Saturday, September 28, 2013

Rakan praktikum

Assalamualaikum....

Tak habes-habes lagi citer pasal praktikum.


Here u are...dari kiri zazi, izzah, Ruby dan athirah.

Baru ku perasan tiga-tiga orang pakai spek sama jenis. Aku jer yang tak pakai spek. Izzah dan Athirah kos pengajian bahasa inggeris (TESL). Dua dua orang asal dari utara. Bila aku ngan Ruby sembang ngan dorang mulalah cakap terkeluaq loghat utara. Nasib baik aku ngan ruby agak fasih berbahasa utara walaupon dulu classmates kat maresem kata kalo aku cakap utara macam siam kat baling cakap. Kong hajo kan. Hahahaha.. 



Yang ni kalo selalu baca belog aku pastu tak kenal jugak tatau lah. Belambak muka dia ku tempek kat blog dan intstagram. Oh ya..! Aku ada instagram. boleh ler follow IG aku @shazikashahrim. Ku bukan retis nak taruk gambar stylo mailo..


Sekolah kami praktikum ni suka buat potlouck. Kami semua tinggal kat hostel so tatau nak bawa makanan apa atau nak masak kami budak hostel mana ada dapur. Potluck kali pertama kami share beli kek secret resipi. Pastu time hari raya cikgu-cikgu kena bawa makanan jugak so lagi sekali kami share beli kek cokelat pulok. Dan yang last skali farewell potluck tak mau dah beli kek dah bosan so share beli kuih muih jerlah.. beginilah nasib orang bujang duduk hostel nak masak tak de dapur. Konklusinya..beli jer makanan.. senang.







Till we meet again kawan-kawan..Bye~


Tuesday, September 24, 2013

Murid-muridku


Assalamualaikum..

Total semua anak murid yang aku ajar kat SKSB aritu 81 orang. Selama dua bulan kat sekolah aku dah ngajor 81 orang budak. Kalo cikgu yang dah berbelas tahun mengajar mesti dah berpuluh ribu orang murid dah cikgu-cikgu aku mengajar dan beri ilmu kan..WOhaa..! Terima kasih cikgu-cikgu seluruh dunia..Selama 2 bulan aku mengajar 3 kelas darjah 4 untuk subjek KT,sivik dan PJ. Minggu last aku kat sekolah baru berkesempatan nak bergambor ngan anak murid semua. 
 


Yang ni murid-murid 4 Intan. Setiap hari mesti ada jer murid yang tak datang sekolah. Tapi bukan murid yang samalah yang tak datang sekolah. Aku ngajor kelas ni subjek pj, kt dan sivik. Paling banyak aku masuk kelas ni sampai boleh ingat nama semua orang. Kelas ni lah yang aku buat token ekonomi aritu. Yang ni kelas nombor 3. Alhamdulillah semua okey tak de yang nakal sangat. Semua comey comey.. Cuma yang perempuan jerlah macam ada puak-puak siket. Yang lelaki mudah nak handle masa PJ bagi bola semua sepakat nak main bola. Yang pompuan pulak jenuh cikgu nak pikir games yang boleh satukan mereka. huhuhu..




Ini pulak murid tahun 4 Mutiara kelas nombor 2. kelas ni aku ajar subjek KT jer. Selalu kalo kena observe mesti kena time kelas dorang. Almost... Memandangkan kelas dorang satu-satunya kelas yang aku ngajor yang still dalam kelas pakai papan hitam kena menulis pakai kapur so aku kena bawak dorang masuk makmal komputer selalu. Sebab dalam markah penilaian kena pakai ICT. Seronok lah dorang boleh masuk makmal komputer tapi...sekali pon aku tak pernah bagi dorang bukak komputer.. Nasib korang ler..Nak buat cemana time kelas korang je mesti cikgu kena observe. Jangan harap boleh main komputer... 


ce ko ushar gambar last murid yang pakai baju biru tengah monyok tu. Yang tu baru lepas menangis. Kes bergaduh ngan kawan sebelah dia. Main ejek nama pahtu kawan dia geram sangat terus pukul kepala ngan pencil box. menangis lerrr dia. Aku pulak cuak bila dia menggelupur atas lantai sambil pegang kepala. Nasib baik tak berdarah. Fuh..~ nasib baik..




