Saturday, June 28, 2014

pi utaraq


Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah mesti ramai yang kawen. Cuti haritu aku, cikwe, moknik, ju n sarah pon berkonvoilah ke utara. Ada 2 orang kawan maktab kami yang kawen. Sorang kat kedah lagi sorang kat penang. Kronolgi perjalanan kami bermula kat kelantan pastu dari jitra turun ke penang. Ikut peta Malaysia memang perjalanannya turun ke bawah.

Kami start perjalanan dari kelate pukul 5 pagi. Semasa perjalanan nak ke Grik akan melalui titiwangsa. Selalunya orang akan singgah sini bergambar dan makan-makan sebab boleh fefeeling kat Cameron. Sejuk.


Jalan kat Grik memamng menakutkan. Last aku lalu jalan tu masa tahun 2007. Dulu selalu ulang alik Kedah-Ganu selama 5 tahun lalu jalan tu. Bila lama tak lalu rasa  pening nak termuntah. 


 Masuk je kedah kami terus gi Jitra pastu cari tempat yang kawan nak akad nikah. Pasangan pengantin adalah classmates. Best kan..


 Bergambar ngan pengantin pompuan.


Alang-alang pergi kedah, kami pon merondalah ke rumah kawan-kawan maktab yang duk area situ. Mula-mula gi umah tok solehah kat jitra pastu gi umah naim kat SP. Malamnyer naim bawak kami gi Pantai Merdeka. Pekena mee udang ngan abc gunung jerai. Bapak giler besar abc tu. Makan sorang memang tak habes lah. RM6.00.. Paling terkejut ngan mee udang 16 hengget semangkuk..! 



esoknyer kami free sebab lusa baru kenduri kat penang. 

Kami pon pergilah ke pulau. Pergi sana lalu ikut jambatan pastu pergi lebuh victoria jer nak tengok street arts. Aku ingatkan lukisan-lukisan tu semua kat satu tempat. Rupa-rupanya satu gambar ngan gambar yang lain jauh. Terlukis kat bangunan bangunan yang lain. Patutlah orang sewa basikal.






otok..!



Bila nak balik kami naik feri plak sebab free. Lagipon jem teruk kalo lalu ikut jambatan sebab time orang balik kerja pada masa tu. 


Esoknyer pulak pergi kenduri kat tasek gelugor. Praktikum mate aku kawen.



konker pelamin sebelum pengantin balik dari mekap. Ni lah geng konvoi ke utara. Duk dalam kereta sembang bahasa utara semua perkataan nak buh Q kat belakang. Utara pon dah jadi utaraq..! 




Lepas kenduri terus balik ke kelate tapi sebelum tu sempat pi cari jeruk. Kalau gi penang tak beli jeruk tak lengkaplah kan. Jeruk je ole-ole yang sempat beli. Tu pon nasib baik terjumpa kedai jual jeruk otw nak balik.


Lepak kedai jeruk lama giler sambil try tester.



Otw balik singgah lagi sekali kat titiwangsa. Bergambar lagi tapi n comey sket ah berbanding masa pergi. 

Ok lah. Tu jer kisahnya. Bye.!


Friday, June 27, 2014

I'm Back..!


Assalamualaikum semua….

Minggu ni aku dah start masuk semester last. Lagi 5 bulan  akan habes belajar. Jadi, untuk sem ni student final year akan start sibuk tapi aku akan cuba cipta memori bersama kawan-kawan dan junior-junior semoga menjadi kenangan terindah. Ceceh~


Banyak aktiviti dengan dorang aku citer kat belog ni. Kalo rasa free kamu godek-godek la sendiri older posts. Selama berbaki lagi 5 bulan ni akan cubalah update belog walaupon zaman sekarang orang pakat layan instagram kan. Tapi aku lagi suka blogging sebab boleh citer dan share macam-macam kat sini.


Banyak perubahan dalam hidup berlaku sekarang. Cikwe dah tak tinggal kat hostel. Qiah ngan Milan pon dah duduk luar. Kadang-kadang kalau bosan pergi melepak bilik dorang. Semalam junior baru masuk. Beza umur aku ngan dorang 6 tahun oiii. Tapi aku tak rasa pon aku tua. :P


So, akhir kalam..semoga aku rajin meng-update belog.

Selamat mengerjakan ibadah puasa :)  

Friday, May 9, 2014

Recap cerita di sekolah


Assalamualaikum...


 Dah lama habes praktikum tapi harini baru berkesempatan nak citer. 
Alhamdulillah setel 3 bulan aku kat sekolah. Sekarang get ready untuk exam pulok.
Ushar gambar jelah eh. Aku pon lupa nak citer apa..



 Ni murid tahun  5 yang aku mengajar. Sebenarnya ada 3 kelas tahun 5 yang aku ajar.
Tapi last day aku busy nak kena di observe so tak sempat nak bergambar.
Yang ni jerlah aku sempat snap before keluar kelas.


Murid tahun 3. Aku ajar english.
Cari di mana aku?  Hahahaha.. 


 Murid-murid bola jaring..



