Aktiviti meng-update blog aku tergendala gara-gara laptop buat hal. Aku ingatkan wifi maktab ni yang problem rupa-rupanya laptop aku ni ha tatau dah nak buat macam mana dah berpuluh kali aku format. Jam kat laptop ni dah tak berfungsi. Macam contoh sekarang pukul 3.52 petang tapi jam tunjuk pukul 1.25 pagi bertarikh 17 Februari 2013. Acaner aku nak beki ni ada sape-sape tau??? Maklumlah laptop ni bersama aku sejak tahun 2008, orang bercouple pon dah putus. Aku harap-harap laptop ni mampu bertahan sampai aku grad tahun depan. (T_______T)~ plzzzz...
Last entry sebelom ni aku citer pasal aku gi Kelate kan so kita sambung pasal bab makanan pulok. Orang kata makanan kelate manis-manis tapi sodap oooooo...Meh kita berkenalan satu persatu antara makanan yang sempat di jamah.
Nasi kerabu.
Selalu aku makan nasi kerabu kaler biru tapi yang ni nasi kaler putih. Nasi kerabu ayam bakar sedap sampai habes aku makan padahal sebelum makan nasi ni aku dah melantak bihun goreng kat rumah cikwe. Ha! ada lagi satu makan nasi kerabu kaler kuning masa hari last kat rumah cikwe. Macam-macam kaler rupanyer nasi kerabu ni baru ku tahu.
Aiskrim Baba.
First time aku jumpa aiskrim seunik ni kat Rantau Panjang. Harga dia RM2. Macam-macam letak dalam tu ada aiskrim, jelly, selasih, cokelat chips, mashmallow, kek dan apa lagi aku lupa. Pokoknya boleh kutip idea bagi sesiapa yang nak meniaga benda baru.
Ni bahan-bahan yang akak tu letak dalam aiskrim Baba tu.
Yang ni pulak nama dia etok.
First time jugak aku makan etok ni. Rupa macam kerang tapi errrkkkk aku tak boleh nak makan sebab rasa dia macam tak masak. Tapi kat kelate femes ooo ngan etok. Aku gi pasar malam ada orang jual, gi wakaf che yeh pon ada orang jual. Umpama jual kacang rebus dorang ni menjual etok.
Yang ni paling kesukaan. Makanan manis manis.
Pelbagai jenis lompat tikam, katong dan kuih apa lagi aku tatau nama tapi sedap. Dah tu muroh pulok siya jer. Hok paling suka adalah katong.
Yang ni sape tahu buah apa????
Lama tak makan buah ni. dulu kat rumah aku ada tanam masa aku kecik kecik tapi bapak aku dah tebang. Buah ni nama buah katok. Makan macam makan pelam, rasa dia masam-masam pahit gitu pastu makan cicah ngan kicap campur gula. Kalo rujuk gambar rajah ada kicap dan lada yang berlambak-lambak tu KakLong sorang jer yang mampu makan. Aku tak berani nak cicah.
Jadi, begitulah makanan-makanan yang aku sempat introduce kat kamu semua. Nanti kalo gi kelate carik ler makanan makanan ni kot kot la teringin nak merasa.
2 comments:
wahhhhh nampak sedap je semua makanan tu..huhu
btw, first time dtg sini. nice blog! do visit mine too
fuyoohhhh mcm lazat ni...ns kerabu my fav!!!
Post a Comment