Saturday, January 30, 2016

Tanpa nama


Always.. :)
Insha allah..

Thursday, January 28, 2016

Bagaimana akhirnya aku bernikah


Assalamualaikum..

Sebelom aku posting sementara menganggur aku tak de duit nak beli buku untuk di baca daripada bosan tatau nak buay apa. Nak kerja parents tak bagi. Bila akhir tahun adik adik sibuk nak membeli peralatan sekolah aku pon menyibuk sekali.

Selepas merengek rengek bak buku akhirnya dapat lah sebuah harga bawah 15 hengget. Yahooo..

Ni buku last aku mintak ayoh belikan. Lepas ni tak mau mintak duit mak ayah lagi. Insha allah..

Tajuk buku ni..bagaimana akhirnya aku bernikah.. tanjat ayah aku masa membayor tengok tajuk buku.. hahaha.

Papepon..buku ni best. Setiap orang bertemu jodoh macam macam cara. Yang pelik pelik pon ada. Alhamdulillah berkahwin jugak mereka. Aku nanti camne lah agaknya..asyik dipermainkan jer..hehehe..


Monday, January 25, 2016

Rak kotak


Assalamualaikum..

Bilik aku di Lj dah disediakan sebuah almari tapi partition dia tak banyak memandangkan pakaian aku yang terkumpul di sini makin menimbun. Buntu achik ni haĆ a nak susun pakaian.

Oleh sebab setiap kali beli barang selalunya kami masukkan dalam kotak, berlambak lah kotak kat rumah ni. So i came up with the idea untuk buat rak menggunakan kotak.



Taraaaaa.. ni lah hasilnya yang tak seberapa. Tersenget senget dah kotak tu.

Ada jugak aku buat rak untuk isi buku buku. Tapi tak tahan lama sebab buku kan berat. Runtuh dah rak buki tu. Yang ni jer bertahan. Sesape yang duk hostel rak tak cuku dalam loker boleh la cuba idea simple cenggini ni ha. Tak derlah berterabur sangat barang.

Ok. Selamat mencuba

Saturday, January 23, 2016

Diberakkan cicak



Assalamualaikum..

Salah satu benda yang aku tanjat sewaktu awal awal aku datang LJ ni adalah saiz cicak kat sini masha allah punyer lah besor. Selalu jer buay tanjat aku semasa mandi nampak cicak duk keluar masuk melalui celah celah lubang dalam toilet. Almaklumlah kuaters lama banyak la cacat cela. Aku ingatkan biawak.. seriuosly macam anak biawak besor dia.

Orang sini panggil cicak tu budut.

Kussss semangat hakak tau tengok budut masa tengah mandi..

Paling aku tak menahan, merata rata budut ni berak. Bukan kecik tahik dia. Dah badan pon besor tahik pon boleh tahan besor lah.

Nak dijadikan cerita. Aku masuk ni dah 3 kali kena berak ngan cicak. Kali pertama masa tengah syiok syiok baca buku tetiba satu benda jatuh ngam ngam kena kaki. Nasib baik tahik keras.

Kali kedua..tengah baca buku jugak. Aku memang hobi kot bosan bosan baca buku malam malam sebelom tido. Tetibe setempek tahik budut jatuh atas rambut. Tak pepasal aku pergi mandi siap bersyampu tengah tengah malam. Dah la malam malam air kat LJ ni sejuk.. Kuang hajo budut tu. Huhuhu..

Dah kena 2 kali macam tu.. aku pon alih katil aku tak letak bawah lampu lagi. Alhamdulillah selamat nak lepak atas katil.

Kali ketiga..baru jer tadi siang kena. Tengah syiok syiok tengok tv sambil baring atas kerusi tetibe seketui tahik budut ngam ngam soi jatuh tepi muka aku..sipi sipi nak kena atas muka. Fuhhhhh nasib baik..

Aku pon tak faham lah pesal tak puas hati ngan aku la budut budut di LJ ni. Tak de la pulak aku ni gi lastik kerabat dorang. Huhuhu.. jangan sampai aku sula budut tu nanti.. huH!

Wednesday, January 20, 2016

Kamus bergambar


Assalamualaikum...

Semasa perjumpaan bersamaa ibu bapa akhir tahun lepas, ada ibu kepada my students suggest i used picture dictionary bagi murid tengok dan guna semasa kelas english. Aku kagum ngan ibu bapa yang cakna dengan pembelajaran anak anak. Ibu tu gitau, masa dia belajar dulu dia ada picture dictionary tu dan dia seronok belajar english. Me too. =) my mum also bought me a picture dictionary and we used dat book sampai terkoyak koyak.

Bagi menyahut cadangan ibu tadi, ticer pon bersungguh sungguh gi jedai buku cari picture dictionary dari ganu ke kl sampailah ke miri iols cari okey..


Dan hasil nya...
Tadaaaaaa...

Beberapa buah picture dictionary yang ticer jumpa. Nak cari yang cover kaler ijau tu ada 3 bahasa tapi semua kedai aku gi setakat ni tak jumpa.

Semua buku tu beli pakai duit sendiri jer. Lecturer aku pesan duit gaji yang cikgu dapat tak semuanya akan jadi milik cikgu. Kena spent some money to our students jugak. Jangan kedekut. Kalo kita jaga anak orang elok elok insha allah orang akan jaga anak kita elok elok jugak.

I hope my students will enjoy reading that books disamping tambah vocabs mereka. Yambooii..sungguh bercita cita tinggi ticer ni. Hehehe..