Bergambar kenangan ngan GB. 
Mata measing-masing tatau nak pandang mana. Banyak nau kamera..



Dan last sekali bersama rakan-rakan praktikum yang lain...
Tu jerlah..Ok bye~


Thursday, May 8, 2014

Projek mini library

Assalamualaikum..

Salah satu impian aku yang dah lama terpendam adalah untuk wujudkan satu mini library kat dalam bilik. Kat rumah, mak ayah aku ada satu rak penuh buku koleksi dorang. Aku pon nak lah jugak ada rak buku sendiri. Aku kan jarang ada kat rumah, koleksi buku yang aku punyer kat rumah memang siket. Tapi kat hostel banyak ler. Haritu alang-alang aku homesick gedik-gedik nak balik kampung aku pon angkut satu bagasi buku. Dalam tu penuh buku je. Mak aku pesan dah, barang-barang yang ase tak guna sangat tu bawak balik lah siket-siket. Nanti akhir tahun tak de lah banyak sangat barang nak angkut bawak balik. Jangan sampai kena sewa lori pulok..


Oh..berbalik cerita pasal buku. Bila susun-susun buku kat rak rasa seronok. Nampak koleksi buku-buku kita. Ada lah jugak beberapa buah buku aku dah kasi kat orang sebagai hadiah. Ni kat hostel ada lagi ni tak muat nak bawak balik haritu.



Tadaaa….!! Mini library in the making…



Ini pulok koleksi buku karya Dr. Tuah. Aku suka sangat baca buku dia sebab bahasa dia santai macam dia tengah bercakap ngan kita. Kenkadang kalo aku rasa lemau tak bermotivasi aku baca lah buku-buku beliau. Ada beberapa buah aku dah kasi kat orang. Tatau lah orang lain baca rasa seronok ke tak. Bagi aku best!


Aku sedey sangat sebab buku-buku yang zaman sekolah mak aku dah buang..huaaaaaa (T__T)~ Dah pernah citer aritu kat sini.


Adik-adik aku suka jugak membaca. Tapiiiiiii baca novel jer laaa.. Novel jiwang yang tebal-tebal tu memang kusyuk giler ah dorang baca. Sampaikan aku panggil dorang boleh buat donnoe je. Pastu main tukar-tukar novel ngan sepupu-sepupu yang lain. Banyaklah jugak koleksi novel dorang. Bila aku bagi buku Mr. Midnight yang nipis tu tak habes pon  dorang baca. Novel yang tebal tu mampu pulok habeskan. Hangin betol aku..



Kalo ada sesape nak kasi hadiah buku untuk tambah koleksi mini library aku, boleh ler dialu-alukan..Hehehehehe.. Aku tak suka yang citer jiwang taw. Aku suka buku motivasi, novel English dan buku tentang keagamaan. Okeylah..tata~


Wednesday, May 7, 2014

Gerila tepung


Assalamualaikum...

Lama tak buat prank besday kawan-kawan..Senin lepas besday ika..
Malam tu kelas ada plan nak main futsal sama-sama. Tetiba tak jadi pulok..
Sebab area tempat nak main tu black out.
So, semua rancang nak gi lepak-lepak je laa..

Pastu aku, cikwe dan tinton gi membeli belah barang keperluan..
Balik dari lepak-lepak kami gi rumah Ruby pulak..
Yang pompuan-pompuan jerlah gi rumah Ruby..
Naik 3 kereta berbeza..
Kereta cikwe ada aku ngan tinton, kereta ruby dan yang lain naik kereta kak long.


Yang kereta kak long sengaja bawak lambat-lambat sebab kereta lain nak prepare tempat..
Kami ambil tepung siket sorang pastu menyorok di balik kereta.
Bila ika dah sampai turun dari kereta kami pon teruskan ngan perang gerila..


Nasib lerrr ikaa..Pakai pulok tudung hitam..
Dah la cikwe gi beli tepung nak buat kuih pau..Nasib baik bukan tepung jagung.
Main tepung sampai terkena kereta-kereta jiran..


Muka redo jer kawan curah tepung atas kepala..Hahahahaha
Habes satu bungkus tepung.


Habes sesi menepung, kami makan piza sesama..


Pastu naik rumah Ruby makan makan sambil sembang-sembang overnight ladies..
Sembang topik tak lain dan tak bukan adalah tentang kawen..
Dalam kelas kaunseling sembang pasal kawen, kat rumah pon sembang pasal kawen..
Biasalah dilema orang nak habes belajar dah final year cenggitu lerr..


oh ya..! kan sesi menepung tadi terkena kereta-kereta jiran,
Kami tak buat naya eh kat jiran..kami simbah dan cuci balik tepung yangterlekat tu dengan air.
Mesti tuan kereta pelik..apasal tetiba kereta dia nampak macam bersih je kan..hehehe


Semoga kawan-kawan dipermudahkan jodoh..oh, untuk aku juga..
Semoga ukhwah terjalin dan kalo teringat pasal kawan-kawan boleh jenguk blog aku..
Okey bye~