Friday, September 30, 2011

Gambar pemandangan matahari terbenam

Cantik sangat pemandangan matahari nak terbenam. Gambar-gambar ni di ambil dari dalam hostel sewaktu maghrib dengan hanya menggunakan digital camera. Tak mampulah nak beli DSLR yang gedabak besar tu.

Nanti budak kelas aku plan nak pergi Bukit Broga nak tengok matahari terbit. Harap-harap jadilah dan mampulah untuk aku daki sampai ke puncak. 

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #4

Tuesday, September 27, 2011

Pakai kain batik


Anak dara zaman dulu suka pakai kain batik. Anak dara zaman sekarang sebih selesa berseluar. Lagi selesa nak bergerak. Aku? Pakai kain batik pon tak reti camne nak ikat/selit. Karang terpakai pulak cara bapak aku pakai kain pelikat.


Muka gengster pakai kain batik pon still tak nampak ayu. ☆⌒(>。≪)

Monday, September 26, 2011

Open house minggu last aidilfitri 2011


Orang kata raya tu kan sebulan. Selagi tak habes 1 bulan selagi tu lah beraya. Setiap minggu ada je open house aku pergi. Minggu lepas open house minggu ni pon ada lagi. Cuma duit raya je la tak dapat dah bila minggu-minggu last gini. So, hujung minggu aku sibuk ke san sini open house.

Ni masa ke open house umah sepupu moknik kat sentul. Tak banyak gambar amek sebab segan umah orang. Tau pulak kau segan eh.


Balik je dari umah sepupu mok nik terus kalut-kalut bersiap nak pergi jamuan raya kat UPM. Member aku, Diela yang jemput so alang-alang tu boleh jumpa member lama kan. Diela ni member aku zaman metrik dulu. Lewat jugak la aku balik malam tu.

Aku dan diela zaman metrik. Noob giler muka aku. Rindu kembali ke muka zaman dulu berbanding sekarang (T___T). so, sekali lagi bertemu ngan diela

Masa jamuan ni ada acara jabutan bertuah. Hadiah nombor satu dapat... Galaxy Tab! Wohaaaa... Memang aku nyer nombor sangat tak bertuah. Tak pernah aku dapat cabutan bertuah. Hampeh betul. Galaxy tab tuuu. Sejak Ruby bawak pergi kelas aritu terus ase nak benda sempoi camtu.Boleh update blog selalu. Bila-bila masa di mana saja


And the last one open house umah En.Saiful, lecturer kelas aku. Tangkap gambar macam ikut ketinggian.

so, begitulah berakhirnya open house, jamuan raya, makan-makan untuk syawal ini. Kuih raya kat bilik aku ada lagi ni. Sayang nak makan sampai habes.Tunggu raya tahun depan pulak la aku hapdate citer tentang raya. Bye~

Aku servis kau kutip, kau servis aku kutip


Semester ni aku punyer ko-K sukan dan permainan lagi. Nak main permainan apa boleh pilih. Ada bola sepak, tenis, ping pong dan bola tampar. So, aku pilih tenis sebab teringin nak try jadi macam Maria Sharapova. Main tenis ase macam kelasssss kau jah. Tapi yang azab nyer tangung la nak kena beli pakaian serba putih, kena ada raket dan bola tenis sendiri dan sanggup berjemur bawah mentari. Lain la main ping pong dalam dewan tertutup jek.


Minggu lepas dapat baju rasmi untuk dipakai masa Ko-K. Kaler oren. Sebelum-sebelum ni kami yang main tenis kena pakai serba putih kan. Macam budak yang cekak pinggang sebelah kanan tu. Atas sampai bawah kaler putih.

Main tenis ni memang letih giler. Sampai berpeluh-peluh la jugak. Yang letih nya sebab setiap kali servis mesti kena kutip bola. Aku servis kau kutip, kau servis aku kutip sampai ke sudah ler macam tu. Lumrah la kalau memang tak reti main tu tapisekurang-kurangnya dalam masa yang sama dapat tau step nak main.