Saturday, April 28, 2012

Makin selesa berjubah


Assalamualaikum semua. Selamat hari cuti hujung minggu. pergi join Bersih 3.0 ke arini? Aku teringin jugak nak pergi tengok-tengok keadaan Kuala Lumpur semasa Bersih 3.0 tapi kawan-kawan duk nasihat "Azie, jangan pergi... Bahaya la wey. Karang termasuk dalam gambar atau berita tak pasal-pasal kena".. Okey. Baca update orang lain kat blog je ler.


So, balik pada tajuk asal. Haritu jenjalan kat Tesco nampak kedai jual jubah. Ramai dah kawan-kawan aku dah beli jubah kat situ. Ada beberapa design yang cantik dan agak murah. Bagi aku murah laa Rm59 jerrrr!! Cari dan test saiz yang agak sesuai terus aku rembat kaler hitam pink. Jubah pertama aku kaler hitam kelabu penah citer kisah jubah di entry ini.


Pakai jubah ke kelas ^^,


Aku sedaya upaya nak elak jugak beli pakaian yang ada warna pink tapi tatau la kenapa akan terambil jugak yang ada kaler pink -_-" sigh!  Tengok lah blog aku pon kaler pink.


Luar nampak gengster tapi dalam pinky-pinky beb...


Peristiwa pada hari sukan



Hari selasa lepas (24 april 2012) maktab aku mengadakan kejohanan olahraga tahunan. Tahun lepas aku kena join buat senamrobik untuk persembahan. Untuk tahun ni pulak aku kena masuk kawad unit beruniform. Aku salah seorang ahli Kadet Remaja Sekolah. Pagi tu sebelum ke padang aku smart habessssss la dengan uniform KRS yang segak tu siap pakai boot lagi. Pastu get ready ngan kamera pinky-pinky aku tu kasi full bateri. Awal pagi aku ngan Ruby dah terpacak tepi padang.


Sebelum masuk baris aku sempat posing bergambar dengan harapan nak masuk dalam blog. Macam biasalah kan. Pakai baju KRS yang tebal tu pastu kawad bawah matahari dia punyer berpeluh tu menitik meleleh-leleh sampai ke kaki. Kau tahu jela kan baju KRS tebal giler. Okey! Habis kawad kami posing lagi bergambar beramai-ramai. Aku pon ada ambil gambar persembahan di tengah padang. kalau tahun  lepas kami buat senamrobik tapi tahun ni persembahan gimnastik. 


Lepas settle tangkap gambar aku pon tak ambil tahulah pasal kamera tu. Sibuk meniaga  kat gerai PSSU. dah siap semua kerja aku pon terasa nak tengok gambar-gambar tadi. Unexpected things happen. 


U noe what??? nak tahu apa??


Bukan kamera hilang. Tapi semua gambar hari tu start dari pagi sampai tengah hari hilang. Yilek-tarapapa -_-" Aku memang ada bagi orang tengok gambar-gambar tu semua tapi tatau la sape yang delete semua gambar tu. Sedih sangat-sangat. Aku memang nak tayang kat blog ni aktiviti hari sukan aku. Kamera member aku tu beli kat Jepon. oleh sebab orang jepun sangat memartabatkan bahasa dia jadi tak leh nak tukar bahasa dalam kamera tu. Yang tahu guna hanya aku dan beberapa orang kawan yang dah aku ajar. 


Bila ada yang tekan mana-mana button akan keluar bahasa jepun. Dan akibat nak mendelete 1 gambar telah membuatkan ter-delete semua gambar. hasilnya sukan tahun ni tak ada gambar  nak tayang.

Ni je aku mampu tayang. Ambil kat FB kawan. Muka aku tak semenggah.


Untuk sukan tahun ni, Kadet Remaja dapat naib johan. Sebelum-sebelum ni senior gitau KRS selalu juara. Tapi nak wat camne kalah tipis je ngan Pengakap. Kalau semua ada rasa tanggungjawab untuk buat yang terbaik dan ambil bahagian dalam kawad ni insyallah boleh juara lagi. Ini tak, ramai yang buat dekk je dan lepas tangan. 


