Thursday, July 29, 2010

Tips cepat mendapat jodoh



Kali ni saya nak share satu tips untuk mendapat jodoh terutama bagi perempuan yang mengejar kerjaya. Tau saja lah zaman sekarang ramai andartu, pastu memilih sangat last-last dah umur 40 tahun masih single. Semoga pengamalan doa ini akan membantu akak-akak dan abang-abang kita yang mesih tercari-cari dan ternanti jodoh mereka.


Doa ini kita mendoakan bagi orang yang belum mendapatkan jodoh. Caranya,
  1. Surah Al-fatihah
  2. Doa mendapatkan jodoh




Bagi yang mengalami kekecewaan putus cinta, putus tunang, bercerai dan sebagainya bolehlah cuba cara untuk melupakan kekasih ni . Caranya, letakkan tapak tangan pada dada kemudian baca ayat berikut:





Semoga ikhtiar yang kita lakukan ini akan dapat membantu kita melupakan si dia untuk kita bersama dengan pasangan yang baru. Insyallah.....


Tuesday, July 27, 2010

Homesick

Walaupon saya dah hidup sebagai budak hostel sejak tingkatan 1 lagi, sampai sekarang perasaan homesick masih wujud dalam diri saya. Jangan ingat dah lama duk asrama dah lama berjauhan dari mak ayah dah lama berjauhan dari adik-adik sejak dari mereka kecik sampai dah besar dari saya, saya dah tak homesick. Masih lagi rindu rumah nangis-nangis nak balik.



Mungkin kawan-kawan tengok saya happy-go-lucky je siap boleh melawak lagi. Kalau melawak gelak-gelak tu masa lepak ngan kawan-kawan je. Tapi bila masuk bilik duduk sorang sorang tiba-tiba teringat kat Shahrim, teringat kat si kepoh teringat kat tok wan teringat kat adik-adik. Pastu air mata meleleh. Eh jap.... chek dulu pintu bilik dah kunci blom.



Bila line clear baru lah start berendam air mata. Salah satu terapi yang baik untuk merawat emosi adalah menangis. Saya baru belajar teori pengawalan emosi ngan Encik Shubki tadi. So, bila dah duk sorang-sorang lepaskan saja. Nangis sampai teresak-esak.



Pastu tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ahhh..kacau daun btoiiii... Lap lap ayaq mata buat rambut serabai sikit pergi bukak pintu. Pastu buat-buat tido. Ambil selimut tutup muka. Sambung berair mata tanpa suara. Karang kalau bunyik kantoi ngan rumate dah besar pon nak nangis. Ego lah konon.



Oh. Awal bulan 8 harap-harap hujung minggu tak ada pape program atau aktiviti. Saya nak balik. Homesick weiiii... Kamu rindu tak mak ayah kamu?


Friday, July 23, 2010

Misi 40 kilogram

Sekarang saya perlu menempuh dugaan berkaitan dengan berat badan sendiri. Dulu berat around 39 and 40 kg. Tapi sekarang lagi teruk bila jarum penimbang berhenti di angka 37. Salah mata yang memandang atau penimbang tu yang rosak. Penat saya hentak-hentak melompat-lompat atas penimbang dengan harapan jarum penimbang bergerak ke angka 50.



Kalau dulu semasa di MRSM PDRM mak cik DS sangat rajin menyiapkan juadah kasi saya makan kasi gemuk kasi saya bertenaga walaupun hakikatnya bila balik hostel akan lapar balik sebab perjalanan yang jauh antara DS dan hostel. Worth it la bila dijamu makan 6 kali satu hari tanpa perlu risau soal duit.



Bila masuk matrik lagiiii bahagia sebab turun je blok hostel terus nampak cafe. Bila lapar je pergi cafe. Bila ada cerita best kat astro seperti Raja lawak lu pikirlah sendiri nabil assalamualaikum mesti turun pergi cafe tengok tv sambil makan Kuey Teaw Ladna.






Gambar semasa bahagia di matrikulasi Pahang. Tidak kelihatan cheekbones dan bukit bukau kawah permukaan bulan di wajah indah saya. Riduuuuu... Latar belakang asrama budak metrik.



Wednesday, July 21, 2010

Geram ngan budak bontot besar


Lama tak pegang bayi. Suka bila pegang bayi yang bontot besar. Pastu pakai pampers jalan pelahan-pelahan dengan bontot yang berat. Pastu puk bontot bayi sebab geram. Adik-adik semua dah membesar. Shahrim tak mahu bagi aku adik lagi. Sekarang berharap kawan-kawan cepat kahwin dan beranak. Tak sabar nak tengok kawan-kawan memboyot bawak perut. Wohaaa, sweet giler.



Aku dah ada beberapa orang anak buah. Tapi itu sepupu aku punyer anak. Yang dewasa dari aku semua dah kawen dan ada anak. Sekarang sampai giliran aku. Oppss.. Lambat lagi kot kalo nak tunggu aku sebab aku terikat ngan perjanjian. Nak kawen boleh tapi tak leh beranak. Ah, merana la laki aku nak tunggu aku habes belajar.




Ni anak salah seorang sedara mara aku.




Ada iras tak ngan Hagemaru?




Hahahaha..



Sunday, July 18, 2010

Saya rela berhimpit dengan perempuan

Sekarang KTM memperkenalkan koc wanita. Tapi kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun boleh juga masuk koc ni. Tujuan disediakan koc wanita ni sebab kebanyakkan pengguna KTM adalah kaum pompuan. Jadi, kaum pompuan semua jangan risau lagi akan diraba dan berhimpit dengan kaum lelaki. Tambah-tambah golongan pendatang mat indon mat bangla mat nepal dan sama waktu dengannya. Tak sanggup aii.


Macam mana nak naik KTM koc wanita ni?


Koc wanita ni berada di gerabak bahagian tengah. Nanti kamu pergi stesen KTM di ruangan menunggu ada tiang berwana pink. Ha, kamu tunggu kat situ. Bila train dah sampai, kamu masuk pintu yang ada pelekat khas koc wanita yang berwarna PINK.



Wohaaa. Pompuan dan pink. Sweet gitu. Ha! Yang laki-laki jangan gatai nak masuk gerabak tu plak. WANITA sahaja. Pondan, mak nyah, bapuk tu macam mana plak heh? hmmmm...


Eh, lelaki yang guna KTM ni tahu tak wujudnya koc wanita nih?


Tadi saya ke Bangi naik KTM. Masuk koc wanita. Aik, nampak lelaki dalam gerabak tu. Pastu ada la sorang aunty ni tegur lelaki-lelaki tu. Ni khas untuk wanita je. Pastu aunty tunjuk la pelekat pink yang bertempek kat tingkap gerabak tu. Ishk! Takkan tak perasan kot pompuan ramai kat dalam tuh. Dorang pon terus blah masuk gerabak sebelah.


Pastu masuk plak sepasang kekasih. Yang si boipren tu boleh selamba plak masuk. Nak protect gepren dia la tu kot. Alahaiii.. Tak tahu rupanya. Mungkin masih baru diperkenalkan koc ni. Tapi, ada je banner kat ruang menunggu takkan tak tengok.


Okey, semua diminta hebah-hebahkan pasal kewujudan koc wanita ni. Rasa selamatlah siket daripada berhimpit kepam satu gerabak dengan lelaki.