Saturday, June 28, 2014

pi utaraq


Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah mesti ramai yang kawen. Cuti haritu aku, cikwe, moknik, ju n sarah pon berkonvoilah ke utara. Ada 2 orang kawan maktab kami yang kawen. Sorang kat kedah lagi sorang kat penang. Kronolgi perjalanan kami bermula kat kelantan pastu dari jitra turun ke penang. Ikut peta Malaysia memang perjalanannya turun ke bawah.

Kami start perjalanan dari kelate pukul 5 pagi. Semasa perjalanan nak ke Grik akan melalui titiwangsa. Selalunya orang akan singgah sini bergambar dan makan-makan sebab boleh fefeeling kat Cameron. Sejuk.


Jalan kat Grik memamng menakutkan. Last aku lalu jalan tu masa tahun 2007. Dulu selalu ulang alik Kedah-Ganu selama 5 tahun lalu jalan tu. Bila lama tak lalu rasa  pening nak termuntah. 


 Masuk je kedah kami terus gi Jitra pastu cari tempat yang kawan nak akad nikah. Pasangan pengantin adalah classmates. Best kan..


 Bergambar ngan pengantin pompuan.


Alang-alang pergi kedah, kami pon merondalah ke rumah kawan-kawan maktab yang duk area situ. Mula-mula gi umah tok solehah kat jitra pastu gi umah naim kat SP. Malamnyer naim bawak kami gi Pantai Merdeka. Pekena mee udang ngan abc gunung jerai. Bapak giler besar abc tu. Makan sorang memang tak habes lah. RM6.00.. Paling terkejut ngan mee udang 16 hengget semangkuk..! 



esoknyer kami free sebab lusa baru kenduri kat penang. 

Kami pon pergilah ke pulau. Pergi sana lalu ikut jambatan pastu pergi lebuh victoria jer nak tengok street arts. Aku ingatkan lukisan-lukisan tu semua kat satu tempat. Rupa-rupanya satu gambar ngan gambar yang lain jauh. Terlukis kat bangunan bangunan yang lain. Patutlah orang sewa basikal.






otok..!



Bila nak balik kami naik feri plak sebab free. Lagipon jem teruk kalo lalu ikut jambatan sebab time orang balik kerja pada masa tu. 


Esoknyer pulak pergi kenduri kat tasek gelugor. Praktikum mate aku kawen.



konker pelamin sebelum pengantin balik dari mekap. Ni lah geng konvoi ke utara. Duk dalam kereta sembang bahasa utara semua perkataan nak buh Q kat belakang. Utara pon dah jadi utaraq..! 




Lepas kenduri terus balik ke kelate tapi sebelum tu sempat pi cari jeruk. Kalau gi penang tak beli jeruk tak lengkaplah kan. Jeruk je ole-ole yang sempat beli. Tu pon nasib baik terjumpa kedai jual jeruk otw nak balik.


Lepak kedai jeruk lama giler sambil try tester.



Otw balik singgah lagi sekali kat titiwangsa. Bergambar lagi tapi n comey sket ah berbanding masa pergi. 

Ok lah. Tu jer kisahnya. Bye.!


2 comments:

Fatimah Nabila said...

besnya..hehe..gila besaq abc tu..mmg nk g sna lah..

Unknown said...

ABC tu menggoda betul T.T


**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html