Tuesday, April 28, 2009

Motor terbang, kereta masuk paya



Sekarang aku menjadi seorang pelajar di institut memandu. Aku memang tak pernah jangka mak ayah aku nak hantar aku masuk kelas memandu. Minggu lepas aku masuk kelas pertama aku, belajar kurikulum pendidikan nak memandu. Masa dalam kelas pada 3 jam yang terawal aku segar lagi. Cewah steady jer aku dengan kusyuknya dengar cikgu berceramah.

Jam yang seterusnya aku dah tak tahan dah. Punggung dan seluruh anggota badan gelisah goyang ke kri ke kanan. Gila-gila aku tahan mengantuk. Aku tak kenal sorang pon student dalam kelas tu. Nak ajak sembang pon tak boleh meja sendiri-sendiri. Tambah menusuk mata aku, aku duduk depan sekali betul-betul depan cikgu. Nak tak nak aku kena jugak makan gula-gula. Ah, lantak la nak kata aku kurang sopan makan masa cikgu mengajar, memang aku terpaksa. I’m sorry la cikgu.





Habis je 8 jam aku belajar, nak kena tunggu pulak kawan ayah aku habis mengajar. (aku tumpang dia sebab dia mengajar kat tempat tu). Aku pun releks la kejap tengok budak-budak melilau atas trek. Tiba-tiba aku teringat kisah member-member aku dulu yang bangga giler buat lessen. Cerita kena lambai angan masa bawak motor, motor terbang depan mata, kereta masuk paya dan maacam-macam lagi. Macam mana lah kisah aku nak buat latihan bawak motor dengan kereta nanti. Tak mahu lah ada peristiwa yang memalukan. Tsk.

Wednesday, April 22, 2009

‘bola katok’, ‘bola tang’,’pek nusuk’ dan lain-lain



Petang tadi aku lepak sorang-sorang kat beranda rumah. Aku tengok kat luar, adik-adik aku tengah main dengan anak-anak jiran sebaya dengan diorang. Tiba-tiba aku teringat zaman childhood aku sama seperti diorang. Waktu petang camni ada saja benda yang nak main. Dulu aku darjah dua dan tiga sekolah petang. Balik je rumah bukak baju lempar beg turun pergi main. Aku bukan jenis perempuan yang layan sangat main masak-masak dan anak patung. Tempat main aku kat padang depan rumah aku. Dulu sebelum wujud rumah pok loh (pak cik aku) kat tempat tu adalah kawasan lapang. Kami main ’bola katok’, cara main dia sama macam rounders dan besbol. Biasa la orang kampung punyer bahasa. Pakai kayu untuk pukul bola dan letak selipar sebagai penanda.



Permainan lain kami main: ‘bola tang’, cara main macam bola monyet. Ada dua kumpulan, satu kumpulan duduk tengah kena elak bola dari kena badan, satu kumpulan lagi lempar bola kat orang yang duk kat tengah. ‘Bola tin’,dan susun selipar tu cara dia sama la. Dah rosakkan kena susun balik. Yang ni port biasa main adalah depan rumah joe. Biasanya nak start game kena pilih geng dulu. Aku suka duk kat geng yang kuat dan ada potensi nak menang. Ayat dulu-dulu biasa dengar katang ar sek mung
kuat la geng mu



Main lompat getah: beli gelang getah dalam 50 sen lepas tu ikat bagi panjang. Its look likes skipping. Ha, yang ni kebanyakkan pompuan yang main tapi kadang-kadang laki join sekali. Ada macam-macam stail lompat janji bagi lepas getah tu. Yang tinggi berlagak la boleh lepas tahap atas kepala. Game lain berasaskan getah: blue black di ambil dari lagu pe ntah lupa lirik dia. Lagu lain yang masih ingat

rumah terbakar pnggil bomba,
bomba datang berlumba-lumba.
A- Azie
B- budak
C- comey
azie budak comey

‘pek patung’, ‘pek nusuk’(sorok-sorok), ‘pek duduk’, ‘pek buaya’ dan pek-pek yang lain. Yang ni nama cam stail jer. Cara main: nak start kena pilih siapa yang kena jadi subjek utama. Biasanya kami letak kaki dan sorang akan kira nyanyi lagu ape ntah. (short memory lupa dah sikit nostalgia zaman kecik-kecik ) lepas tu yang last sekali keluar akan jadi subjek. Alah, macam main aci ligan. Siapa yang subjek tu sentuh (biasanya yang lari lambat) akan berpindah jadi subjek. Dalam banyak-banyak pek, aku paling tak suka main pek buaya kalau aku yang jadi subjek.jenuh aku nak tunggu sampai dorang turun dalam air (imagine je macam ada air, realitinya tak de pon air). Main pek nusuk pulak tempat nyorok yang jadi feveret biasanya kat atas pokok rambutan, celah semak, bawah dan belakang rumah dan ada juga masuk dalam rumah. Mentang-mentang main kat rumah dia, terus masuk dalam rumah.



