Tuesday, October 26, 2010

Awak ajar apa nanti?

Sebelum ni bila orang tanya aku..



Member: Azie, belajar kat mana sekarang?
Azie: Sekarang belajar kat maktab perguruan.
Member: Oh, cikgu la kamu nanti. Ambil kos apa?
Azie: Pengajian sosial.
Member: Emm.. Pengajian sosial. Pastu nanti ajar apa?
Azie: Macam-macam. Tapi sekarang belajar sejarah, geografi, ekonomi, kenegaraan.
Member: pastu nanti ajar apa? =___="
Azie: Errr.. kajian tempatan ngan sivik la kalau sekolah rendah.



Sebenarnya kawan-kawan aku cakap kami kalau ke sekolah nanti akan dapat je subjek apa yang kekosongan. Walaupon aku belajar sivik mungkin nanti kalau kat sekolah tu tak ada cikgu matematik aku kena mengajar matematik. Buntu aku nak bagi jawapan kepada pertanyaan di atas. Bukan setakat kawan-kawan, sedara mara pon tanya soalan macam tu.



Tapi sekarang tak lagi. Bila semalam keluar berita tentang mata pelajaran sejarah di sekolah rendah




24/10/2010 2:26pm

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan

Utusan Malaysia Online: 24 Oktober 2010






Terus petang tadi dapat panggilan telefon dari kawan kat maktab bainun yang sama kos dengan aku. Dia pon menghadapi masalah yang sama ngan aku bila orang tanya persoalan di atas. Nanti kalau orang tanya, kami boleh jawab, kami ajar subjek sejarah.

6 comments:

IZZ HAZWANI. said...

patutkah i.hazwani rasa lega sbb dah lepas sklh rendah? HAHA

Amir Syahir said...

hiiii.

cikNiarun said...

my god!

kecik2 belajar sejarah, masa sekolah menengah pon dah xmasuk kepala.adei

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy owner belog.
saya datang singgap
belog yang super nice !

love einaz !

mie said...

oh tidak!!!
gue suka sejarah walaupun sentiasa menguap bila cikgu mengajar..
heheheee

Qib said...

sy ajo mate,,.