Wednesday, February 29, 2012

Ber-twitter la pulok


Eh, shazika ada twitter.???


 Dont forget to follow me \(^_^)/ 


Tuesday, February 28, 2012

Cuti-cuti Malaysia: Melaka - Jonker Walk

Antara tempat lain yang perlu singgah kalau pergi ke Melaka adalah Jonker Walk. Sangat meriah pada waktu malam. Sesak macam pasar malam. Pelbagai barangan di jual di kiri dan kanan kamu. Kalau nak parking kami main parking je kat tepi-tepi rumah kedai yang ada dekat ngan Jonker Walk ni. Park kereta jauh-jauh nanti jauh pulak nak kena berjalan.

Lawa dan comel-comel baju kat sini bila dah balik KL ase nyesal tak beli
.

Bagi aku kalau yang muslim tu tak payah la nak beli makanan kat situ sebab kebanyakkan peniaga adalah Orang Cina. Agak was-was tentang makanan halal-haram. Dan satu lagi jaga handbag dan beg duit kamu sebab bersesak-sesak macam tu kita kena berjaga-jaga. 


Sunday, February 26, 2012

Tip membina blog yang menarik


Kali ni nak share tip untuk membuatkan blog kamu menjadi lagi menarik. Saja nak share ilmu aku baca dari buku Blog + Google Adsense = Duit karangan Mohd Shamsuriyadi. Harga RM10 je. "Faktor penting kejayaan sesebuah blog adalah pelawat yang ramai". Bukannya kerana ramainyer bilangan follower. Lagi satu yang penting adalah trafik ke blog anda. jeng jeng jeng.....


 Antara tip yang aku dapat untuk bagi orang tertarik nak datang blog kamu adalah:


1. Kandungan menarik dan terkini
Kebanyakkan orang akan cari info dan cerita terkini daripada kamu. Kalau ada cerita hot nak share ngan readers cepat-cepat buat entry dan publish. Contohnya macam cerita artis, cepat je orang google dan nak ambil tahu. 


2. Konsistensi mengemaskini blog
Aku pon tak konsisten jugak nak post entry-entry terbaru. Maklum sajalah kadang-kadang tak de masa nak online pastu kadang-kadang dah ngadap laptop tak de idea pulak nak update tentang apa. -_-" Jangan biarkan pelawat blog kamu ternanti-nanti entry terbaru terlalu lama. Aku pon ternanti-nanti bila Fatin Liyana nak update entry terbaru. tsk tsk tsk!


3. Design blog yang sesuai
Sesetengah template kat blog tidak mesra pengguna dan menyusahkan pelawat. Contohnya widget-widget yang tak sepatutnya tu tak payah la buh. Wat simple je. Okey. Kadang-kadang bila blog tu lama sangat nak loading aku tak jadi nak melawat. Mungkin blog tu berat sangat kot. try chek kat sini berat blog kamu. Paling senang pakai je template yang ada kat blogger. Kalau mampu tempahlah design blog kat blogger-blogger yang terer edit blog.


4. Gaya penulisan yang bersahaja
Kalau boleh dalam entry tu guna ayat-ayat yang santai je macam kamu sedang bercakap ngan pelawat blog. Tak yah guna ayat skema sangat. 


5. Ada matlamat dan tajuk yang jelas
Setiap entry yang ditulis mestilah mempunyai tujuan.Sebelum nak menaip tu pikir dulu aku nak citer tentang pe eh? Nak share tentang apa kat blog? Jangan sekadar buat entry sebab dah lama tak update blog.


Blog aku pon bukan okey sangat. Sebab tu aku beli buku tu. Kalau nak dapatkan tips-tips lagi usharlah page http://www.shamsuriyadi.com/ 


Friday, February 24, 2012

Cuti-cuti Malaysia: Melaka (day 2) -Bandaraya Melaka

Jom teruskan lawatan ke Melaka pada hari kedua. Satu hari kami habeskan masa di Bandaraya Melaka. Park kereta kat satu tempat dekat ngan Dataran Pahlawan bayar parking 60 sen sejam (tapi kena beli parking tiket 10 keping RM6 jadinya 10 jam). So, takyah riso pasal parking. Berlambak kot.

Lama ase tak camhore -__-!


tempat pertama kami pergi adalah Menara Taming Sari. Nak naik Taming Sari bayaran RM10. 

 Dari atas Menara taming Sari kamu akan nampak Bandaraya Melaka. Memang cantik giler. Mak aku gi lawatan Melaka tak naik benda alah ni sebab takut gayat. Ruginyerrrr...


Jalan kaki dari Menara Taming Sari ke Kota A'Famosa. Aku tengok gambar orang-orang yang dah pernah gi A'Famosa ingatkan besor la tempat tu. Alaaaa.... Kecik jer rupanya. Tu lah orang kata, tak pergi tatau kan tempat tu macam mana.
Nak bergambor ngan meriam ni pon kena tunggu turn.. T_T" tsk tsk..

 
Kat dalam A'Famosa tu ada jugak orang meniaga. Macam pakcik ni duk melukis pe tatau.



Dah gi Melaka kena lah naik beca berhias ni. Fulamaakkk.. Meriah giler beca-beca tu semua. Siap pasang lagu lagi kuat-kuat macam disko. Pengayuh beca tu semua ramah-ramah. Siap tolong tangkapkan gambar kami lagi. Yang ni kami amek beca nak ke bangunan merah Stadhuys. Tawar menawar ngan abang beca dapatlah RM15 pergi dan balik.

