Wednesday, February 27, 2013

Mencari Mr. Perfect


Assalamualaikum semua..
Semalam aku pergi dengar perkongsian kat surau sebab tengok poster  yang ditampal tajuk dia agak menarik, "cinta adam dan hawa". Penceramah ni agak sempoi, bukan student maktab aku tapi maktab ipis. aku nak share lah kat kawan-kawan semua terutama yang sedang ber-couple atau teringin sangat nak kawen..emmmmm macam aku lah teringin sangat nak kawen muda tapi Allah tak izinkan lagi dan kecundang di tengah jalan. Hahahahaha padan muka sendiri.

Jadi, kenapa Allah tetapkan tu bukan jodoh aku dan belum tiba masanya lagi untuk aku bernikah.??

Mestilah ada sebab kenapa. Yang aku perasan mungkin sebab amalan aku tak cukup bagus lagi, solat pon tak awal waktu, ilmu fardhu ain tak cukup bagus lagi dan macam-macam lagi lah kot. Buat muhasabah kat diri sendiri dulu . Aku selalu sembang ngan roomate pasal jodoh. Roomate aku pon sama jugak ngan aku, nak kawen muda. Jadi banyaklah penambah baikkan pada diri yang sedang kami usahakan. 

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 
 
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Semua orang mahukan pasangan hidup yang baik kan. Kalau ada yang suka pada yang tak baik tu bawak-bawak lah berfikir sekejap. Kalau nak pilih pasangan, pilih yang yang baik baik. InsyaALLAH selamat dunia akhirat. tapi sebelum mencari pasangan yang baik, diri sendiri pun kena jadi baik.

Semalam penceramah kongsi  tips-tips memilih pasangan bagi muslimin. Sempatlah jugak aku salin.
  1. beragama Islam (muslimah)
  2. berakhlak 
  3. soleh dan  taat beribadat
  4. memiliki ilmu agama Islam yang baik.

Beliau pesan, 
" jangan kita mencari Mr. Perfect, tapi perfect kan lah diri kita ni dahulu."

Dan yang penting, jangan pulak  kita asyik sangat pikir tentang jodoh. Roomate aku cakap jodoh tu sesuatu benda yang tak pasti. Ntah sempat ke tidak kita kawen ntah ntah mati dulu sebelum kawen. Sebab tu kita kena fokus pada benda yang pasti iaitu MATI. Jadi, kita kena buat perubahan sekarang bukan semata-mata mendapatkan jodoh yang baik tapi untuk kita mennghadap Allah nanti di akhirat.
 Jom sama-sama kita perbaik diri kita untuk menjadi lebih PERFECT, Insha Allah....


Saturday, February 23, 2013

Kisah Asam Pedas Gula Melaka (ini bukan entry masakan)


Assalamualaikum semua...
Sekarang rasanya dah ramai yang telah mendapatkan baucar buku 1 Malaysia. Tahun ni kerajaan baik hati telah up jumlah baucar lagi RM50 berbanding tahun lepas dapat RM200. Syukurlah kan rezeki Allah nak bagi. Tahun lepas kamu beli apa ngan baucar buku tu??? Harap-harap semua beli barang-barang keperluan yang berfaedah lah yek. Ramai jugak aku dengar citer ada yang jual baucar tu lah, pastu ada jugak perabih baucar beli komik -_-". Tahun lepas kami budak maktab dapat lambat baucar buku jadi benda nak beli memang main tangkap muat jerlah. Aku beli hard disk berharga RM270. Jadi aku topup pakai duit sendiri RM70.
Baucar buku tahun 2013 dapat RM250. Syiokkknyeerrrr bagi orang yang giler buku macam aku ni haaaa...

Tarikh akhir nak guna baucar ni lambat lagi so, tak perlu gelojoh seperti tahun lepas untuk habeskan semua baucar. sebab bulan 4 ni aku praktikum opkoslah kena guna banyak duit nak beli peralatan sekolah. Oleh itu aku telah menggunakan RM50 sahaja untuk permulaan ni. Pergi Jalan TAR masuk kedai buku apa ntah lupa lah nama dia. 