Dan last sekali kelas 4 zamrud, kelas yang pertama. Boleh kira beberapa kali jer aku masuk kelas dorang. Aku ajar subjek sivik untuk kelas ni pada hari jumaat. Selalu jer ada program dan aktiviti sekolah pada hari jumaat. So, kelas pon cancel lah. Untuk ingat nama-nama dorang, pertama kali aku masuk kelas ni aku suruh dorang buat tanda nama. Letak atas meja setiap kali kelas aku. Senang nanti aku nak panggil dan ingat nama dorang. Hari last kami salam-salam pastu dorang nyanyi lagu terima kasih cikgu. Perghhh...!! Sebak jugaklah aku time tu tapi aku tahan jer. Takkan nak teriak depan dorang kot.Cecepat aku suruh dorang masuk kelas.


Murid-murid duk pakat mintak no telefon ngan fb aku. memang tak lah aku nak bagi kat dorang. Setakat ni tak pernah lagi aku bagi kat murid-murid aku. Bukan apa..dah lah cikgu banyak post mengarut-mengarut kat fb karang tak pasal-pasal murid dapat bad influence dari cikgu. Dan sebab tu jugak aku jarang nak layan fb dah sekarang..

Ubah perangai demi anak murid..Wohaa...!
 
Aku harap dorang dapat ilmu yang aku ajar dan berguna untuk masa hadapan. Insha allah..Jangan ada sikap pilih kasih antara budak kelas pertama atau kelas hujung, antara murid lemah ngan murid pandai. Sebab aku ada kawan masa sekolah rendah dia kelas hujunggggg sekali tapiii....sekarang dia masuk U jugak sama taraf ngan budak kelas pertama even kelas pertama pon ada yang tak dapat masuk U. Haa...jangan perlekeh murid kita sebab kita tatau masa depan dorang cemana..

Ingat tau..cikguu..




Monday, September 23, 2013

Mencabar anak tekak

assalamualaikum..

Alhamdulillah  aku dah habes praktikum dua bulan. Sekarang masuk kelas balik macam biasa belajar macam biasa. Pergi je kelas tanpa tahu arini ada kelas apa sebab dua bulan duk kat sekolah terus lupa jadual kelas sendiri. Kawan-kawan duk pakat tanya "Esok ada kelas apa wey? ."

Almost semua lupa. 

Nak recall balik memori kat sekolah. Paling mencabar sekali kami guru praktikum kena jaga budak tahap 1 sekolah petang. Masa tu cikgu-cikgu ada meeting untuk hari sukan. Sebelum-sebelum ni memang kami pernah jaga dan keadaan terkawal tapi....kali ni kami jaga tanpa menggunakan microfon..Ko kena jerit sampai suara ko bergema satu dewan... ko mampu???

AKU TAK MAMPU..


Satu dewan sampai ke belakang. Yang depan sekali ni murid tahun satu yang comel-comel tak de gigi, yang tengah murid tahun 2 dan belakang sekali tahun 3.. jerit lontar suara sampai ke belakang bukan dengar pon..Kagum ah ngan Ruby sebab dia boleh kawal murid time dorang bising guna pergerakan tangan jer. Tapi bila bagi arahan still suara tak sampai..sebab tu cikgu kena suara kuat dan lantang..


Jenuh pikir nak buat aktiviti apa last last ruby suruh dorang keluarkan kertas..koyak jer dari tengah buku..pastu lukis dan warnakan..seronok murid-murid ni bila suruh melukis..


benda comman kita selalu buat bila nak melukis..tekap gambar dari buku teks..


Yang dah siap boleh suruh cikgu tandakan dan dapat bintang. Punyer seronok siap bersorak YEAY..!! DAPAT 4 BINTANG..! padahal semua yang hantar dapat bintang yang sama.. huhuhu...


Bila semua dah bosan melukis dan mewarna dewan jadi bising balik. Tetibe murid-murid tahun 3 (yang baju biri ) volunteer nak nyanyi dan suruhhlah dorang lead murid-murid yang lain nyanyi lagu paling famous dalam kalangan budak-budak..Lagu Tegar-aku yang dulu bukanlah yang sekarang dengan lagu putih-putih melati..Semuaaaaaa murid tahu lagu tu dari darjah satu sampailah darjah 3..hafal sebijik sebijik lirik..Wohaaa..!


