihihihihi.. Sory Bibah.

Back to the topic.

Alhamdulillah cuti raya dapat balik kampung. Yippeee!
Walaupon xda tiket nak balik, aku tumpang Moknik. Dia nak balik kelantan tapi lalu kut ganu. Kami bertolak pagi sabtu. Esoknya raya..huhuhu..



Dari KL lagi jalan jem menggila oiiii... Sampailah ke Bentong bawak 20 jerrr.. Bertolak dari Cheras pukul 7 (yeke ?) Pastu sampai je Bentong berhenti beli KFC drive thru pon kna beratur panjang. Sampai turn kitorang tetibe set yang diminta dah habes.  Hangin betol acik yang sedang kelaparan..main bedal je beli apa jer yang tinggal. Jangan banyak songeh..

Jalan sesak banyak kereta. Nak kencing pon kena beratur panjang. Tahan jela pundi kencing sampai masuk ganu nanti baru buang.

Lepas je temerloh baru jalan lengang siket. Amboiii...kemain moknik bawak kete Kat highway sampai 140. Lepas gian sebab tadi bawak 20 jer.. Laju kemain myvi tak mahu kasi can BMW kat belakang potong sampai bergegor kereta macam naik kerusi urut ogawa.

Aku ni boleh kira ngan jari je kot berapa kali balik ganu lalu kut Jabor ngan kereta. Moknik ngan Fatin plak xpernah lalu. Redah jer la. Pastu  moknik suruh aku bawak plak kereta. Wohaaaa! Auto kot.. Mana biasa bawak. (T__T) so kira tula pertama kali aku bawak auto jauh jauh.


Tak reti nak rotet gambor. Kamu pusing sendiri la.


Bosan jugak bawak auto. Paling laju aku mampu bawak 80 jer. Hihihi... Moknik duk bising suh aku tekan minyak lagi sampai 100.

"Tekey gak lagi minyok tu"
"Tekey lgi"

OK. Tekey

Sampai ganu pukul 5 camtu. Moknik taruk aku penghujung highway pastu dorang teruskan perjalanan ke Kelantan. Aku plak mak ayah mai amek lepas tu.


Pagi raya bersiap siap gi Rumah tokwan. Gi jalan kaki sebab kena tinggal. Aku ingatkan mak aku nak tunggu tetiba dah keluar gate. Motor plak semua dah bawak gi sana. So jalan kaki lerr jawabnyer.

Aku dan makcik makcik Ku. Yang tudung kuning bukan makcik. Tu adik aku.
Ni kezen kezen yang masih bersekolah rendah. Baya baya anak murid aku jela.

Meriohhhh gilo raya bila berkumpul ramai ramai. Tak gi mana mana pon juz lepak rumah tokwan makan makan sambil tengok tv . berebut TV ngan yang kecik kecik sebab yang besor nak tengok kpop pastu yang kecik nak tengok ceria.


Yang lelaki plak main badminton. Memang pakcik aku siap buat gelanggang sebab nak bagi anak anak sedara main kasi berpeluh siket. Kemain semangat raya raya camni pon nak main badminton. Kadang kadang dorang buat pertandingan.

Pastu malamnya kita ada bbq. Bakor daging je pon tapi hingaq jugak.

Sbesok nya aku dah kena balik KL. Raya aku satu hari satu malam jer. Huhuhuhu... Asalkan boleh balik beraya.pastu balik KL ngan bas alhamdulillah bas malam tak jem.

Sekian sahaja cerita raya aku. Bye!

Thursday, August 28, 2014

Road to JDT


Assalamualaikum..

Hari terakhir internship, aku dan classmates menjelajah ke johor.
Tahun lepas event besar kelas kami ruby kawen.
Tahun ni mami pulak yang bertunang.
Alang alang gi johor kami pon singgah la rumah Nabil jugak.






Tahniah buat mami dan dedi to be..
Habes majlis bertunang kami konvoi beraya ke rumah nabill pulok.


Jauh jugaklah perjalanan nak gi sana
Sempat lagi buat video klip dalam kete


Sampai kampung nabill kami terus cari sekolah dia
Sebab nama sekolah dia unik.
Semua macam curious pertama kali dengar


Bila puteri menangis, pergi sekolah senang hati

Makan banyak Kat Sana.
Ada bakso sedap ngat...
Fatin sampai mintak tapau bangkit cheese.
Pastu gi dusun. Banyak giler nyamuk.
Sape yg pakai baju gelap memang tumpuan nyamuk n de geng

Ambik buah banyak tapi makan siket je
Bungkus bawak balik kl
Sebelum balik sempat bergambor ngan tuan Rumah


Otw balik kl sempat singgah melaka.
Makan makan sana pastu sampai kl dekat  2 pagi.
Memang jauh perjalanan ke johor
Pastu cikwe bawak kete memang fuhhhh sampai berpegangan tangan aku ngan moknik kat belakang
Alhamdulillah sampai ngan selamat.

Bye. !


Minggu yang sangat sibuk


Assalamualaikum...

Apa khabar semuanya?
Ni cubaan pertama update blog melalui fon.
Lama sungguh rasanya tak blogging.
Hidup sebagai student final year sngat hectic.
Tapi aku try keep calm..
Masih mampu bergelak ketawa ngan kawan-kawan

Sekarang kami semua sibuk menyiapkan laporan kajian.
Semua muka ketat je menaip depan laptop.
Aku try wujudkan stress dalan diri tapi tataula kenapa aku tak rasa tekanannya
Malam malam masih sempat tido sedangkan Ada kawan kawan yang dah beberapa hari tak tido malam

Takutnyerrrr
Habes pos ni aku sambung menaip.
Cuba wujudkan stress dalam diri...


I miss blogging~