Monday, July 29, 2013

Iftar di rumah mentor

Assalamualaikum... 

Biasanya tiap kali bulan puasa ada jer perancangan classmates aku nak bukak puasa sesame. Masa mula-mula awal puasa kami dah buat iftar bersama tapi ada yang tak dapat join. Yang kali kedua kami berbuka bersama di rumah mentor kami, encik alam. Kami konvoi 3 kereta ke sana. Pastu tambah pulak kereta Ruby ngan Si Fatin diorang datang asing. Park kereta depan rumah mentor macam anak-anak pulang beraya lah pulok. 



 Awal kami sampai so sementara nak tunggu azan maghrib macam biasalah dorang. Ko tengoklah sape yang paling depan kalo bab bergambar. Mesti ada jer mencelah. hehehehe..


Yang lain tengok tv bersama mentor. 

Masa berbuka kami makan kuih, kurma dan air jer dulu. Lepas solat maghrib baru makan yang berat-berat. Isteri encik masak sedap ooo tambah pulak ngan satay kajang Ruby bawak memang kenyang sesangat. Gambar makan ada tapi sebab gegor jadi tak payah lah kite nak letak sini buat semak jer.


Aku tataulah kenapa kamera pinky aku tu asyik gambar gegor jer. Kata cybershot. Dulu-dulu okey jer lawa giler gambar. ermmm...


Solat teraweh sesama. First time try solat pakai telekung dan jubah pastu pakai stokin untuk cover kaki sebab tak pakai kain sembahyang.


Ada satu citer time teraweh ni. Kak Long get ready awal nak solat siap bentangkan sejadah lagi. Kami yang sampai kat ruang solat lambat ni terus jerlah sembahyang. Sekali aku rasa lain macam. Tadi solat maghrib ke kanan kiblatnyer aikk.... kenapa plak jadi belah ke kiri sampai aku solat boleh nampak Bob duk belakang sebab aku duk paling belakang paling kiri. Sekali anak encik gitau kiblat salah semuaaaaaa perempuan kena start solat balik. Alahai kaklong....


lepas solat sambung makan pastu konvoi pulang ke hostel dan rumah sewa masing-masing. 

(penutup ringkas gilerr..ok bye!)


Sunday, July 28, 2013

Janji~


Assalamualaikum...


 :'(

But then..i remember..


Allah noe's wat is da best for us 
=)


Thursday, July 25, 2013

Anak tudung kat luar


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Assalamulaikum :)

Imbas balik memori zaman sekolah. Dulu kalau pergi sekolah pakai tudung tapi anak tudung terkeluar sampai tutup dahi pastu tudung tu pulak ke belakang mesti orang akan kata budak tu selekeh. Pakai pulak anak tudung kaler putih lagi nampak macam budak-budak dan bertambah selekeh.


Tapi sekarang...


Pakai anak tudung terkeluar daripada tudung pon orang kata style. Macam-macam fesyen orang pakai. Yang paling aku suka pakai tudung syria. Aritu aku try ronda-ronda Time Square ngan style macam ni....



First tyme try. tak rasa pelik pon ronda-ronda TS pakai camni sebab kat TS kita boleh cuci mata tengok macam-macam fesyen pelik tapi menarik yang orang try. Aku tau la aku lame baru nak try fesyen ni.  tsk tsk tsk.


Wednesday, July 24, 2013

Kelas awal pagi


Assalamualaikum...