Lepas sejam jaga akhirnya cikgu-cikgu habes meeting dan dorang masuk ke kelas masing-masing..Selama sejam jaga tu ada 2 orang murid mai kat aku.
."cikgu..gigi saya tercabut.." sambil nangis nangis..
" pergi toilet, kumur darah tu semua" tu je mampu aku gitau..


aku nak tergelak tapi aku tahan gelak dalam hati jer laa..teringat adik aku yang bongsu darjah 3 gigi masih rongak.. eleh..jangan nak gelak kat orang lah azie..ko pon darjah 3 gigi depan pon tercabut jugak...rongak..


Thursday, September 19, 2013

Baju kurung


Assalamualaikum..

Dulu aku memang tak suka pakai baju yang kena pakai kain contoh macam pakai baju kurung atau skirt. Selalu pakai seluar jer. Dan kebanyakkan seluar aku ayah yang jahitkan sebab ayahku tukang jahit. Kalo pakai baju kurung pergi mengaji pon aku tak pakai kain. Maksud aku kain tu aku tak pakai aku gantikan dengan seluar. Sampaikan  tokwan aku marah kenapa tak pakai kain nanti baju kurung dah nampak lusuh tapi kain nya elok jer lagi..Maybe time tu aku pikir kalo pakai kain nanti nak jalan agak terbatas langkah ku. Mungkin sebab tu lah kot aku jalan langkah luas sampai naser selalu kata aku jalan  kalut kelaut. Kuang asam boi betol. 


Bila dah masuk maresem barulah aku selalu pakai baju kurung. Masa kat maresem dulu ada satu hari dalam seminggu  kami yang  pompuan kena pakai baju kurung warna warni ke kelas, budak lelaki pulak pakai baju Polo. Setiap malam wajib pergi prep malam , pompuan wajib berbaju kurung. Memang dalam loker penuh ngan baju kurung jela. Sampaikan baju kurung mak aku pon aku rembat tapi sedih bila aku pakai mesti menggelebeh nampak sangat ko pakai baju emak ko kan... Kalaulah mak aku sama saiz ngan aku eh eh silap, aku yang kena sama saiz ngan emak so that boleh aku pakai je baju dia. Setiap semester mesti jer kena buat baju kurung tak yah tunggu time raya baru nak ada baju kurung.


Habes sekolah, aku masuk matrikulasi. Pergi kelas pon memang wajib pakai baju kurung setiap hari. Oh..baju kurung lagi...dan semakin bertambahlah koleksi baju kurung aku..

throwback the memories....ni kalo tak silap lepas kuliah kat matrik. sebelum balik sempat bergambar pakai henfon baru kawan. 


Bila dah habes matrik aku ingat boleh lah pakai baju-selain-baju-kurung bila dah masuk U nanti sebab selalu tengok kat tv dorang berlakon kan pakai stylo mailo pergi masuk lecture hall dan tak perlu pon pakai baju kurung...alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak masuk u dan aku dapat UUM. Tapi...uum sangat pentingkan pemakaian sebab dia university of management dan mementingkan penampilan gi kuliah. Boleh pakai baju kemeja atau baju kurung je untuk perempuan. Aku kan baru masuk so noob jerlah pakai baju kurung setiap kali ke kelas. 


(tak de simpan gambar semasa kat uum sebab ter-format pendrive. Kalo ada gambar pon yang aku publish kat blog ni jer yang tinggal. pepandai lah godek entry sebelum september 2009).


 Aku study uum sebulan lebih jer pastu pergi masuk maktab pulok. Bila dah masuk maktab memang sah sah lah setiap hari kena pakai baju kurung. Dah nama pon nak jadi cikgu kan. So, sampai sekarang pergi kelas pakai baju kurung pergi sekolah pakai baju kurung. Dulu aku memang pakai baju kurung jenisg yang potongan biasa je tapi sekarang dah up siket pakai jenis kurung modern. Hehehehe.. bertambahlah lagi baju kurung aku. 

Baju kurung latest yang aku ada. Actually ni baju raya. 


Oh lagi satu..kalo bab beli kain baju kurung memang aku serah kat mak aku jelah. Kalo gi jalan TAR memang ada baju kurung ready made tapi sedih ah selalu tak de yang selesa di pakai dan taste aku pilih kain memang hudoh dan aku tak suka nak pakai pilihan sendiri. Nak kain yang emak pilih jugak. Satu hari nanti mungkin aku akan jadi seperti emak aku yang baju kurungnya saja dah 2 3 almari sampaikan tak muat almari dia, dia sumbat masuk almari aku.  Mungkin memang lumrah macam ni kot mak mak yang kerja kat sekolah, baju kurung mesti banyak.


