Tuesday, April 27, 2010

Lelaki patut belajar dan tau hal ni


Okey semua. Kali ini saya nak ajar kamu terutama kepada kaum lelaki: Cara-cara melipat baju. Kebanyakkan lelaki malas nak lipat baju main sangkut je pakai penyangkut baju. Perempuan pon ada jugak yang spesis macam ni tapi segelintir saja. Jom saya ajar kamu cara biasa melipat baju.






Yang ini pula cara lipatan untuk orang yang malas atau tak sempat masa nak lipat cantik-cantik. Saya selalu lipat guna cara lipatan ni sebab tok wan saya kata kalau lipat cantik-cantik pon nanti nak pakai jugak. Orang kata lipat bodo bodo macam ni je lagi senang daripada kamu yang tak lipat langsung.





Dah siap. Susah ke nak lipat baju? Bisanya saya basuh baju 1 mesin baasuh pastu nak lipat baju tu memanglah liat dan rasa malas sangat sebab nampak baju yang bertimbun. Tapi sambil lipat sambil tengok movie atau video tup tup dah siap lipat semua baju tu. Jangan malas-malas wahai wanita. Lelaki pon sama jangan malas lipat baju.



Saturday, April 24, 2010

Budak hostel


Sejak dari tingkatan 1 saya belajar di sekolah berasrama penuh. Sampai sekarang saya masih lagi menjadi budak hostel. Jauh dari keluarga. Dah berdiri atas kaki sendiri sejak hari pertama menjadi seorang gadis. Makan minum saya kena jaga sendiri. Tapi alhamdulillah ada mak cik Dewan Selera a.k.a Mak Cik DS sediakan makanan 6 kali sehari. Semua saya balun pergi makan. Kat asrama pon saya buat stok makanan. So, tak de la kebuluq kalo tinggal kat hostel. Kalau outing wajib beli makanan.



Untuk minuman mesti ada milo. Beli yang 3 in 1 supaya tak ada la buang masa nak kena bancuh taruk milo pastu nak kena taruk gula lagi kan. Ni ala ala budak malas ah kalau agak agak kalut nak gi kelas terus bancuh milo ngan air panas. Setle. Senang kan.




Dah ada milo mesti lah ada biskut kering nak cicah ngan air milo. I prefer biskut Munchy's sebab sedap tapi kalau tak ada biskut ni cicah ngan biskut cap ping pong pon layan ah jugak. Yang penting perut terisi.





Ha! yang ni budak hostel wajib ada. Tak kesah la instant noodle cap Maggi, Mamee, Ruski, Pama, Cintan dan sama waktu dengannya. Tapi peringatan kepada semua, jangan makan selalu. It's not good for health. Orang kata makan maggi selalu nanti rambut cepat gugur.






Roti jugak kadang-kadang saya cicah dalam air milo. Macam tu je lah makanan budak hostel. Tak boleh nak masak. Tak leh simpan makanan basah. Simpan makanan kering aje lah. Roti kena habiskan cepat-cepat sebab tak tahan lama. Kalau agak agak dah nak expired tu sedekahlah kat kengkawan.




Makanan lain yang biasa menjadi stok simpanan budak-budak yang tinggal kat hostel; air kotak (ni bagi yang lagi malas dari nak bancuh milo). gula-gula, coklat cadbury, sup campbel, kacip fatimah dan ali cafe (tahan ngantuk study tengah malam), nesvista, coco krunch, nescafe dan air ribena. Yang saya list kat sini stok makanan saya. Jadi jangan blame saya lah kenapa makan banyak tapi badan masih kurus.




Tuesday, April 20, 2010

Graduan menganggur


Sekarang ramai sangat orang pandai. Bila dah pandai, ramai pulak yang dapat tawaran masuk U tak kiralah U swasta atau U awam. Pastu bila dah ramai yang terer dah belajar berhempas pulas bertungkus lumus untuk dapat segulung ijazah keluar U kena cari kerja pulak. Kena bersaing untuk dapatkan pekerjaan dengan ramai orang. Orang yang sememangnya menganggur dah ramai. Dan sememangnya akan bertambah ramai lagi bila ada lagi graduan yang berjaya mendapat segulung ijazah. Eh, kenapa ijazah panggil segulung? Kenapa bukan sehelai?