Pada mulanya aku nak beli buku teks Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik  Kewarganegaraan Tahun 6. Pastu ditambah dengan buku yang kat bawah ni.

 Beduk diketuk dan bercinta sampai ke syurga.

Reason nak beli buku ni sebab yang beduk di ketuk tu aku dah pernah baca pastu beli tapi pi bagi hadiah kat Nasir. Tatau lah Nasiruddin baca habes tak lagi sampai sekarang. Saja nak beli lagi sekali untuk simpanan sendiri. Yang buku bercinta sampai syurga tu nak beli sebab aku dah baca buku Aku Terima Nikahnya. Best sangat sangat sangat jadi kenalah baca kesinambungan buku tu dalam bercinta sampai syurga. Total kalau beli 2 buah buku ni campur buku teks dah jadi lebih RM5O (T_____T)~ 

Lilau-lilau lagi dalam kedai buku tu sampai berejam. 

Tetibe ting! Teringat ada satu buku yang dah lama giler aku cari untuk baca balik sebab sebelum ni pinjam kat orang. Tak habes baca pon lagi sebab buku tu mak Ruby pinjam dari kawan dia. Tanya kat tuan kedai ada tak buku "asam pedas gula melaka". 

Tuan kedai cakap "TAK ADA, DAH HABES"

Tak puas hati ngan jawapan yang diberikan. Ntah ntah dia malas carik sebab memang berlambak giler buku dan susunan main letak jer kat mana-mana. Nasib lah kalau terjumpa. Carik punyer cari tetibe Ruby jumpa!! Sewonok giler bila dapat buku ni.

Asam pedas gula melaka. Harga RM43.

Sebab aku bajet nak guna baucar buku RM50 jer jadi terpaksa cancel buku-buku yang dah diambil first first tadi. No problem sebab aku dapat buku ni. Ruby cakap beduk diketuk kan dah baca pastu sebelum aku bernikah tu mesti dah ramai orang beli jadi nanti pinjam jerlah kat sape-sape. 
Pasai apa aku nak sangat buku ni yang cikgu Norbi tulis ni???

Buku ni merupakan tentang seorang pengetua sekolah. Kira mcam diari dia start dari hari pertama dia posting ke sekolah sampailah dia jadi pengetua. Sangat hebat cikgu ni dan aku suggestkan semua cikgu tak kisahlah ko baru nak jadi cikgu ke atau dah jadi cikgu atau dah nak dekat-dekat nak pencen MESTI baca buku ni. Banyak sangat ilmu dan motivasi aku dapat walaupon sebelum ni masa pinjam aku baca tak sampai separuh lagi. Harap satu hari nanti dapat jadi guru dan pendidik sehebat cikgu Norbi. 
Insha Allah.


Friday, February 22, 2013

Makanan manis-manis


Aktiviti meng-update blog aku tergendala gara-gara laptop buat hal. Aku ingatkan wifi maktab ni yang problem rupa-rupanya laptop aku ni ha tatau dah nak buat macam mana dah berpuluh kali aku format. Jam kat laptop ni dah tak berfungsi. Macam contoh sekarang pukul 3.52 petang tapi jam tunjuk pukul 1.25 pagi bertarikh 17 Februari 2013. Acaner aku nak beki ni ada sape-sape tau??? Maklumlah laptop ni bersama aku sejak tahun 2008, orang bercouple pon dah putus. Aku harap-harap laptop ni mampu bertahan sampai aku grad tahun depan. (T_______T)~ plzzzz...

Last entry sebelom ni aku citer pasal aku gi Kelate kan so kita sambung pasal bab makanan pulok. Orang kata makanan kelate manis-manis tapi sodap oooooo...Meh kita berkenalan satu persatu antara makanan yang sempat di jamah.

 Nasi kerabu.
Selalu aku makan nasi kerabu kaler biru tapi yang ni nasi kaler putih. Nasi kerabu ayam bakar sedap sampai habes aku makan padahal sebelum makan nasi ni aku dah melantak bihun goreng kat rumah cikwe. Ha! ada lagi satu makan nasi kerabu kaler kuning masa hari last kat rumah cikwe. Macam-macam kaler rupanyer nasi kerabu ni baru ku tahu.