Tuesday, September 17, 2013

Berjimba hujung minggu

Assalamualaikum...

Disebabkan aku tak bersungguh nak cari tiket balik cuti Hari Malaysia aritu, bila ramai giler budak hostel balik kampung baru aku rasa menyesal. Last minit baru nak cari tiket memang non hado la kan. Nasib baik jiran bilik sebelah, Amna tak balik jugak. Melepak lah aku ngan Amna dalam bilik selama satu hari tak kemana-mana. Habeskan masa ngan tengok movie dan tidoq. Masuk je hari kedua dah tak boleh tahan dah kebosanan tahap gaban...internet connection pon tak dapat gara-gara wifi maktab problem dah dekat seminggu..

"Amna, jom la kita keluar. Tengok wayang ke gi Jalan TAR ke"
"okey"

Lepas zohor bergerak lah aku ngan amna gi Pavilion. Beli tiket wayang dulu citer Lagenda Budak Hostel. Syiok lah jugak kalo rasa nak gelak-gelak release tension sambil imbau kenangan semasa kat hostel sekolah dulu dulu. Aku suka tengok wayang citer lawak berbanding citer seram. Siapa tak tengok lagi Lagenda Budak Hostel baik pi tengok cepat. Aku bagi 4.5 bintang out of 5. 


zazi dan amna..Kami keluar berdua jer. 



Singgah kedai Sticky ushar-ushar orang buat gula-gula ni pastu buat muka selamba ambil tester. Dua kali pulok tu gi ambil. Teringat anak murid Pokdin bagi hadiah satu balang sticky untuk majlis perpisahan. 

Kaki aku tak cacat sebenarnya..

Surau pavi best dan selesa. Siap ada cermin besor for a better view dan selca. sorilah amna tak sempat bersiap lagi aku dah snap.




Feeling model ah siket..Tapi mata macam juling jer. Lantak ah..


Habes wayang pukul 6 lebih terus Asar kat situ pastu ronda-ronda sekitar Bukit Bintang. Ramai giler orang. Aku rasa macam duk luar negara jer sebab ramai pelancong asing. Aku ngan Amna bajet cakap indon lah jugak fefiling dari luar negara



Tetiba tengok ramai orang berkumpul. Rupa-rupanya ada orang emas berkilat tengah posing. Kalo nak bergambar ngan dia kena bayar RM2. Memang tak lah kan aku nak bayar semata-mata nak bergambar ngan dia. So, aku snap gambar dia curik curik dari jauh. hehehehe..



Sebelum maghrib gerak gi Time Square pulak nak maghrib kat sana. Punyerlah ramai orang kat surau TS tapi kami menyelit jugak solat situ alang-alang dah sampai. Lepas maghrib tapau Subway pastu gerak balik ke hostel. Akhirnya terisi jugak masa cuti aku ngan keluar jalan-jalan daripada terperuk dalam bilik. 

Friday, September 13, 2013

Kasut sekolah vintage

Assalamualaikum...





Dulu mak aku gi sekolah pakai kasut jenis macam ni lah masa muda-muda dulu. Yang vintage gini. Tapi sekarang dia pergi sekolah pakai kasut mak mak tu jer senang sarung ye lah dah berusia takkan nak pakai heels lagik kan. Maybe sebab masa kecik kecik selalu duk tengok mak aku pakai so aku pon belilah kasut ni. Murah jer beli masa sale raya aritu kalo tak silap doploh hengget je beli kat SOGO. Mula-mula aku tak pakai tapi sebab kasut lama dah rosak soooo terpaksa lah aku pakai sampai minggu depan pergi sekolah. tertonggek tonggek aku jalan dan cover dia berbunyik. Paling aku tak suka pakai kasut yang tapak berbunyik. Sabor jer laa.. Aku sendiri yang gatai pergi beli kannn..


Thursday, September 12, 2013

Petik jari tak bunyik

Assalamualaikum...


