Sunday, February 26, 2012

Tip membina blog yang menarik


Kali ni nak share tip untuk membuatkan blog kamu menjadi lagi menarik. Saja nak share ilmu aku baca dari buku Blog + Google Adsense = Duit karangan Mohd Shamsuriyadi. Harga RM10 je. "Faktor penting kejayaan sesebuah blog adalah pelawat yang ramai". Bukannya kerana ramainyer bilangan follower. Lagi satu yang penting adalah trafik ke blog anda. jeng jeng jeng.....


 Antara tip yang aku dapat untuk bagi orang tertarik nak datang blog kamu adalah:


1. Kandungan menarik dan terkini
Kebanyakkan orang akan cari info dan cerita terkini daripada kamu. Kalau ada cerita hot nak share ngan readers cepat-cepat buat entry dan publish. Contohnya macam cerita artis, cepat je orang google dan nak ambil tahu. 


2. Konsistensi mengemaskini blog
Aku pon tak konsisten jugak nak post entry-entry terbaru. Maklum sajalah kadang-kadang tak de masa nak online pastu kadang-kadang dah ngadap laptop tak de idea pulak nak update tentang apa. -_-" Jangan biarkan pelawat blog kamu ternanti-nanti entry terbaru terlalu lama. Aku pon ternanti-nanti bila Fatin Liyana nak update entry terbaru. tsk tsk tsk!


3. Design blog yang sesuai
Sesetengah template kat blog tidak mesra pengguna dan menyusahkan pelawat. Contohnya widget-widget yang tak sepatutnya tu tak payah la buh. Wat simple je. Okey. Kadang-kadang bila blog tu lama sangat nak loading aku tak jadi nak melawat. Mungkin blog tu berat sangat kot. try chek kat sini berat blog kamu. Paling senang pakai je template yang ada kat blogger. Kalau mampu tempahlah design blog kat blogger-blogger yang terer edit blog.


4. Gaya penulisan yang bersahaja
Kalau boleh dalam entry tu guna ayat-ayat yang santai je macam kamu sedang bercakap ngan pelawat blog. Tak yah guna ayat skema sangat. 


5. Ada matlamat dan tajuk yang jelas
Setiap entry yang ditulis mestilah mempunyai tujuan.Sebelum nak menaip tu pikir dulu aku nak citer tentang pe eh? Nak share tentang apa kat blog? Jangan sekadar buat entry sebab dah lama tak update blog.


Blog aku pon bukan okey sangat. Sebab tu aku beli buku tu. Kalau nak dapatkan tips-tips lagi usharlah page http://www.shamsuriyadi.com/ 


7 comments:

Rin Saharina said...

wahhh,tq for sharing dear :)
best tips ni.shazika beli bku tu katne? :)

shazika said...

saharina:
beli kat jalan TAR. lupa nama pe kedai buku tu.

Mindbreaking said...

menarik!

Shahada Fauzi said...

eh..bagus betul share maklumat dan ilmu camni..mekaseh..^_^

Unknown said...

Saya memang jarang jumpa blog macam http://www.syahzul.com sangat menarik.tetapi kalau kita dah belajar tentang membina blog/laman web kita harus kena ada satu domain name@webhosting untuk laman web kita...Alamak!!!!!
Hahahaha...jangan risau baru2 ini saya jumpa satu laman web panggil-
http://www.cngnet.com.my laman web ini offer "free web hosting" dan saya terkejut dengan free plan hosting.saya x nak cekap banyak lagi di sini anda boleh sendiri tengok laman web ini: http://www.cngnet.com.my OpS lupa ....Ada g free email marketing dan lain2. saya memang suka sangat laman web "cngnet".
Terima Kasih.
:)

Anonymous said...

Τhanκѕ for shaгіng your thoughts оn frее web
hoѕting. Regards
Here is my webpage ... skadate hosting

Unknown said...

Menarik, banyak yg perlu saya pelajari lagi, thanks for d info.