Aiskrim Baba.
First time aku jumpa aiskrim seunik ni kat Rantau Panjang. Harga dia RM2. Macam-macam letak dalam tu ada aiskrim, jelly, selasih, cokelat chips, mashmallow, kek dan apa lagi aku lupa. Pokoknya boleh kutip idea bagi sesiapa yang nak meniaga benda baru.

Ni bahan-bahan yang akak tu letak dalam aiskrim Baba tu.

Yang ni pulak nama dia etok.
First time jugak aku makan etok ni. Rupa macam kerang tapi errrkkkk aku tak boleh nak makan sebab rasa dia macam tak masak. Tapi kat kelate femes ooo ngan etok. Aku gi pasar malam ada orang jual, gi wakaf che yeh pon ada orang jual. Umpama jual kacang rebus dorang ni menjual etok.

Yang ni paling kesukaan. Makanan manis manis.
Pelbagai jenis lompat tikam, katong dan kuih apa lagi aku tatau nama tapi sedap. Dah tu muroh pulok siya jer. Hok paling suka adalah katong.

Yang ni sape tahu buah apa????

Lama tak makan buah ni. dulu kat rumah aku ada tanam masa aku kecik kecik tapi bapak aku dah tebang. Buah ni nama buah katok. Makan macam makan pelam, rasa dia masam-masam pahit gitu pastu makan cicah ngan kicap campur gula. Kalo rujuk gambar rajah ada kicap dan lada yang berlambak-lambak tu KakLong sorang jer yang mampu makan. Aku tak berani nak cicah.

Jadi, begitulah makanan-makanan yang aku sempat introduce kat kamu semua. Nanti kalo gi kelate carik ler makanan makanan ni kot kot la teringin nak merasa. 




Monday, February 18, 2013

Satu hari jalan-jalan di Kelantan


Assalamualaikum semua.
Yer...aku tau aku lama gilerrrrrr tak update belog. Malas nak ulas panjang cuma nak gitau aku baru je balik dari cuti raya Cina. Kami cuti selama 10 hari. Plan asal balik bercuti di Ganu pastu gi Kelantan pastu gi Kedah patah balik ke Ganu  last-last baru balik KL. Tapi plan bertukar tak jadi ikut Ruby ngan Naim gi Kedah atas sebab-sebab tertentu. 

Back to the topic. Seingat aku baru beberapa kali aku gi Kelantan tu pon gi ngan kereta. Tapi yang baru-baru ni aku gi Kelantan sorang-sorang naik bas. Kawan-kawan aku yang lain ermmmm moknik, cikwe, ise, ruby, tinton, naim, ikhwan, kaklong, pokdin, najwa, abang, aus (asenya dah sebut semua nama kot) dorang dah ada kat Kelantan dah. Dorang pergi panjat Gunung Stong. Aku tak ikut cuma bila mereka dah turun gunung baru aku gi Kelantan. 

Gambar cilok dari fesbuk Moknik. Tahniah kawan-kawan yang dah berjaya panjat sampai ke puncak.

Aku sampai Kota Bharu pukul 12.30 tengah malam. Balik umah cikwe tido terus then pagi tu lepas sarapan umah cikwe kami singgah makan lagi sekali kat kedai sebab nak makan nasi kerabu ayam bakar. Memang dari pagi sampai ke malam makan makan makan jer keje. Sedap ooo makanan kat Kelantan.

Kat umah cikwe ada cermin besor. Jom bergambar dulu sebelum gerak ronda-ronda Kelate.


Nasib la kalo gambor buruk masuk belog aku. Sori sori..

Lepas makan kami pon bertolak ke Rantau Panjang. Kat Rantau  Panjang aku dah pernah gi dulu lepas SPM. Aku ingat lagi lepas SPM aku keje aku dapat gaji pertama pastu aku folo rombongan tempat kerja ayah aku pergi membeli belah di Rantau Panjang. Ntah pape aku beli. Biasalah budak lepas SPM baru merasa gaji sendiri kejap jer habes duit tuh.