Apa khabar iman semua pada hari ini? Alhamdulillah ada kelapangan nak bercerita kat sini hari ni. Sejak dah masuk praktikum kat sekolah ni tambah pulok sekarang ni bulan puasa aku jadi liat malas nak bukak laptop. Dah jarang bukak facebook jarang bukak twitter jarang bukak blog. Maybe nak lebih mendekati dunia realiti kot berbanding dunia maya.Nak kata sibuk takder lah sangat. Sejak akhir-akhir ni buku pon aku tak sempat baca. Aritu pinjam diary of wimpy kid dari nabill sempat baca setengah jer. Sampai sekarang tak sambung-sambung baca lagi. Beri laluan untuk baca Quran tadarus ngan group usrah dulu. =)


Arini aku ngajar awal pagi so kelas dah habes untuk hari ni. Setiap hari aku ngajar 1 jam jer untuk 1 subjek. Lain-lain masa aku habeskan dengan cari bahan untuk buat RPH. RPH untuk minggu depan aku dah pikir dah nak buat aktiviti apa cuma subjek PJ jer aku buntu lagi sekarang ni. Tatau nak buat aktiviti apa dalam kelas. tak per lah yang tu nanti aku pikir.


Teacher is free now.....


Lepas habes waktu sekolah Ruby ajak gi ronda-ronda jalan TAR. Hujung minggu aritu aku dah gi dah ngan roomate n jiran aku. Dah ushar-ushar sandal untuk mak aku tapi tak beli lagi. Aku juz ambil gambar then send kat mak aku melalui wechat. Suruh dia pilih mana yang berkenan. Arini aku juz pergi dan beli jer terus. Untuk ayah pulok tahun aku buat pembaharuan beli something yang lain berbanding tahun-tahun lepas. lama dah aim nak beli untuk ayah aku kebetulan pulok beberapa hari lepas ada sale so terus rembat. 


Alang-alang sedang free ni elok ler aku buat entry pukal.. hehehehehe~


Friday, July 19, 2013

Sekolah kedua latihan mengajar

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Saya sekarang sedang berada kat sekolah. Sambil-sambil online cari maklumat untuk buat rancangan pengajaran untuk minggu depan aku cilok masa jap untuk update apa yang dah berlaku kat aku sekarang ni. Macam-macam benda nak story sebanrnya. Pasal kawan kami dapat saudara baru Islam, pasal Ramadhan, pasal berbuka pasal Herbalife dan pasal sekolah. Disebabkan aku berada kat sekolah so aku nak cerita pasal sekolah. 

Ini sekolah kedua aku berpraktikum. Kali ni aku akan mengajar selama 2 bulan kat SKSB dekat-dekat area maktab aku jugak. Kalo naik kereta dalam 20 minit perjalanan. Kali ni pon aku masih bersama Ruby. 

 Me n Ruby



Minggu ni kami duk setle pasal jadual kelas, get along ngan cikgu-cikgu dan pentadbir pastu buat RPH. Minggu ni relax jer sebab murid-murid sedang exam so aku masuk kelas jaga exam jerlah. Pastu tolong Ruby tanda kertas exam dorang. Lawak ooo jawapan budak-budak pastu cikgu-cikgu pon share jugak jawapan murid-murid dorang. Aku pon duk terbayang mesti cikgu-cikgu atau pensyarah aku pon gelak kat aku jugak dulu masa tanda kertas exam. (T____T)~

Kalo kamu belajar Sejarah mesti kamu ingat jawapan sebenar bagi pembesar empat lipatan ni. Ruby dah aim dah budak mana yang jawab ni. Siap ah dia nanti dia nak pi lipat-lipat budak tu. 


Pastu kami dah dapat jadual mengajar alhamdulillah aku dapat semua darjah 4 pastu ruby dapat semua darjah 5 so senanglah nak buat RPH nanti tapi aku nyer budak darjah 4 kena gerak jauh sket lah sebab bangunan budak darjah 4 jauh dari bilik guru. Nanti nak kena gerak awal sket nak masuk kelas pastu gagahkan diri bawak bahan bantu mengajar sekali ngan liptop. :'(


Sekarang hangat citer pasal guru IPG tak dak jaminan posting. aku rasa sentap jugaklah tapi nak buat cemana dah memang kerajaan tak dak peruntukan duit. Kalo ikutkan sekolah banyak jer perlukan guru. Ntah lah aku malas nak ulas kat sini. 

 
sabor jerlah...Insha allah adalah rezeki untuk posting. Doakan kami yek~