Tuesday, April 20, 2010

Graduan menganggur


Sekarang ramai sangat orang pandai. Bila dah pandai, ramai pulak yang dapat tawaran masuk U tak kiralah U swasta atau U awam. Pastu bila dah ramai yang terer dah belajar berhempas pulas bertungkus lumus untuk dapat segulung ijazah keluar U kena cari kerja pulak. Kena bersaing untuk dapatkan pekerjaan dengan ramai orang. Orang yang sememangnya menganggur dah ramai. Dan sememangnya akan bertambah ramai lagi bila ada lagi graduan yang berjaya mendapat segulung ijazah. Eh, kenapa ijazah panggil segulung? Kenapa bukan sehelai?



Salah satu sebab ramai kakak kakak abang abang kita yang di luar sana yang dah ada ijazah tapi tak dapat kerja mungkin kerana memilih pekerjaan. Nak kerja kat tempat ada airkond, setaraf ngan apa yang dia belajar, setaraf dengan ijazah yang dia dapat. Tak mahulah kerja dengan gaji kecil. Jangan memilih kak jangan memilih bang oiii.


saya, lecturer, kawan-kawan dan abang kakak KPLI



So kakak kakak gojes ngan abang abang hensem yang dah ada ijazah tapi tak de keje lagi tu meh saya suggest 1 cara untuk masa depan kamu dan anak bangsa. Yang ada ijazah apply lah KPLI. Alah, program ni 1 tahun jek. Daripada duk rumah, kerja tak ada buang masa buang duit perabih beras baik masuk jadi cikgu. Yang penting dapat baiki sahsiah. Jangan buang masa lagi, tapi tunggu ambilan untuk tahun depan la yek. Yang tahun ni dah tutup. Tak pe, boleh buat preparation dari awal.


Kamu nak tau, KPLI kat maktab saya ni ada yang dah jadi doktor, jadi engineer tapi stop kerja sebab nak jadi cikgu. Ada juga yang dah kawen dan lepasan U. Kamu tak mahu try ke mintak jadi cikgu. Eh, saya bagi suggestion je. Sekadar nak menolong graduan menganggur. Renung renungkanlah ye..


No comments: