Sunday, July 18, 2010

Saya rela berhimpit dengan perempuan

Sekarang KTM memperkenalkan koc wanita. Tapi kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun boleh juga masuk koc ni. Tujuan disediakan koc wanita ni sebab kebanyakkan pengguna KTM adalah kaum pompuan. Jadi, kaum pompuan semua jangan risau lagi akan diraba dan berhimpit dengan kaum lelaki. Tambah-tambah golongan pendatang mat indon mat bangla mat nepal dan sama waktu dengannya. Tak sanggup aii.


Macam mana nak naik KTM koc wanita ni?


Koc wanita ni berada di gerabak bahagian tengah. Nanti kamu pergi stesen KTM di ruangan menunggu ada tiang berwana pink. Ha, kamu tunggu kat situ. Bila train dah sampai, kamu masuk pintu yang ada pelekat khas koc wanita yang berwarna PINK.



Wohaaa. Pompuan dan pink. Sweet gitu. Ha! Yang laki-laki jangan gatai nak masuk gerabak tu plak. WANITA sahaja. Pondan, mak nyah, bapuk tu macam mana plak heh? hmmmm...


Eh, lelaki yang guna KTM ni tahu tak wujudnya koc wanita nih?


Tadi saya ke Bangi naik KTM. Masuk koc wanita. Aik, nampak lelaki dalam gerabak tu. Pastu ada la sorang aunty ni tegur lelaki-lelaki tu. Ni khas untuk wanita je. Pastu aunty tunjuk la pelekat pink yang bertempek kat tingkap gerabak tu. Ishk! Takkan tak perasan kot pompuan ramai kat dalam tuh. Dorang pon terus blah masuk gerabak sebelah.


Pastu masuk plak sepasang kekasih. Yang si boipren tu boleh selamba plak masuk. Nak protect gepren dia la tu kot. Alahaiii.. Tak tahu rupanya. Mungkin masih baru diperkenalkan koc ni. Tapi, ada je banner kat ruang menunggu takkan tak tengok.


Okey, semua diminta hebah-hebahkan pasal kewujudan koc wanita ni. Rasa selamatlah siket daripada berhimpit kepam satu gerabak dengan lelaki.


29 comments:

ishiko said...

wauuww... ader eyh..

Aduka said...

yg xtau tu sbb x tgk brita or baca paper..yg tau pun ada sstghnya buat2 x tau atau tlupa..

Mr. Asada said...

eh?? bukan dari april dulu lagi ke dah wujud?? hurmm..

ceksumolek's said...

pernah jugak buat entry pasal koc ktm nih..

http://quirkybutterfly.blogspot.com/2010/05/perkhidmatan-koc-ktmb-khas-untuk-wanita.html

belom pnah try naik lagi.. sbb malas nk berimpit.. rela naik erl..

gnesop said...

bagus ka ada koc ni..
semua lebih selesa..

tp mungkin susah la aktiviti mengorat dlm grabak? huhuhu

ZACK ENTRY said...

bukan tak tahu tapi malas nak berebut dengan gerabak yg lagi sebelah..

aurikelsan said...

kkdg2 tue ada lelaki dh nampak/baca banner ngn pelekat pink pasal koc wanita, tapi menggedik gak nak ikut gf masuk koc wanita

fndrocka said...

yang buta huruf je tak tahu tu gerabk pompuan..selebihnya kalau tak tahu jugak memg bengong.hoho.

hans said...

baguslah tu
selamat sikit kan

sugar2 kapas strawberry said...

koc ni terhad je kn?i mean hny utk destinasi2 tertentu je ke?

shazika said...

ishiko:
a'a..ada
try tengok kat ktm

aduka:
lor..buleh plak buat2 tatau..
hebah2 kan eh


asada:
tak tau la bila wujud tp masih baru lah. mungkin tak ramai yg tau

aisumi:
oh dah buat jgk heh
lg ramai lg bagos

shazika said...

sop:
amboi sop!
nak ngorat je keje

zack:
malas nak wrestling ngan para lelaki

aurikelsan:
ish3..
tak segan je hah

fndroska:
tu lah pasal..
geram akuh

hans said...

tapi rasa2 benda nih dah lama pun kan?


p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

gua pun rela gak k..

himpit la gua..
himpit la..

haish...
susah la nak cari jodoh dlm komuter pas ni..

Guru said...

lelaki yang masuk tu lelaki kurang kasih sayang lah tu...

terbaru dari saya : jangan terlalu membenci nanti jadi suka satu hari nanti

Aidy Shahiezad said...

bile nk buat koc tue laki-laki je plak ?? huhuhu.. :p

visit my latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/07/hipokrasi-amnesia-dalam-kehidupan_18.html

nIsYa said...

pasal koc untuk girlz nie dah penah siar kat berita. ramai tak tengok time tu kot. tu yang tak tau tu :)

FyZa said...

haha..bf 2 pun pulun nk dok ngan gf npa..ee..sabo ja la..klu laki bini rsanya x wat mcm 2 kot..;p

.::WaNiE::. said...

bukan tak tau saja buat2 tak nampak kot kehkehkeh

(tapi saya tak penah naik lagi kahkahkah)

ok, sebenarnya ada dengar few complaints dan sebab musababnya antaranya dorg kata pelekat khas tu kecik sangat.

and why not differentiate kan color terus.

Amir Syahir said...

jgn merempit pada waktu jam 2pagi ye..embun time tu..bahaya.hee

annadzirah said...

dah lama xnaek ktm since tak lagi study di PD.
nicelah kalau ada koc wanita..
memang xbest nak bersesak-sesak time dalam tren..


i kalau rasa entry tu best start dari i mula baca, i xkesah pun nak klik read more.
tapi kalau i baca starting pon dah macam xad mood, so i close aje tab.
senang cerita.
(:


ENTRY BARU ; Baru Ni Nak Buat Review Twilight.

Unknown said...

ehee
tp da kurang la lelaki yg sesat nak dibanding ngn mula2 dulu
selalu yg masuk tu warga asing.
x pun pakcik2 tua.
x pun kapel.
yang kapel tu la bengap
heh emo lak aku :P

Unknown said...

haha...
bagus la..malaysia dah ada kemajuan dan kesedaran

Duniakuabstrak said...

aku kurang kasih syg, so pasni aku nak masuk kat koc wanita tu...hahaha

Anonymous said...

dah ade koc wanita ek..
hahaha..
nnt blk m'sia naek koc tu r...hehege

Chenta said...

Salam Shazika ..

Baguslah awak war-warkan benda neh .

Padahal dorang tuh mengada2.. takkanlah tak reti2 nak baca ? takpun, takkanlah buta warna . pink kalerr ..

Kalau masuk jugak , kompom ! tak faham bahasa .

Call me, Eyka said...

ehh dh lme x naik ktm. nnti nak try la. dah try baru nak buat entry ni. hehe boleh? :P

yanamib said...

dorg bkn x aware, tp buat² xtau..hehe~

mizzura said...

bagus...bila ada koc perempuan..i loike :-)