Thursday, December 31, 2009

Ringtone saya lagu Blackdog Bone


Sekarang semua orang bercerita tentang apa azam untuk tahun 2010 yang akan datang esok. Berbicara tentang kat mana nak sambut new year dan buat aktiviti apa pada malam new year dan dengan siapa nak keluar dan dengan apa. Bagi saya pula, saya dah tetapkan tahun baru saya pada 1 muharam dan aktiviti adalah membaca yasin dan solat hajat. Saya dah buat azam pada 1 Muharam.

Saya tak mahu bicara tentang azam. Sekarang nak senaraikan apa yang telah terjadi pada saya pada tahun 2009.


1. Saya bersyukur walaupon berat kurang dari 40kg saya masih sihat di samping keluarga dan kawan-kawan


2. Masih beragama Islam dan menunaikan segala ibadat sebagai umat Islam dan tidak keluar rumah tanpa menutup aurat.


3. Dapat lesen motosikal dan lesen kereta.


4. Belajar di 3 institusi pendidikan. Awal tahun di Matrik Pahang lepas tu sambung sekejap masuk UUM kemudian dapat tawaran masuk Maktab sampai sekarang.


5. Berkesempatan melawat kawan-kawan dan teristimewa di Kulim untuk beberapa kali.


6. Terjumpa kekasih lama sedang bekerja di sebuah kedai makan area Cherasss dan seorang lagi di kampung sendiri siap datang rumah masa raya.


7. Tahun ni berada di 4 buah negeri..Pahang, Terengganu, Kedah dan KL.


8. Saya kehilangan Tol Ki (datuk) pada hari pertama saya berada di Maktab Perguruan dan tidak dibenarkan pulang ke kampung. Sekarang saya hanya mempunyai seorang nenek.


9. Masih berhubung dengan kawan-kawan dari sekolah rendah saya SKBS, SMK(A)DG, MRSM PDRM, KMPH, UUM dan IPIK. Pernah baca kan entry tentang reunion saya bersama kawan-kawan darjah 6 dan saya berhubung dengan kawan-kawan melalui facebook.


10. Blog saya dah berusia 1 tahun dan mempunyai 159 follower.



Itulah antara kisah hidup saya sepanjang 2009 dan akan menjadi kenangan. Semoga tahun 2010 lagi bagus dari tahun 2009. Lagi 1 saya pernah pakai ringtone lagu Gadis Ayu by Blackdog Bone. Bila orang kol sengaja angkat lambat-lambat sebab nak dengar dia sebut part 'Hai si gadis yang manis' Haha perasan bagus itu bagus kan (^____^)

Monday, December 28, 2009

Lagi 5 tahun kena tunggu






Setelah 5 tahun lebih belajar dalam bidang pendidikan akhirnya 2 orang member saya ni dah nak kena posting dah. Best la mereka akhirnya dah berjaya jadi cikgu. saya ni nak kena tunggu lagi 5 tahun. Alah, mereka pon rasa benda yang sama jugak sebelum nak jadi cikgu. Kena sabar dan belajar lagi.



Mereka adalah antara penggalak semangat saya untuk menceburi bidang pendidikan ni. Tahniah buat Mat Ju dapat posting kat Selangor. Adi plak lagiiii la best. Dah la maktab kat Terengganu dapat plak posting kat Terengganu. Saya tanya dia, kau pakai 'kable' ke? Dia kata ikut pesan mak ayah. Parents dia yang pesan pilih negeri sendiri. Oh, mesti doa parents dia termakbul.



Saya pulak berharap nanti saya pon dapat semenanjung Malaysia. Kamu semua doakan saya yek. Lagi 5 tahun weh. 5 tahun. Fuh!




Sunday, December 27, 2009

Bas, pengankutan menuntut ilmu


Berita tentang kemalangan jalan raya melibatkan bas ekpress sering kali kita dengar terutama ketika musim perayaan atau cuti sekolah. Tadi dalam berita kemalangan bas Sani Ekspress melanggar divider jalan menyebabkan penumpang yang berada di tingkap bawah meninggal dunia. Saya pernah menaiki bas double decker Sani Ekspress dan berada di bahagian bawah. Memang kedudukan saya ngan tingkap terasa rendah dan memnag saya tak tinggi. Terasa macam duduk dalam kotak pulak, tapi best tak ramai orang.