Di hadapan bangunan merah. Kat tepi tu ada jam besar. Plan nak makan cendol tapi beca-beca kami menunggu jadi singgah kejap je ronda-ronda tak sempat makan sendol jam besar. -_-"


 
Ika beli baju i ♥ Malacca


Destinasi seterusnya adalah Pahlawan Walk. Kat situ jual macam-macam barang cenderamata cenderahati makanan keychain pakaian dan lain-lain.



Next. Kami kena jalan agak jauh jugaklah nak ke Muzium Samudera. jenuh bertanya kat orang mana muzium tu sebab masa kat atas Menara Taming Sari kami dah nampak kapal tu tapi tatau jalan.
Nak masuk kena bayar RM3. Pastu dia bagi plastik sebab nak masuk dalam kapal kena bukak kasut. Agak bosan sebab sunyi je (dah nama pon muzium). lagi elok lah kan kalau buh muzik tak derlah bosan sangat.


Lepas solat jamak maghrib-isyak kami gerak gi untuk naik River Cruise. Bayaran RM10.


Kalau naik River Cruise kamu jangan duk bahagian hujung bot. Air sungai memercik kena muka badan semua dan sedikit berbau. Orang Melaka gitau aku sungai tu dulu kotor giler air kaler hitam dan kalau siang akan berbau tambah-tambah kalau lepas hujan. Naik waktu malam okey jer.

Ada 1 tempat aku tak citer kat dalam entry kali ni. Jonker Walk.


Bersambung lagi.....


Wednesday, February 22, 2012

Bilangan follower/ pengikut blog Fatin Liyana mengatasi blog Hanis Zalikha


Kalau nak tau aku ni peminat tegar (hard fan) Fatin Liyana. Namun aku kecewa siket la sekarang FL dah jarang update blog. Tadi pada pukul 12am aku terpandang bilangan follower blog Fatin Liyana semakin bertambah nampaknya..


 36169 follower. Wohaaa.. ramainyer. (klik untuk besarkan gambar)

Bilangan follower Hanis Zalikha pula 35863.(klik untuk besarkan gambar)

Aku suka gila kedua-dua blog ni. Tak kesahlah sape lagi popular. Cuma aku nak tunjuk kat sini peningkatan mendadak bilangan follower Fatin Liyana sehingga mengatasi follower Hanis Zalikha. 

Tuesday, February 21, 2012

Cuti-cuti Malaysia: Melaka (day 1)


Seperti yang di rancang, masuk je elaun dalam akaun bank akan terus ber-holiday ke Melaka. Aku, Ruby dan Ika dah plan nak gi sama-sama. Dan Effa pon join sama kasi lagi ramai lagi meriah. Kalau kau holiday sorang-sorang tak meriah ler.

Sebelum memulakan perjalanan kami isi penuh dulu tangki minyak. Minyak kereta kegemaran Ruby: Shell Ron95. Alaaa.. masing-masing pose macam iklan isilah tangki minyak kereta Saga FL (Fatin Liyana) dengan minyak Shell.

Aku tatau lah jangka masa dari Kuala Lumpur ke Melaka berapa sebenarnya. Dalam sejam je dah sampai Melaka. Laju ke tu???

Destinasi pertama (samapai Melaka je terus mulakan lawatan). Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN. Sedey ah gini.. Sedang under construction rupanya. Dijangka buka balik bulan Mac.

 Lokasi seterusnya Taman Botanikal Melaka. Dekat-dekat je ngan lokasi pertama tadi. 

Kat Taman Botanikal Melaka ni kamu boleh ronda-ronda ngan Buggy Car. Yang kami naik ni sewa RM45 untuk 30 minit.

Kemudian kami ke Taman Seribu Bunga. Aku tak dan nak kira betul ke ada 1000 jenis bunga kat situ. Siyes lawa giler tempat dia. tak dan nak posing lebih-lebih sebab dah nak tutup pukul 6 petang.

Kasi tayang jugak gambar posing teringat kekasih yang jauh di mata. Hahahahaha.. Sape nak tangkap gambar kawen lawa gak kat sini. 

Holiday-holiday jugak tapi solat jangan sampai terabai. Kan Musafir dipermudahkan untuk solat kita boleh wat jamak. Dont worry la kan pasal solat. Yang penting solat tu WAJIB. 


lepas solat Maghrib-Isyak kami pergi Zoo Melaka. Ntah ler bila kali terakhir aku pergi zoo. Boleh tengok singa ngan harimau depan mata, Pastu dengar pulak Sang Belang  mengaum. Seram giler.

Erkkk.... kasi makan anak gajah. Muka teruja ke takut ni????

ceceh Aus berlagak cool konon.

Ha. lupa nak gitau. Melawat zoo waktu malam kena naik trem ni. Okay. Nak masuk Zoo Melaka kena bayar RM10 seorang. Family Aus pon join sekali masuk Zoo Melaka walaupon dorang orang Melaka.

Sebelum pulang ushar cenderamata tapi tak beli pon. Aus orang Melaka je yang beli. Mesti ada orang Melaka yang belum pernah gi Zoo Melaka kan.

Berakhirnya hari pertama di Melaka.

---Bersambung-----

Sunday, February 19, 2012

Coming soon entry....

Baru balik dari bercuti. Nanti i story eh. Yawwww!

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wedenesday #14

Berkasih sayang hingga akhir usia jangan waktu muda jer.