Sekolah aku praktikum ni sekolah dua sesi..pagi dan petang. Darjah 4,5,6 pagi pastu darjah 1,2,3 sesi petang. Hari tu cikgu-cikgu ada mesyuarat so kami guru praktikum kena handle jaga murid petang dan murid pagi sekaligus. Kami ngajar sesi pagi so jarang jumpa murid-murid petang tahun 1 2 3 yang comel comel gigi pon tak de. Bila cek kedudukan dalam dewan Ruby tanya "Mana murid tahun 1?" Pastu ramai-ramai murid tahun 1 jawab sambil angkat tangan "Saya..Cikgu..!". Kagum giler aku rasa sebab cara dorang jawab tu sangat tegas dan  tak meleret macam "Saaaayeeeee...cikguuuuuu".


Pastu nak suruh dorang jangan bising Ruby suruh dorang nyanyi lagu Rasa Sayang ramai-ramai..Tapi aku rasa dorang silap dengar dan salah faham so dorang nyanyi lagu Bila Rasa Gembira....Pon boleh lah anak-anak oii...

video

Bila rasa gembira cakap Hooreyyy..! Hooreyy...!

Pastu dorang buat lirik sendiri..Maybe budak-budak ni dah biasa nyanyi lagu Bila Rasa Gembira..

video
Bila rasa gembira petik jari..TAK BUNYIK..

Macam-macamlah budak-budak ni..Ko ingat senang nak handle kawal budak-budak satu dewan..jenuh pikir idea tak mau bagi dorang bosan dan menghuru harakan sekolah sementara cikgu-ckgu lain mesyuarat. Tok sah citer pasal satu dewan, citer yang satu kelas sudah. Lagi pening kepala cikgu..(T___T)~



Wednesday, September 11, 2013

Pengalaman menduduki UPSR

Assalamualaikum..

Dulu masa aku nak ambil UPSR masa tahun 2002, aku rasa macam UPSR ni exam biasa jer sama macam exam bulanan yang lain. Tapi bila pergi kem-kem UPSR baru rasa berdebar dan penting jugaklah UPSR ni. Aku ingat lagi, pada hari nak exam tu mak aku kejut aku bangun awal pagi dan suruh aku ulangkaji sebelum pergi sekolah. Pastu dia temankan aku study. Tulah exam pertama dan terpenting dalam sejarah hidup aku yang mak aku teman aku study. Lepas tu PMR, SPM aku dah masuk boarding school memang tak lah kan mak nak temankan study. Sendiri bangun awal pagi lah kalo terasa sedor diri nak baca buku.


Pastu habes ulangkaji, mak aku siapkan makanan. Selalu jarang aku nak makan kat rumah sebab mak aku kerja selalu tak sempat siapkan sarapan. Tapi bila anak pertama ni nak UPSR kemain lagi semangat mak aku siapkan semuanya. Pergi sekolah pulak aku tak ingatlah ayah aku antor ke atau aku pergi sendiri naik basikal.

Kat sekolah kawan-kawan semua serius nak jawab exam. Cikgu siap hadiahkan 2 batang pensel dan 1 pemadam kat semua murid. Minum air bacaan yasin then pergi masuk dewan peperiksaan. Kelas pertama dan kelas kedua jawab exam kat dalam kelas. Pastu yang lain-lain jawab kat dewan.




Aku ingat lagi masa exam sains kertas 1.... Alaaa yang jawab ABCD tu.
Cikgu sains bagi pemadam kat murid kelas aku yang gi toilet. (jangan tiru aksi ini)
Kat pemadam tu penuh ngan jawapan. Pastu dorang main pass pass pemadam tu..
Tapi sayangnya tak sempat sampai kat barisan aku.. masa menjawab telah pon tamat.
Member aku yang tak dapat pemadam tu menangis lah sebab takut tak dapat A untuk sains..
aku relekss jerlah..Tak dapat tiru its okey...


Bila dah habes UPSR, budak darjah 6 dah tak payah belajar tapi still rajin mai sekolah.
Pergi sekolah main jer keje nyer..Tup tup eh eh dah keluar result exam..Aku pergi ambil result exam sendiri jer sebab mak ayah aku kerja. Alhamdulillah dapat 5A..Kawan aku yang menangis tadi tu pon alhamdulillah dapat jugak 5A walaupon tak dapat pemadam.


Bila balik rumah kemain eksaited aku nak gitau mak ayah aku result UPSR.
Sekali mak aku gitau "Mak tau dah..Tahniah!"...Cehhhhh......Mak aku spoil kan mood aku..Dia dah kol awal-awal lagi kerani sekolah nak tau bape aku dapat..Pape pon..dengan dapat 5A UPSR lah permulaan kehidupan aku merantau ke negeri orang sampai sekarang..Huaaaaa...~Sape kata exam UPSR tak penting..dengan result tulah nak tentukan ko masuk sekolah mana nanti tauu.