Dan lagi sekali rumah sukan aku mendapat johan keseluruhan. Tapi sayang, time aku nak ambil gambar tu lah battery habes. Ntah apa lah masalah aku haritu. Tapi papepon, muka akan burn pada hari sukan setiap tahun. Bila aku duk tepi padang perhati orang lari, teringin jugak nak kumpul pingat lagi. Selama aku duk maktab ni tak ada sebutir pingat pon lagi. Macam mana nak dapat kalau aku tak masuk acara. Hahahahaha. Insyallah tahun depan aku nak aktif balik acara barlapan. masuk relay pon boleyyyy laaa. 




Friday, April 27, 2012

Jangan bekerja dengan orang yang tak mahu bekerja dengan kita


Lepas balik dari BTN, aku jadi makin bersemangat untuk terus berusaha menjadi pemimpin walaupon masih merangkak-rangkak. Selama ni aku bekerja di bawah orang. Sekarang aku yang kena lead orang. Susah-penat-letih-emosi-geram semua ada. Semua merasa. Tapi kena pandai kawal. 


Alhamdulillah asignment semua dah setel. Orang lain bila dah habes asignment boleh hoooorayyyy! dan bebas la sket. Tapi aku makin sibuk adalah. T____T sigh. Nak dikatakan sibuk tu sampai nak bersembang ngan rumet pon tak sempat. Aku bangun pagi rumet dah get ready nak ke kelas. Aku balik bilik rumet aku tak ada. Rumet aku balik bilik aku pulak yang tak ada. Dah lewat malam baru aku boleh lending atas katil tapi rumet aku dah tidur. See. Aku sangat letih. Tired after a hectic day at class and work, I was looking forward to clock in some "me" time by logging in on blogger and facebook.


Oh!


Hujung minggu ni ada aktiviti asrama. Aku kena incharge untuk persembahan Malam Asprisiasi. Jadi, aku pilih la junior-junior untuk buat persembahan untuk bagi mereka merasai keseronokkan buat persembahan boleh naik pentas. Nanti di sekolah dan masa akan datang mereka pulak kena incharge so saja bagi pengalaman. Bila dah pilih orang, ada pulak yang tak mau join. 


Its okey. Aku tak paksa. Buat apa kita nak bekerja ngan orang yang memang tak mahu bekerja ngan kita kan. Kalau yang pikir ke depan, mereka akan grab this oppurtinity untuk apply pada masa akan datang. Bila lagi nak bentuk peribadi dan tanggungjawab sebagai guru kalau tak bermula dari sekarang. Masing-masing pikir lah sendiri. Nak jadi cikgu yang jenis macam mana.

pi es: ada banyak buku nak share. Nanti update lagi. Coming soon~


Tuesday, April 24, 2012

Kehidupan menjadi semakin hectic sekarang.


Bulan ni (april) hujung minggu aku penuh dengan aktiviti sampai aku sendiri tak cukup masa untuk berehat. Aku suka ngan keadaan sekarang yang agak hectic dan bizi so, aku tak de lah nak teringat sangat tentang kisah masa lampau aku. Ok. Balik pada topik asal, Hujung minggu lepas aku ke Kem Biro Tatanegara (BTN) yang diadakan di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Kem ini adalah kem kepimpinan yang disertai oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM Zon Tengah.


Sebelum aku ke Kem BTN ni, kawan-kawan duk kata "habis la ang azie" (ayat bob budak kelas aku). Aku pon jad ketaq (takut) la apa agaknya kem BTN ni. Tapi bila dah sampai sana seronok sangat. Dapat kenal JPP IPG lain, dapat kenal kawan-kawan seangkatan yang baru, makan 6 kali sehari. Wohaaaaaa! berselera aku makan. Kalau duk situ sebulan boleh naik badan aku. T______T pastu dapat ilmu macamana nak jadi pemimpin pelajar, cara bercakap dan macam-macam lagi. 




Ahli kumpulan aku semua ada 14 orang. Masa makan kami kena makan semeja pastu kena tunggu semuaaaaaa orang duduk kat meja makan, baca doa pastu baru boleh makan. Tak cukup orang, tak leh makan. 


Ahli kumpulan aku (perempuan). Best dapat kenal ngan pemimpin-pemimpin maktab lain. 