So, dah pergi lagi sekali ni aku berbelanja  50 hengget jer. Sebab aku rasa barang kat KL boleh dapat lagi murah seperti tudung di Jalan TAR dan baju-baju di Time Square. Atau mungkin sebab kepanasan sampai aku tak boleh pikir dah nak beli apa. So, melilau-lilau jer kat situ dalam pukul 2 gerak pergi umah Moknik untuk makan tengah hari.

Kat umah moknik makan makan dan makan lagi...

masing-masing posing elok nak ambik gambar kat sawah padi tapi tetibe pacat banyak gilerrrr naik ke kaki last last yang ni jer sempat snap..Cissssss....ni semua salah pacat.!!

Lepas makan Ruby ngan Naim gerak balik Kedah. Pastu malam pulak antor Pokdin dan Apiz kat stesen bas dorang nak balik Perak. Kak long naik bas balik KL.

Yang masih tinggal kami sambung perjalanan melilau ke Wakaf Che Yeh. Walaupon masa tu penat yang amat dah tapi pergi jugak Wakaf Che Yeh sebab tak pernah pergi. Pastu balik umah cikwe terbongkang tidoq letih ngat. keesokannya semua balik ke kampung halaman masing-masing. Begitulah cerita satu hari aku dan kawan-kawan jalan-jalan di Kelantan.


Wednesday, February 6, 2013

15 ribu orang di Spectacular 2013


Assalamulaikum semua...
Agak lama sangat-sangat aku tak update sebab laptop aku rosak. Sekarang dah okey. Jadi let's blogging...!! So, benda pertama aku nak citer adalah SPECTACULAR 2013 yang aku hadiri penghujung Januari aritu. Sekarang dah masuk Februari dah tapi no problem citer tetap citer.

Spectacular 2012 hanya 6,000 orang yang join
Spectacular 2013...15,000 orang yang join.

Nampak tak kat situ betapa booming nyer Herbalife di Malaysia sekarang. herbalife dah masuk Malaysia dah 7 tahun tapi kat dunia ni dia dah wujud selama 33 tahun!! Alhamdulillah masih bertahan sampai hari ni. Pelbagai latar belakang orang dalam Herbalife.



 15 ribu orang berkumpul dalam stadium dalam sebuah event yang akan akan merubah kehidupan mereka. Best sangat sangat. Ada speaker yang dah consume Herbalife selama lebih 30 tahun...Wohaaaa....nampak muda, bertenaga dan sihat malah mampu berdiri depan 15 ribu orang. relex jer dia cakap. Nama dia John Tartol. Luarrr biasaaaaa.....

Sori lah Ruby gambar gegor. sape suruh tak duk diam masa orang amek gambar. 



 Bersama-sama rakan-rakan dari maktab. Kami semua first time datang Spectacular. Masa lunch semua orang makan nasi walaupon ko sedang lose weight. Yang gain weight wajib makan. 
The pocket rocket man kiter pon datang naik stage ngan basikal dia. Azizul Hasni Awang. Dia antara atlet yang consume Herbalife. 

Kenapa dia consume Herbalife?
Sebab untuk sport performance dia kasi stamina dan bertenaga malah untuk kesihatan sebab nak berlumba ngan mat saleh yang badan besar-besar lagi kuat dari dia. Pastu dia kata dia pernah eksiden masa berlumba besi masuk kaki dia. Doktor kata ambil masa yang lama untuk sembuh tapi dengan herbalife dia ambil masa yang singkat untuk recover kecederaan tu dan boleh berlumba seperti biasa.

Bagi atlet, untuk performance yang baik dorang kena sihat dan makan makanan yang sihat. Sekarang dah ramai atlet consume Herbalife. Alhamdulillah.



Saya bangga kibar bendera Terengganu dalam dewan tu. hehehehe...

Kalo kat spectacular kami dapat bendera ikut negeri sebab di Malaysia. Tapi kalo kat Extravaganza kami kibar bendera Malaysia di samping 14 negara APEC.