Murid tahun 6 setiap pagi dan selepas rehat berkumpul ramai-ramai kat dataran ni. Minggu ni berkumpul ramai-ramai dalam dewan peperiksaan..Semalam baru habes UPSR hari pertama kemain riuh satu sekolah macam lah dah habes hari terakhir UPSR..adoi...! Sabor yek anak-anak murid sekalian..

Tuesday, September 10, 2013

Today is Monday?

Assalamualaikum..

Semalam aku lewat ke sekolah. 
Bangun-bangun tidur tengok jam kat dinding dah pukul 7 pagi!!. (jamdinding awal 10 minit)
Tapi aku mamai lagi duk pikir..
"Today is sunday or monday?"
Bila akal dah sedikit waras baru tahu arini monday oi..! Dah siang dah pukul 7 pagi dan arini isnin so kena pergi sekolah lah cikgu oi..


Dalam toilet pon masih berpikir..arini senin ke ahad..Sampailah jumpa Cikwe dan kompemkan..Cikwe pon nak gi sekolah jugak..Bersiap sepantas kilat, kejutkan roomate mintak tolong iron tudung.
Baju tak yah iron sebab aku memang ada stok baju yang memang jenis ko keronyok pon tak nampak kedut. 


Roomate aku duk kata.."Alarm bunyik macam guruh pon bukan nak bangun".. Aiseymen..Memang tak sedor langsung..


Pahtu Ruby pulak whatsapp...Maybe dah lama sangat..
Selalunya 6.50 kami dah gerak gi sekolah dan baca doa pagi sesama dalam kereta ikut radio IKIM.fm
 


Dah lah arini Ruby berkobar-kobar nak gi sekolah setelah beberapa hari MC. Tambah pulok Isnin kan ada assembly..Huaaaaa..Cian Ruby eksaited nak gi skolah jumpa murid-murid dia..

 Sampai sekolah puku 7.25 camtu terus pergi assembly..

 Pokoknyer..jangan nak rasa selesa sangat melepak spend the quality time semasa cuti sebab takut terbawa bawa hingga ke ari isnin.. Tinggal lagi satu minggu je lagi nak habeskan praktikum ni..Sabor yek zazi..






Monday, September 9, 2013

Hectic week

Assalamualaikum...

Setle sudah satu minggu yang teramat memenatkan..
3 hari berturut-turut aku kena observe..mana tak penatnyer aku stay up sepanjang malam pastu bila dah siang cepat-cepat bersiap untuk gi sekolah.
Hari Rabu kena observe dengan lecturer untuk subjek pendidikan jasmani.
Yang ni memang habes habes jer observe kepala aku terus biol..
blurrr...
Sepanjang malam aku pikir aktiviti untuk murid-murid last-last semua kucar kacir. Ada pulak murid bercakap "tak best pon PJ ngan cikgu. Kami nak main bola..!".. (T___T)~


Asal PJ jer nak main bola..so aku dah mula ajar dorang main dodge ball.


Hari khamis aku kena observe ngan guru pembimbing untuk subjek kajian tempatan.
Walaupon yang ni pon aku tak tido malam tapi aku puas sebab semua aktiviti yang aku plan berjalan ngan lancar. YES..!!!


Lebih bersemangatlah aku untuk di-observe pada hari Jumaat.
Yang ni kena ibserve ngan lecturer untuk subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
untuk kelas yang aku nak ajar ni kelas pertama so kena plan aktiviti yang agak taff siket dan menguji minda.
Yang ni pon alhamdulillah berjalan dengan lancar dan lecturer puji kata ada peningkatan dari observation yang sebelum sebelum ni..


Minggu ni murid-murid tahun 6 UPSR dan boleh ler relax sket..
Tinggal lagi 2 minggu nak habes praktikum..
Tak sabor rasanya nak masuk kelas nak belajar pastu lepak lepak ngan classmates dan boleh tido awal..!
Itu yang penting..Hehehehe..

Tuesday, September 3, 2013

S Club 7


Assalamualaikum..

Akhir-akhir ni aku asyik nyanyi lagu 'never had a dream come true' jer..
Sampai lo ni dream nak kawen tak menjadi kenyataan.
Adoi...

