saya exam 1, 2, 10 dan 15 november. Dalam mod study ni. Warming up. Tata semua. Rindu saya yek.
Sunday, October 31, 2010
P/s untuk semua
saya exam 1, 2, 10 dan 15 november. Dalam mod study ni. Warming up. Tata semua. Rindu saya yek.
Tuesday, October 26, 2010
Awak ajar apa nanti?
Member: Azie, belajar kat mana sekarang?
Azie: Sekarang belajar kat maktab perguruan.
Member: Oh, cikgu la kamu nanti. Ambil kos apa?
Azie: Pengajian sosial.
Member: Emm.. Pengajian sosial. Pastu nanti ajar apa?
Azie: Macam-macam. Tapi sekarang belajar sejarah, geografi, ekonomi, kenegaraan.
Member: pastu nanti ajar apa? =___="
Azie: Errr.. kajian tempatan ngan sivik la kalau sekolah rendah.
MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.
Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.
''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.
''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan
Utusan Malaysia Online: 24 Oktober 2010Saturday, October 23, 2010
Sunday, October 17, 2010
Saturday, October 16, 2010
Mula-mula memang rasa janggal
Oh! Bertemu lagi kita yek. Dulu masa kamu mula-mula masuk sekolah apa perasaan kamu? Mesti mak ayah kamu tolong temankan, nangis-nangis peluk mak ajak masuk kelas sama-sama, rindu bantal busuk tertinggal botol susu. Tapi sekarang bila masuk sekolah masuk U masuk kolej kita dah biasa kan. Tambah lagi yang belajar jauh-jauh dari mak ayah. Semua jadi biasa jek.
Mak cik aku pernah tanya, kamu bila nak matang azie? Eh, tak matang lagi ke sekarang. Mungkin kot sebab aku selalu ushar orang sekeliling aku yang berusia 20-an. Kebanyakkan mereka dah pandai bermekap tebal, dah pandai melawa dah pandai berfesyen dah matang dari segi pemikiran dan pandai dalam segala bagai.
Aku?
Mungkin nak nilai aku dari luaran. Hmmmmm...
Badan kecik kurus macam budak tak matang eh? Mungkin la jugak. Aku selalu idam nak body macam Rozita Chek Wan. Perghhhh... dah berusia pon masih mantop.
Buang rasa malu nak berfesionista. Mungkin pada mula-mula orang tengok kita dorang rasa janggal. Aku ushar fesbuk member-member tadi. Dorang yang sekarang belajar kat U semua bergaya. Yang dulu tak suka pakai high heel dah pakai high heel. Dorang berani mencuba. Oh! Mungkin duit ptptn berlambak-lambak dorang boleh beli baju lawa-lawa, alat mekap yang pelbagai. Tapi aku sangat adore mereka yang pandai melawa. Especially yang bertudung.
Buang rasa malu untuk mencuba
Alah bisa tegal biasa. Kan.
Dari segi pemikiran pulak. Aku masih dalam proses pembelajaran. Belajar macam mana nak jadi lagi matang. Ye la, aku ni bakal cikgu satu hari nanti. Insyaallah. Budak-budak sekarang makin mencabar pemikiran mereka. Bayangkan budak darjah dua dah pandai bercinta hantar surat cinta siap cakap saya minat awak. Aku dulu masih keanak-anakkan. tak kesah pon kawan laki pompuan.
No feeling.
Sekarang aku cuba untuk jadi orang yang berusia 20 tahun. Luaran dan dalaman. I'll try. Motif???? Sebab aku mahu kawen. T___T"
