Saturday, February 27, 2010

RM1 hujung bulan


Salam buat semua. Sekarang dah nak dekat akhir bulan. Macam biasa lah dah nak ending of the month nih bila chek dompet tinggal duit kertas RM1 je. Adalah dalam 3,4 keping. Mula la menggelabah cari duit nak makan. Nak telefon Encik ngan Puan Shahrim segan dan malu la pulak. Asyik mintak duit je. Tiap kali kol je mintak duit. Tapi tak de la selalu. Kadang-kadang bila darurat sangat sangat barulah mintak. Kalau nak harap elaun RM430 mana cukup duk kat Key Eyll nih.


So, perkara yang saya buat kalau akhir-akhir bulan nih adalah seperti berikut. Eh, ayat skema macam dalam kertas peperiksaan SPM je.


1. Tempat pertama yang saya target adalah poket seluar. Habis semua seluar saya selongkar. Jumpa la jugak 2,3 keping duit RM1. Kalau nasib baik jumpa lah sekeping duit seploh hengget. Itu kalau nasib baik la kan.



2. Next, saya chek pulak dalam laci, dalam beg, dalam loker untuk kumpul semua duit syiling. Berguna tau kalau simpan syiling sebab boleh tukar ngan member-member yang nak basuh baju pakai mesin basuh. Sekali tukar dapat lah 3 rinngit. Saya tau dorang semua malas basuh pakai tangan. Kepam dulu seminggu baru nak basuh penuh 1 mesin basuh. Sama macam saya la tu.



3. Pastu saya rewind balik sape sape yang ada hutang ngan saya. Bukan la saya ni kejam nak jadi ceti atau along bawak bonzer nak pungut hutang. Dah darurat nak makan terpaksa la mintak.



4. Okey, bab makanan pulak kalau dah sengkek mesti lah makan megi Ruski je. Pastu bila member-member ajak keluar makan cakap la ‘oh aku dah kenyang. Korang gi la dulu’. Ceh, alasan semata-mata.


Kalau dah akhir bulan macam ni semua pakat lepak kat hostel je hujung minggu. Nak keluar duit tak de. Kalau bab topup lagi satu hal. Tak de lah nak kol member kalau hal yang tak penting. Main SMS je t upon dengan member yang pakai Celcom je la saya SMS. Giler cheapsket saya kan.



20 comments:

full of love,keyna said...

biasalah,kalau takde wet,hee

sugar2 kapas strawberry said...

adoi..kesian gler habis slongkar..
hihu
berjimat cermat la..cm sy bajet idop sbulan lebey kurg 300 je .. ;)

mie said...

fuyoo!!
ruginya xenjoy hujung2 bulan ni..
hahahhaaa

Mysara Newrie said...

Haha. Kesiannyer ~ Beselah ~ Masih belajar lagi kan? hehe

::SizuKa:: said...

hohoo...aku pernah merasa keadaan yang sama. sumpah tengah sengkek gila. tahan perut je. maggi pon mahal kot sekarang. so, aku makan biskut je sokmo. hehe..malu nak minta kat mak ...hihi..

meo188 said...

ciannye... take care

Seimura said...

alahai sedihnya... biasa la ujung2 bulan tu. kena la ikat perut.

affan said...

dok kat kL kene pandai jimat.
kalau x susah. =)

Fiq said...

wow... kena praktik gak ni. hehe

[z@ck] said...

biasa la perempuan..
tmbh kalau akk ni..kaki shopping..pantang nampak barang murah sikit nak beli..bajet tak pe la sekali sekala..berkali-kali..botak kepala!

shazika said...

sugar2: biar btol 300 jek 1 bln..kalo sy x ckup tuh

mie: amboi..wat jeles aku je kamu ni

mysara: A'a..blajor lagik :(

Zikri Husaini said...

biasa la , kalau hujung bulan nie...adooii!!

ielamorry.om said...

ouh my! teringat betul zaman2 i study dulu. T_____T serupaaa. hoho. adatla kaan kes sengkek2 dihujung bulan, nk mintak mak duit segan pula asek dok mintak. hihi.

btw, i pernah belanja syiling lebih kurang rm 10 kat 7e, and all eyes are on me masa i duk selamba kira duit depan kaunter =,=" abang 7e tu siap perli kata, "haih, korek tabung ke dek"

what ever~~ syiling pun duit gak~~ hehh.

shazika said...

homaigod iela
duit syiling RM10..
wohaaaa

KWC said...

haha.

gejala bese bila tade duit.

time ni mmg rajin la pakai duit syiling.

nasib baek rajin kumpul duit syiling.
bila berduit saya pakai duit kertas je.

so, duit syiling yang terkumpul tu memang banyak la kan. hehe.

Anonymous said...

pasal x call aku? hehe

Azuan said...

aku pun slalu bg alasan camtue huhuu

Anonymous said...

standard ar tu student..tp yg penting kne pandai bajet ar..jgn ar smpai lari bajet..=)...rpe2 nye kmu ni boros jgk ye cik shaz!!!=P

|.a.r.i.e.z.a.| said...

oi oi megi ruski tu still mahal.. lenkali beli je bihun n rabus kosong je,. lg murah hahaha.. nk tmbh perisa, beli kicap n sos ckit :p jd la megi goreng :p

sury said...

hi..saje singgah baca blog..jom baca blog wan pulak..
http://www.wannsury.com