Sejak saya menuntut ilmu di rantau orang, pengankutan utama yang saya naik adalah bas ekpress. Semasa menuntut di Kedah selalu naik bas pada waktu malam. Kalau naik bas siang semasa belajar di Pahang rasa tak selesa. Nak tidur pon perasan orang sebelah ushar padahal orang sebelah pon tahan ngantuk malu nak tidur. Takut ayaq liur meleleh orang nampak. Kalau malam tidur dalam keadaan macamana pon dah tak layan orang dah.


Kalau nak tempah tiket bas saya suka pilih seat yang tengah-tengah, tepi tingkap. Terasa macam selamat siket. Kalau seat depan sekali nanti silau. Tak boleh nak lelap mata. Kalau belakang sekali terasa macam naik kuda, melambung je. lagi satu kebiasaan seat belakang budak lelaki yang duduk. Lagilah tak selesa. Jadi seat best kat tengah-tengah.


Alhamdulillah sejak dari form 1 sampai sekarang saya tak ada lah terlibat dengan kemalangan bas ekpress, semoga perjalanan saya di lindungi Allah. Cuma kadang-kadang bas rosak tengah jalan keadaan sekeliling hutan jalan bukit Grik dan terpaksa menumpang bas lain biasa terjadi. Kepada yang akan pulang ke tempat belajar masing-masing, pesan kat bus driver pandu ngan cermat ye. semoga perjalanan anda selamat dan jangan lupa baca doa menaiki kenderaan.





Wednesday, December 23, 2009

Perihal Kentut

Apakah warna kentut?
Tidak bewarna. Aiseyman, kalo kaler hijau mesti la akan tahu siapa yang kentut


Kenapa kentut berbunyi?
Kerana adanya vibrasi rongga 'anus' saat kentut diproduksi. Kekerasan bunyi bergantung pada kecepatan gas. Seperti belajar fizik. Pressure equal to force over area.


Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
jangan mengada-ngada,..karang terbakar bontot kalau gas terkumpul terlalu banyak :P


Adakah setiap orang kentut?
Itu sudah pasti, kalau korang masih hidup. Sesaat selepas meninggal pon orang masih boleh kentut. Hari ni berapa kali dah kamu kentut?..


Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet yang disebut 'Morning Thunder'. Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah. silap-silap jiran sebelah rumah pon boleh dengar. Awas ye pagi-pagi.


Betulkah lelaki kentut lebih kerap berbanding perempuan?
Tiada kaitan dengan gender. Kalau benar bereti perempuan menahan kentutnya dan apabila mahu kentut banyak sekali jumlah yang dikeluarkan. Bunyi kentut sangat ayu akan terhasil.



Adaptasi sumber: www.karangkraf.com/g3

Monday, December 21, 2009

Dulu semua masih serabai, tapi sekarang......?

Oh hye..! Nostalgia aku terkenang kembali pada 7 tahun yang lepas. Masa itu kami masih main kejar-kejar, pakaian masih serabai, pukul-memukul dan ramai yang belum mumayyiz. Bila dah jumpa balik 7 tahun seterusnya di akhir tahun 2009 perasaan seperti whooooaaaa, semua sudah matang. Segak bergaya. Reunion bersama x-classmates darjah 6 MAWAR 2002 kali ini sangat bermakna dan separuh daripada ahli kelas yang hadir. Semua masih belajar dan belum ada lagi yang berumah tangga.





Antara yang terawal datang. Selepas 7 tahun baru boleh bergambar bersama. (T__T)











Next reunion akan diadakan di majlis kawen salah seorang dari mereka. Ehem, yang pasti bukan aku yang pertama. Okey.


Banyak jemputan untuk menghadiri majlis reunion. Kawan-kawan masa belajar di MRSM dan di KeMPah ajak aku bergathering bersama tapi masa tak meizinkan. Maaf ye kengkawan.