Sebelum ni aku tak pernah cerita lagi kat sini. Sekarang aku dah jadi salah seorang ahli jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP). Aku memegang jawatan biro penerbitan. Kalau tahun lepas aku duk pomot sokong member-member kelas aku jadi JPP, tahun ni giliran aku pulak cabar diri sendiri untuk jadi pemimpin. Mampukah kamu membuat transformasi ke atas diri sendiri? Insyallah, mampu. ^^,


Walaupon kehidupan akan jadi lebih sibuk selepas ni aku harap aku akan teruskan usaha dan tak penat separuh jalan. Banyak benda lagi aku nak kena belajar untuk memimpin diri sendiri dan orang lain. kepada kawan-kawan aku semua, aku mintak maaf kalau ada yang ajak keluar tiba-tiba waktu tu ada clash ngan jadual aku yang lain aku tak dapat nak join. Insyallah, aku akan cuba cari waktu untuk kawan-kawan jugak. 


Monday, April 16, 2012

Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG) di Kediaman Keluarga Besar Norlina Alawi



Agak sangat lambat aku dapat update tentang pengalaman aku ke kediaman Keluarga Besar Norlina Alawi. Pernah dengar nama Norlina Alawi? Pernah dengar tentang PERNIM? Aku pernah dengar tapi tak tahu dengan lebih mendalam kisah pengalaman Norlina. Oleh sebab esok aku kena hantar folio laporan BIG ni jadi aku terus amek refleksi aku untuk entry kali ni.


sebelum tu aku terang siket pasal Puan Hajah Norlina Alawi ni.


Dua dari kiri: Puan Hajah Norlina binti Alawi.


Pengasas keluarga Norlina Alawi ini adalah Puan Hjs Norlina. Beliau telah memulakan kebajikan membela anak-anak pesakit HIV/AIDS sejak tahun 2001. Pada peringkat awalnya beliau telah memberikan perlindungan kepada seorang wanita berumur 23 tahun yang disahkan menghidap HIV positif setelah tujuh bulan mengandung. Beliau tekad untuk mengambil anak wanita itu sebagai anak angkat seterusnya menjadi anak susuan beliau. Kemudian beliau sedaya upaya menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Puan Hajah Norlina membuka Pusat Perlindungan PERNIM Berhad pada tahun 2006 yang kemudiannya ditukarkan kepada Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd (KBNAB) pada 23 Mac 2011.


Aku ase tersentuh dengan semangat dan sifat murni Puan Hajah Norlina Alawi yang sanggup berkorban membela nasib anak-anak beliau. Bagi beliau, anak-anak tersebut adalah anugerah dari Allah. Beliau merupakan ibu kepada tujuh anak kandung dan 43 anak angkat yang terdiri daripada anak yatim piatu, anak terbiar, tidak sah taraf, mualaf dan bukan warga negara.


 Khusyuk rakan-rakan sekelas aku mendengar cerita pengalaman dari Mama. (Puan Hajah Norlina Alawi)


Walaupun mereka tinggal ramai dalam sebuah rumah yang sederhana besar, namun keadaan rumah tersebut sangat kemas dan teratur. Aku merasa kagum dengan cara didikan dan disiplin yang diberikan kepada anak-anak beliau. Mereka sangat menghormati tetamu dan menerima kami dengan sebaiknya.


Aktiviti yang kami jalankan di sana.


Chicken dance. Kanak-kanak ni dah biasa buat chicken dance. Sebab dah ramai orang datang melawat dorang asyik-asyik buat chicken dance. So, sesiapa yang nak gi sana nanti buat aktiviti lain lah yek.


Pengalaman ni sangat bermakna pada aku sebab nanti bila dah jadi cikgu semua pelajar ada latar belakang dorang sendiri. Jadi bila dah didedahkan ngan program macam ni tak derlah terkejut sangat kan. Sebagai seorang bakal guru, aku perlu menerima setiap individu itu seadanya dan membuang perasaan negatif dalam diri. 


pi es: ayat aku dalam entry ni macam skema sket kan. Sebab aku copy jer terus dari laporan BIG. 


Sunday, April 15, 2012

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Tadi aku terbaca satu link ni kat facebook seorang senior. Terasa nak share ngan kamu semua. Cara berjalan kita ni sebagai seorang perempuan. Lelaki kan suka nak ushar cara perempuan jalan. Nanti semasa berjalan-jalan ngan kawan-kawan tanya lah kawan "wey, aku nyer style jalan macam mana?" pastu dah balik bilik terus on laptop bukak blog aku balik dan chek. Okey. 



