Sekarang aku menjadi seorang pelajar di institut memandu. Aku memang tak pernah jangka mak ayah aku nak hantar aku masuk kelas memandu. Minggu lepas aku masuk kelas pertama aku, belajar kurikulum pendidikan nak memandu. Masa dalam kelas pada 3 jam yang terawal aku segar lagi. Cewah steady jer aku dengan kusyuknya dengar cikgu berceramah.
Jam yang seterusnya aku dah tak tahan dah. Punggung dan seluruh anggota badan gelisah goyang ke kri ke kanan. Gila-gila aku tahan mengantuk. Aku tak kenal sorang pon student dalam kelas tu. Nak ajak sembang pon tak boleh meja sendiri-sendiri. Tambah menusuk mata aku, aku duduk depan sekali betul-betul depan cikgu. Nak tak nak aku kena jugak makan gula-gula. Ah, lantak la nak kata aku kurang sopan makan masa cikgu mengajar, memang aku terpaksa. I’m sorry la cikgu.
Habis je 8 jam aku belajar, nak kena tunggu pulak kawan ayah aku habis mengajar. (aku tumpang dia sebab dia mengajar kat tempat tu). Aku pun releks la kejap tengok budak-budak melilau atas trek. Tiba-tiba aku teringat kisah member-member aku dulu yang bangga giler buat lessen. Cerita kena lambai angan masa bawak motor, motor terbang depan mata, kereta masuk paya dan maacam-macam lagi. Macam mana lah kisah aku nak buat latihan bawak motor dengan kereta nanti. Tak mahu lah ada peristiwa yang memalukan. Tsk.
6 comments:
wah. besnye. teringin nak wat lesen, p wit salu melencong ke tempat lain. hihi..
good luck dear!
hehe selamat berjaya!
jangan risau..
kes-kes terpencil je yg masuk paya segala..
yg penting kena berani.ok!
to laki cikgu kimia:
tenkiu for da wish
to nurai:
tengkiu jgk kat ko
ko dah wat lesen blom?
to[z@ck]:
takot woooo
dah la tak ade experience bawak kete
tak pe,,
aku akan try my besh
Post a Comment