Main congkak:guli kami ganti dengan buah dari pokok getah. Lubang dia buat sendiri pakai botol Clorox yang di potong ambil buntut dia je pastu paku atas papan. Main tudung botol: guna tudung botol kicap lima bijik ( salah guna penjodoh bilangan) lambung dan jentik. Mata akan di kira berdasarkan berapa banyak kali di lambung dan tak jatuh. Permainan ni jarang di mainkan sekarang.


Zaman aku dulu tak macam zaman kanak-kanak sekarang yang lebih suka layan game dalam computer dan ps2, ps3. Cyber cafe pon penuh dengan budak-budak layan game perang. Duit mak bapak bagi habis kat game. Aku syukur aku masih ingat kenangan aku masa kecil-kecil dulu. Tenkiu buat geng yang menceriakan childhood aku. Mungkin ada lagi game yang aku tak ceritakan dalam ni, yang ada ni semua yang biasa aku main dulu. Sekarang nak main malu la. Aku bukan lagi berumur 8 tahun, sekarang dah nak masuk 19 tahun la.

Tuesday, April 21, 2009

KORANG ADA, AKU PON DAH ADA SEKARANG

HYE EVERYBODY IN DA HOUSE...
saya ingin mengumumkan kepada kalian semua..dengan bangganya (kembang kempis pungkoq) saya dah memiliki account facebook..walaupon korang akan kata.."alah, orang lain dah ramai buat..itu pon nak bangga" aku tak kisah. apa aku peduli..walau aku dalam kategori orang yang last buat benda tu, aku tetap enjoy to have it. tak de la aku ketinggalan sangat dalam dunia siber. buat korang yang obvious sangat suruh aku buat benda tu terutama roomate aku, sekarang aku dah ada..korang visit aku punyer fb..search aje shazika shahrim..

dont forget to add me as 1 of your friend

Friday, April 17, 2009

benda akan aku rindu

benda aku akan teringat selepas tinggalkan KeMPah:
  • kawan-kawan ----(roomate, frens in friendster, 1F06, blok c2, kawan lama kawan baru) dah nak keluar matrik baru aku terjumpa dengan frens dalam fs yang study kat matrik ni jugak. tak tahu la diorang perasan aku ke tak. sungguh sempit dunia ni. sebab tu penjenayah merah jambu memilih untuk berbicara di sini. 
  •  
  • lecturers---tenkiu chekgu-chekgu semua
  •  
  • shamsherbi(pengarah kolej)--aku selalu tukar en salleh ngan en shamsherbi..okey2 aku dah identifi. en salleh macam yusof haslam. oraittt
  • "azam"---dia ni dah saat nak keluar baru tahu nama dia bukan AZAM!! malu siot kalau aku tertegur panggil dia azam. kesian azam yang sebenar jadi mangsa. nama sebenar dia M.N. Haniff
  • cafe and tempat makan---aku harap cafe c2 akan lebih maju. harap mak cik akan buat pembaharuan dan sentiasa tersenyum..=) itu yang penting. mini mart pulak, jangan terlalu naikkan harga barang. pokai aku.
  •  
  • kena tunggu turn nak mandi---giler lama sorang-sorang mandi. sabar je aku ni. yang tak tahan orang dah lambat boleh pulak dia basuh baju sambil nyanyi-nyanyi.
  • memang banyak benda----


tapi yang akan terkenang selalu....
STREAMYX HOTZONE


sebab aku boleh online free. lepas ni jadi pelanggan setia cc bukit payong..bye streamyx


ni la 'azam'. aku curi tangkap pencupi mencuri masa rushing pergi lab.


Thursday, April 16, 2009

ada tak mesin transfer lemak??


aku terlalu kurus
bukan anaroxia okey
bukan bulimia
bukan ambil dadah, oh no!
aku dah makan banyak
tapi dia keluar balik
tak tahu apa cara lagi

kawan-kawan ada pernah tanya
"tak de ke mesin transfer lemak?"

aku tak nak lemak
beaku nak risi sedikit je

sekarang terlalu kurus
kalau kurus tinggi tak pe
boleh jadi model :)
tapi kurus pendek
oppss, sederhana je


teman..
help me please
tell me the way

macam mana nak tambah berat badan?