EXTRAVAGANZA SINGAPORE 2012 (klik link)
Nanti bulan 6 aku akan ke Extravaganza Bangkok pulak. Kalo Malaysia 15,000 orang masa Spectacular, nanti kat Extravaganza akan ada 25,000 orang dari 13 buah negara. tak sabor nak gi Bangkok. tiket alhamdulillah dah setle beli yang early bird sebab serik dah aritu masa kat Singapore beli yang angry bird.
So, ada yang masih bertanya Herbalife ni okey ke tak??? 
Mestilah okey. 33 tahun dah dia wujud dan sekarang dah berada di 88 buah negara dan diluluskan di 88 buah kementerian kesihatan. Bukan wujud di Malaysia jer. 

Mahu improve kesihatan anda? Contact saya 013-9454928

Friday, February 1, 2013

Cintai ilmu


Kelmarin aku berjaya mendapatkan majalah kesukaan aku, Gen-Q. Sebelum ni dah beberapa buah kedai aku singgah selalu tak de Gen-Q. Aku suka baca sebab dia style remaja sket dan murah: RM7 jerrr! Kebetulan topik pada isu kali ni berkaitan dengan ILMU. Ada sepotong ayat dalam majalah ni kata

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Apabila mati seseorang manusia, terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; SEDEKAH yang pahalanya sentiasa mengalir (sedekah jariah), ILMU yang bermanfaat serta ANAK SOLEH yang mendoakan." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, apa yang kamu dapat dari ayat di atas?? Ada 3 benda yang tak kan terputus walaupon kita dah meninggal dunia. 
1. sedekah
2. ilmu
3. anak soleh yang mendoakan

Tapi yang paling aku nak tekankan adalah ilmu. 

semasa aku mula-mula masuk maktab, lecturer aku selalu sebut 'kamu ni beruntung dapat jadi cikgu, sebab bila mati nanti ilmu tu akan selalu digunakan dan disampaikan kepada anak murid kita, pastu murid sampaikan kepada murid-murid atau kawan-kawan dorang". Alhamdulillah..Kamu mesti ingat lagi kan cikgu-cikgu kamu ajar apa masa kat sekolah dulu. Semoga ilmu yang cikgu kita ajar akan selalu mengalir dan cikgu dapat saham di akhirat. Insha allah..

Tapi, takkan cikgu jer dapat saham ilmu yang bermanfaat?? Orang lain tak boleh ke??

Sape kata tak boleh. Kalo kamu seorang blogger pastu share somenthing yang bermanfaat kepada orang lain itu dikira menyampaikan ilmu jugak. Pastu ilmu walaupon simple dan sedikit juga bermanfaat. Aku masih ingat lagi, masa darjah 1 kami kena hafal bacaan solat. Aku baca doa iftitah salah. Pastu kawan aku tegur bacaan aku. Aku ingat lagi ayat dia "mak aku ajar bukan allah akhbar tapi allahu akhbar" So, bila aku realise benda tu salah aku perbetulkan dan baca dengan tertib dan betul dalam setiap solat.

Pastu aku pulak ajar pada orang lain dan orang lain ajar pada orang orang seterusnya. Nampak tak macam mana ilmu walaupon sedikit tapi sentiasa bermanfaat kepada orang lain. Semoga ilmu yang diajar oleh mak kawan aku mendapat saham di akhirat. Insha allah.



Aku nak nasihatkan pada kawan-kawan yang masih muda ni, selalu-selalula membaca untuk dapatkan ilmu. Remaja zaman sekarang asyik sangat dengan gadjet lah, asyik-asyik bukak facebook, main game lawan-lawan ermmmm...kalo malas membaca pon pergi lah ke majlis-majlis ilmu, join usrah. Tak kisah apa pon latar belakang kamu; seorang pekerja, pelajar, penganggur, peniaga pasar malam atau penjual beger yang penting mesti ada ilmu. Jangan serik untuk mencari ilmu dan sampaikan ilmu itu kepada orang lain. Insha allah ilmu yang kamu share itu maybe disampaikan jugak kepada orang orang seterusnya.