Wednesday, March 2, 2011

Kelas saya cantik


Awal semester haritu aku ada citer kan kami bersihkan kelas sebab ada tahi binatang dalam kelas pastu tak ada kamera nak tangkap gambar kelas yang dah cantik tu. So kali ni aku nak kasi tayang sket kecantikan kelas aku. Kelas aku ni macam kelas kat sekolah rendah kerusi meja semua macam kat sekolah rendah. Kerusi kaler merah tu je tak macam kerusi sekolah rendah.




Ni papan tulis kelas aku. Kat bawah tu kami hias pakai wall sticker beli kat downtown.




Meja kami dah balut siap ngan cover plastik lagi. Kat dinding belakang pon kami tampal wall sticker. Ada sudut nota yang tak di-update. Oh! lupa nak citer. Dinding kelas kami cat kaler hijau pakai duit kelas. Kami kumpul duit kelas RM10 sebulan. Wajib bayar oh sebab bendahari sangat ganas mengutip hutang umpama along dan ceti.




Kasi zoom sket. Kat belakang tu ada locker untuk setiap sorang. Yang ni pon beli pakai duit kelas. Baru je beli minggu lepas.


Kalau tak bayar duit kelas akan diugut macam ni. 


Eh tak lah. Kalau tak bayar nama akan ditayang kat depan kelas tulis besar-besar kat white board. Antara nama yang liat bayar aku ler.



Hias lah kelas kamu ngan cantik barulah selesa nak belajar. \(^__^)/


Tuesday, March 1, 2011

Penangan Kak Limah

Walaupon ending citer Kak Limah ntah pape jek, aku dah ulang tayang berapa kali ntah. Dalam kelas aku sket-sket nak sebut ayat power citer Kak Limah. Kawan-kawan aku pon kalau bergosip tiba tiba terkeluar dialog citer tu. Antaranya:

"ce citer ce citer"


"kalau setuju angkat tangan macam saya" (ayat Usop) 
Ayat ni kami guna semasa buat undian untuk pilih jersey kelas. Jangan lupa wat tangan macam usop


"perisa bluebery, my feveret" (ayat Usop lagi) 
Guna semasa makan kek besday Ruby walaupon kek tu perisa strawbery bukan bluebery.


"nampak sangat menipunyer" (ayat Usop lagi) 
Guna ayat ni kalau ada orang bercerita tapi ase macam citer dia tu auta semata mata.


Nampaknyer ayat Usop memang mantap. Eh, ada lagi. Pelakon yang comey-comey gemuk gemuk chuby chuby pakai kain pelikat. Ayat power dia:


"Saborjerlah"


Kami cuba selongkar moral value yang ada dalam citer nih. Oleh sebab kami belajar Sosiologi jadi moralnya, janganlah mengabaikan jiran tetangga terutamanya yang dah tua. Cian kak Limah.


Eh eh jap, dialog kak limah enjit enjit semut sape sakit naik atas je ke?


Sunday, February 27, 2011

Things to do

Ni jadual aku untuk semester ni. Tulis besar-besar kat white board siap tulis kerja nak kena buat. Tapi tak buat-buat lagi.



Nak kena hafal Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Dapat hafal dapat markah bonus.


Jadual di atas telah berubah. Penat kami 1 kelas ubah jadual tak mau bagi ada kelas hari jumaat. Dapat lah rehat sambil siapkan kerja sebab hujung minggu banyak aktiviti. Tiba-tiba kantoi ngan ketua jabatan. Terus hari jumaat kena ada kelas rujuk pada jadual asal.  Camne leh kantoi aku pon tatau. -_-" sigh

Saturday, February 26, 2011

Undilah saya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Ilmu Khas

Minggu ni aku sibuk ngan macam-macam aktiviti. Hujung minggu pon ada aktiviti. Semalam ada manifesto Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Kehangatan manifesto tak sehangat sewaktu aku di MRSM dan matrikulasi. Mungkin sebab tak ramai yang hadir. 

Mula-mula aku cadang nak amek jugak JPP tapi atas nasihat member aku, amira kat maktab Bainun tak yah la amek lagi. Lagipon aku nak pulun belajar dulu. Jeles ngan amira dapat 3.5 ke atas je setiap semester. Ceceh berlagak la kau azie nak amek JPP. Kerja pon malas buat. Aku pon hairan tak ramai yang minta mau jadi JPP. Ada jugak yang menang tanpa bertanding. Dan yang bermanifesto semalam tetap akan jadi JPP samada jadi ketua atau penolong. Takperlah, terasa jugak ada suasana pilihan raya.



So, mengundi je lah. Ada classmate aku jadi calon JPP. Tolong promote jerlah. Kepada pelajar IPIK, undilah Bob. Tarikh mengundi 28/2/2011.

pi es: bodben sampai limit -_-" jarang on9 tapi tetap akan update blog dengan penuh sabar walaupon line lembap.

Wednesday, February 23, 2011

Usrah dan perlakuan


 Alhamdulillah. Aku syukur sangat walaupon aku jauh dari family sejak sebelum baligh lagi sampai sekarang aku masih dapat di bimbing oleh orang-orang sekeliling aku. Masa belajar dulu ada program usrah setiap minggu.  Mesti kamu semua tak akan percaya kan aku pernah jadi naqibah dulu masa sekolah. Aku pon bukan lah kuat agama sangat tapi ntah kenapa aku jadi naqibah. Kawan aku masa tu Badan Wakil Pelajar exco Kerohanian minta aku jadi naqibah. Mungkin sebab penampilan aku dan perlakuan aku ni tak macam rupa nak jadi naqibah, ada member yang naqibah jugak tegur "Eh azi, kamu naqibah ke?" Sabor jerlah. Naqibah sesama naqibah pon tak kenal. Ya rabbi. Yang aku hangin nya, tyme buat keje ada naqibah yang liat buat kerja tapi bila bab nak gi lawatan naik Eye On Malaysia ramai pulak yang mengaku dia tu naqibah. Last last aku tak dapat gi. Sabor jerlah.


Bila aku masuk maktab perguruan ni, ada jugak program usrah yang dijalankan setiap hari selasa selepas Maghrib. Alhamdulillah ada orang bimbing aku dalam bab agama. Aku selalu bayang kalau aku duk U mungkin aku tak macam aku sekarang. Kawan-kawan, senior, naqibah dan junior-junior bantu aku belajar agama. Kamu kena belajar agama kerana akhir zaman ni ramai ulama dah meninggal. Nanti camne lagi kita nak belajar agama. Kawan kawan selalu tegur aku dalam pemakaian dan tingkah laku. 





Antara kawan di maktab


Contohnya kalau aku nak buang palstik aiskrim tepi jalan semasa sedang berjalan nak gi Downtown, tiba tiba ada suara kasar berteriak dari belakang " Cikgu! Perangai molek sket. Nanti kita gitau murid-murid jangan buang sampah merata-rata padahal cikgu pon buang sampah tepi jalan". See. On the spot kena tegur. Sukurlah boleh kawan-kawan cam ni. Kawan jugak mainkan peranan.

Nak seribu daya kan. Jadi, marilah kita mendekati orang-orang yang ada ilmu agama, jangan kita jauhi mereka. Manusia sekarang bab agama buat main-main. Jom sama-sama berubah.