Salah satu sebab ramai kakak kakak abang abang kita yang di luar sana yang dah ada ijazah tapi tak dapat kerja mungkin kerana memilih pekerjaan. Nak kerja kat tempat ada airkond, setaraf ngan apa yang dia belajar, setaraf dengan ijazah yang dia dapat. Tak mahulah kerja dengan gaji kecil. Jangan memilih kak jangan memilih bang oiii.


saya, lecturer, kawan-kawan dan abang kakak KPLI



So kakak kakak gojes ngan abang abang hensem yang dah ada ijazah tapi tak de keje lagi tu meh saya suggest 1 cara untuk masa depan kamu dan anak bangsa. Yang ada ijazah apply lah KPLI. Alah, program ni 1 tahun jek. Daripada duk rumah, kerja tak ada buang masa buang duit perabih beras baik masuk jadi cikgu. Yang penting dapat baiki sahsiah. Jangan buang masa lagi, tapi tunggu ambilan untuk tahun depan la yek. Yang tahun ni dah tutup. Tak pe, boleh buat preparation dari awal.


Kamu nak tau, KPLI kat maktab saya ni ada yang dah jadi doktor, jadi engineer tapi stop kerja sebab nak jadi cikgu. Ada juga yang dah kawen dan lepasan U. Kamu tak mahu try ke mintak jadi cikgu. Eh, saya bagi suggestion je. Sekadar nak menolong graduan menganggur. Renung renungkanlah ye..


Friday, April 16, 2010

Nanti cucu kau panggil apa?



Sembang-sembang ngan member tetang nama budak zaman sekarang yang glamour macam Kaisara, Dania, Dianza, Daniel, Haikal, Ambrey, Shazika, Naqiu (contoh je tak da kena mengena ngan sesiapa). Kalo nak senang bagi contoh macam saya lah. Nama saya AZIE.



Nanti kalau saya dah ada cucu dorang nak panggil saya apa. Nek Zie, Tok Zie, Opah Zie, Wan Azie, Grandma Zie? Hahahaha.. kelakor pulak kalo cucu cucu saya panggil gini. Nenek saya nama dia Nong. Saya panggil dia Tok Nenong. Nanti saya Tok Zie la pulak ye. Wohaaa.. Canggih nyer.



Eh, Kamu pulak cucu nak panggil apa?



Wednesday, April 14, 2010

Kereta Chekgu Shazika


Minggu lepas saya daftar akaun ASB menabung untuk masa depan. Berkira-kira nak beli kereta la bila dah jadi cekgu nanti. Takkan nak pergi sekolah bawa motor 125z kot pergi sekolah. So kena berusaha simpan duit tahan segala nafsu demi sebuah MINI COOPER.




Wohaaa..Saya datang ke sekolah dengan mamandu kereta melalui jalan-jalan kampung. Ceh, bajet dapat sekolah yang bukan dekat KL atau bandar besar. Dapat sekolah yang kat area kampung dan bukan dekat kawasan pedalaman.





Pastu sampai kat sekolah bergaya giler ah nanti saya park kereta tepi bangunan sekolah. Cekgu Shazika keluar dari kereta murid-murid semua ushar. Pak guard, tukang kebun ngan mak cik cleaner pon ushar. Weeewiit..



Ish ish ish..selesanya kat bahagian dalam. Stereng kecik dan kusyen empuk yang agak tinggi sket sebab saya ni pendek.



So, people klik-klik lah saya punyer nuffnang. Duit lebihan kahwin boleh beli mini cooper idaman hati. Tapi kalau tak dapat mini cooperr, mmmmm....



Kelisa pon boleh lah labu..