Gambar sebagai penyeri entry



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.



sumber: http://www.myberita.com/ketahui-7-sikap-wanita-dengan-melihat-cara-berjalan/
pi es: aku tak edit langsung artikel ni. -_-" pemalas betol aku kan. takpe ah. sharing is loving ryte?

Thursday, April 12, 2012

Iklaneka: Perniagaan burger dan otak-otak


Jenis perniagaan: Burger dan otak-otak
Lokasi: Satay House depan kolej MARA Kulim
Waktu niaga: 5.30 petang hingga 11.30 malam


Jalan-jalan cari makan...

Monday, April 9, 2012

Untuk apa aku menulis?

Gambar: dari fb


Ya! Manusia yang menulis akan meninggal. Hanya karya-lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat. (Ali bin Abi Thalib).


Kepada para blogger sekalian, tulislah sesuatu yang bermanfaat kepada semua orang dan diri kita sendiri. kalau asyik tulis gosip artis jek mana nak dapat manfaat. Siket siket nak komen pasal artis. Diri kita sendiri pon bukanlah perfect sangat.Renung-renungkan ayat diatas, Jom! Kita buat perubahan.

Thursday, April 5, 2012

Zaman persekolahanku- video my generasi


My Generasi by 


Mesti dah ramai tengok dan share video ni kat facebook kan. So, bila aku tengok video ni aku teringat zaman sekolah rendah dulu, teringat kat kawan-kawan, cikgu-cikgu dan suasana sekolah. Bila aku pergi PBS kat sekolah pon kadang-kadang terpandang jugak murid-murid duk main tapi tak de lah macam permainan zaman aku dulu. Dah tak de sangat dah. tsk tsk tsk T___T


Buku biodata warna-warni, pensel warna tulis "TIDAK BOLEH PINJAM NANTI MAK SAYA MARAH", main zero-point, batu seremban, dan lain-lain lagi. Kan best kalau boleh balik ke masa lampau!


Sekarang aku rindu zaman sekolah dan sampai sekarang aku masih contact ngan kawan-kawan sekolah lama. Kalau ada cuti yang kami semua sama kami akan plan untuk wat gathering. Makan-makan, sembang-sembang...

Sebahagian kawan-kawan sekolah rendah aku (since 1997)


Insyallah untuk PBS (pengalaman berasaskan sekolah) semester hadapan aku akan buat kat sekolah lama aku. Baru isi borang tadi harap-harap dapat buat kat sekolah lama pastu recall balik memori semasa di zaman 1997-2002. 


Budak-budak zaman sekarang tak macam zaman kita dulu. Semasa waktu rehat mereka akan duduk dalam kelas nak bukak e-book. Main game dalam e-book tu. Macam tak fun sangat la kan main sendirian. Ntah la. Zaman dah berubah dan terima kasih Allah bagi aku pengalaman rasai pengalaman macam dalam video tadi. 

I have a pen,
my pen is blue,
I have a friend,
my friend is YOU.


pi es: tinggalkan komen tentang zaman persekolahan kamu pula. (◕‿◕✿)


Monday, April 2, 2012

Aku nak cover lagu Sesaat Kau Datang by Ramlah Ram


Pertama kali aku dengar lagu Ramlah Ram ni aku ase sukeeee gilerrrr sebab rancak. Pastu aku tengok Kak Melah menari. Tuuu diaaaa eh. Best dowh. Kau tak caya? Meh tengok video ni.



Part paling aku suka masa Kak Melah pakai baju kaler hijau menyanyi dan berjoget dalam kereta. Tak sangka aku dalam usia sebegitu Kak Melah masih vogue. Video ni pon pemakaian muslimah dan stylo. Biasalah baju sponsor dari Yasalma. Cantik!


Jalan cerita video ni pon sedih. Jangan sampai ada kaitan ngan aku dah ler. Geram aku kat lelaki tu bila part dia reject call pompuan tu. Eeeeee geram aku. Moral of the story: Kalau nak tinggal perempuan tu cakap la lek lok. Lebih baik tahu sekarang daripada sakit hati di kemudian hari. Memaafkan boleh tapi nak lupakan susah. Yela, siapa sanggup tengok kekasih kahwin ngan orang lain. Kan..... Kamu rasa betol tak pendapat aku.