Lagu ni famous oh masa zaman sekolah dulu.
Tatau lah aku korang layan ke tak lagu-lagu kumpulan S Club 7 ni.
Masa sekolah dulu waktu petang ada citer S Club 7. aku selalu tengok.
Dia macam cerita selang seli ngan lagu.


Aku paling suka Hannah. Yang pakai jaket jeans rambut perang.



Ada satu lagu yang menggamit memori.
"Reach for the star"
Masa ni aku form 1 nama kelas aku 1 Arrazi. Umah sukan kaler ungu.
Ada english week kat MRSM kami kena pilih lagu dan bertanding antara 6 kelas tingkatan 1.
Pulunlah aku ngan Farahtul (sekarang dah lost contact) incharge bab lagu.
Sebab kami tahu lagu dari kumpulan S Club 7 ni dan bajet macam lagu kami pilih best giler. Tapi memang best pon. hihihi...
Oleh sebab dulu masa kat MRSM kami duk hostel tak de internet nak download lagu pastu nak cari lirik lagi. Sanggup si Farah beli kaset then kami playback sambil salin lirik sampai lengkap satu lagu. Fuhh..!!


Masa pertandingan kami semua satu kelas pakai baju ungu pastu tampal stiker bintang kat pipi.
Kalo tak silap aku lagu kami nyanyi tu menang.  (ingat-ingat lupa).
Yelah..meaningful kot lagu tu..
Tentang persahabatan..


 Lagu 'reach for the star'

Ada lagi satu lagu aku minat..Rancak sket lagu ni..

Dont Stop Movin.
Malas nak cari yang ada lirik sebab aku nak tengok video klip dorang..hohoho..

Kalo tak silap aku kumpulan ni wujud time aku sekolah rendah kot.
Yelaa..
Form 1 dah masuk boarding school mana nak tengok tv dah kan..
Sebab tu aku kelihatan macam jakun kalo khusyuk giler ngadap depan tv.




Sunday, September 1, 2013

Sambutan merdeka raya

Assalamualaikum...

Jumaat aritu kat sekolah ada majlis penutup bulan kemerdekaan.
Gabung sekali ngan sambutan hari raya.
Murid-murid pakat pakai baju raya masing-masing.
Amboi..kemain lagi murid-murid bergaya kalah iolss okey (!) Ngan peplumnyer, kebaya lagi, pastu lilit lilit tudung meletup uols. Murid lelaki biasa jerlah pakai baju melayu bersampin dan songkok jer.

Pastu murid-murid buat persembahan untuk hari kemerdekaan.
Sebelum ni ada pertandingan koir ikut darjah so yang menang tu kena buat persembahan lah semasa hari penutup.  Macam-macam lagu dorang nyanyi.

 Murid tahun 1. Nyanyi lagu Tanggal 31.
semangat giler nyanyi satu dewan bergema.
Yang comelnyer ramai budak darjah 1 tak dak gigi.. Hahahaha.. Tak payah nak gelak sangat sebab aku dulu pon darjah 3 gigi masih rongak kat depan.


Yang ni ngan murid tahun 2.
Yang 3 orang belah kiri tutup mulut sebab dorang pon tak dak gigi.(T__T)~


Murid tahun 3. Siap mekap tebal gincu merah nyala.
Kawan praktikum aku yang mekapkan.
Lupa plak dorang nyanyi lagu apa.



 Pastu ada jugak persembahan pakaian beragam.
Nak show off baju raya masing-masing lah jugak ni kan.
Dan untuk tunjuk pakaian kebangsaan sebab tu ada yang pakai ceongsam bagai.


Dewan so colourful. !

Lepas habes sambutan merdeka sambung pulak ngan majlis hari raya. Macam-macam kuih raya murid-murid yang bawak. Menu utama hari tu kami makan mee hun sup dan nasi.

Hari jumaat habes sekolah pukul 12.30 tengah hari.
Sementara nak nunggu loceng bunyi murid-murid kena kumpul kat dewan even majlis hari raya tu pon dah tamat. Tak boleh nak lepas budak balik awal. Jadi sementara tu cikgu pon pasang lagu suruh murid-murid nyanyi.

Sekali cikgu tu pasang lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Gilak ah semua murid taw kot nyanyi lagu tu. Dari yang tadika sampailah yang darjah 6. Ulang dua tiga kali pon sanggup nyanyi.
Hebat murid-murid sekarang(!)