Berita tentang kemalangan jalan raya melibatkan bas ekpress sering kali kita dengar terutama ketika musim perayaan atau cuti sekolah. Tadi dalam berita kemalangan bas Sani Ekspress melanggar divider jalan menyebabkan penumpang yang berada di tingkap bawah meninggal dunia. Saya pernah menaiki bas double decker Sani Ekspress dan berada di bahagian bawah. Memang kedudukan saya ngan tingkap terasa rendah dan memnag saya tak tinggi. Terasa macam duduk dalam kotak pulak, tapi best tak ramai orang.
Sejak saya menuntut ilmu di rantau orang, pengankutan utama yang saya naik adalah bas ekpress. Semasa menuntut di Kedah selalu naik bas pada waktu malam. Kalau naik bas siang semasa belajar di Pahang rasa tak selesa. Nak tidur pon perasan orang sebelah ushar padahal orang sebelah pon tahan ngantuk malu nak tidur. Takut ayaq liur meleleh orang nampak. Kalau malam tidur dalam keadaan macamana pon dah tak layan orang dah.
Kalau nak tempah tiket bas saya suka pilih seat yang tengah-tengah, tepi tingkap. Terasa macam selamat siket. Kalau seat depan sekali nanti silau. Tak boleh nak lelap mata. Kalau belakang sekali terasa macam naik kuda, melambung je. lagi satu kebiasaan seat belakang budak lelaki yang duduk. Lagilah tak selesa. Jadi seat best kat tengah-tengah.
Alhamdulillah sejak dari form 1 sampai sekarang saya tak ada lah terlibat dengan kemalangan bas ekpress, semoga perjalanan saya di lindungi Allah. Cuma kadang-kadang bas rosak tengah jalan keadaan sekeliling hutan jalan bukit Grik dan terpaksa menumpang bas lain biasa terjadi. Kepada yang akan pulang ke tempat belajar masing-masing, pesan kat bus driver pandu ngan cermat ye. semoga perjalanan anda selamat dan jangan lupa baca doa menaiki kenderaan.
7 comments:
have a safe journey dear..
cuti da nak habis da.. =)
.al-fatihah kpd mangsa kemalangan :(
erm... naik kapal terbang lagi selamat
Kalau nak lagi selamat, mintak saje nak jadi driver ganti pemandu bas..
btol2..mmg bas pengankutan yg mostly studnt gne..huhu..ngeri woo..~
sang harima:
hahaha
lagi nahas sape yg naik kalo ak bawak
litleprincess:
seram kan
Post a Comment