Friday, July 19, 2013

Sekolah kedua latihan mengajar

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Saya sekarang sedang berada kat sekolah. Sambil-sambil online cari maklumat untuk buat rancangan pengajaran untuk minggu depan aku cilok masa jap untuk update apa yang dah berlaku kat aku sekarang ni. Macam-macam benda nak story sebanrnya. Pasal kawan kami dapat saudara baru Islam, pasal Ramadhan, pasal berbuka pasal Herbalife dan pasal sekolah. Disebabkan aku berada kat sekolah so aku nak cerita pasal sekolah. 

Ini sekolah kedua aku berpraktikum. Kali ni aku akan mengajar selama 2 bulan kat SKSB dekat-dekat area maktab aku jugak. Kalo naik kereta dalam 20 minit perjalanan. Kali ni pon aku masih bersama Ruby. 

 Me n Ruby



Minggu ni kami duk setle pasal jadual kelas, get along ngan cikgu-cikgu dan pentadbir pastu buat RPH. Minggu ni relax jer sebab murid-murid sedang exam so aku masuk kelas jaga exam jerlah. Pastu tolong Ruby tanda kertas exam dorang. Lawak ooo jawapan budak-budak pastu cikgu-cikgu pon share jugak jawapan murid-murid dorang. Aku pon duk terbayang mesti cikgu-cikgu atau pensyarah aku pon gelak kat aku jugak dulu masa tanda kertas exam. (T____T)~

Kalo kamu belajar Sejarah mesti kamu ingat jawapan sebenar bagi pembesar empat lipatan ni. Ruby dah aim dah budak mana yang jawab ni. Siap ah dia nanti dia nak pi lipat-lipat budak tu. 


Pastu kami dah dapat jadual mengajar alhamdulillah aku dapat semua darjah 4 pastu ruby dapat semua darjah 5 so senanglah nak buat RPH nanti tapi aku nyer budak darjah 4 kena gerak jauh sket lah sebab bangunan budak darjah 4 jauh dari bilik guru. Nanti nak kena gerak awal sket nak masuk kelas pastu gagahkan diri bawak bahan bantu mengajar sekali ngan liptop. :'(


Sekarang hangat citer pasal guru IPG tak dak jaminan posting. aku rasa sentap jugaklah tapi nak buat cemana dah memang kerajaan tak dak peruntukan duit. Kalo ikutkan sekolah banyak jer perlukan guru. Ntah lah aku malas nak ulas kat sini. 

 
sabor jerlah...Insha allah adalah rezeki untuk posting. Doakan kami yek~


No comments: