Wednesday, February 12, 2014

Sambutan Maulidul Rasul


Assalamualaikum...

Dah lama tak merasa kemeriahan sambutan maulidul Rasul. Sebab dah lama tinggalkan alam persekolahan. Bila dah belajar di peringkat sekarang ni mana nak ada nya sambutan berarak di tempat aku belajar ni. Bila masuk sekolah barulah berpeluang berarak bersama murid-murid. Agak meriah jugak lah dan penuh warna warni sambutan perarakan maulidul Rasul di sekolah ni.


Kita banyak buh gambar jerlah ek untuk entry ni. Kamu ushar jerlah gambar. 

Pelajar yang kelainan upaya pon turut serta berarak. Cikgu-cikgu memang kena jaga dorang betol-betol lah sepanjang perjalanan. Kiri kanan cikgu duk pimpin nak bagi jugak murid merasa perarakan. Memang tabah cikgu-cikgu ni. Aku mungkin belum setabah itu.


Murid-murid pra-sekolah pon join jugak berarak. Comel-comel belaka ngan baju kurung dan baju melayu siap bersamping. Kemain lagi dorang ni. 

Bila dah sampai kat jalan raya memang kena pantau dorang ni btol-btol lah. Yang murid perempuan okey jer dengar cakap cikgu. Yang lelaki ni haaa masalah sket. Suruh berjalan pegang tangan kawan. okey dorang ikut. Tapiiii...kejap jela pegangnya. Pastu naik atas divider la pulok.. Jenuh cikgu duk jerit..'turun..turun..!' Bila dah turun tak lama lepas tu naik balik. Haissshhh..berpeluh-peluh cikgu.

 Ni semua sepanduk yang cikgu-cikgu buat.. Kesian murid tahun 3 tak de sepanduk..Mari tumpang berarak bersama sepanduk murid tahun 2..

 Cikgu posing sket...Ni dah habes berarak dorang berehat jap sebelum gi kantin  untuk makan. Lepas berarak rasa dahaga yang amat. Pastu ternampak pulak murid minum air oren mak dia bekalkan. Air oren sejuk pulak tu. (T___T)~ sedapnyer air oren..

 Lepas berarak murid rehat jap makan-makan pastu ada ceramah dan nasyid. Seronok jugak ceramah ni murid tak bosan. Baguslah ustaz ni kawal murid. Senang keje tak perlu cikgu nak menjaga murid jangan kasi bising. 

Dalam duk dengar ceramah tu tetiba pulok ada murid menangis.. Adoyai... Dia termuntah pastu menangis ler. Pengawas tolong uruskan bawak keluar dari dewan sesak tu. Yang murid lain duk eeee eeeee...

Itulah kisah maulidur rasul kami...Nanti kalo free aku citer lagi pengalaman kat sekolah. Kenkadang aku update pasal aktiviti sekolah kat instagram. Nanti kamu ushar lah kat IG aku. shazikashahrim. Tak folo pon tak pe sebab aku tak private pon. 
okey. bye..!

Monday, February 3, 2014

Cubaan membuat jubah dress pertama


Assalamualaikum...

Kali ni nak citer tentang jubah dress pertama yang aku belajar menjahit. Ruby yang ajar semuanya. Dari memilih kain yang sesuai, mendesign, memotong, pergi klim dan menjahit semua Ruby ajar. Kami plan lama dah nak buat jubah dress. Sampailah satu hari Ruby jahit sendiri jubah dress dia dan antor gambar whatsapp kat aku. Aku suruh dia buatkan aku satu tapi dia kata nak belajar boleh, nak buat tu dia malas sket. So, aku pon belajar ler ngan dia. 


Hujung minggu aku pon pergilah menuntut ilmu belajar menjahit. Padahal ayah aku tukang jahit, tapi gi belajar menjahit ngan orang lain. (T___T)~ Tak sabar ase nak balik rumah nak tunjuk hasil jubah aku kat ayah. Mesti ayah suka sebab dia suka aku pakai jubah sampai belikan aku satu jubah dress kaler pink kat aku untuk tak bagi aku pakai skinny jeans dah. 

Oh! berbalik pada cerita asal. Ruby ajarlah aku cara nak buat design jubah tu. Tersengguk-sengguk aku melukis siap ngan basi semua tu pastu potong kain ngan hati-hati tak mau bagi herot. Ruby kata kalo senget nanti susah nak cantum. 

Pastu dah siap potong kena pergi kelim tepi pulok. Dah jumpa kedai murah dan dekat untuk kelim. Pernah aku teman Ruby pergi kelim kat sebuah kedai  kat jalan Masjid India mahal gilerrrr bila ku tahu boleh dapat harga lagi murah untuk kelim sebenarnya. 


Untu cantumkan kain-kain tu kena jahit pakai mesin. Walaupon dalam bilik aku ada mesin jahit tapi aku tak pernah menjahit pakai mesin tu. Seingat aku pertama kali dah last aku menjahit masa kat sekolah untuk subjek KH. Tu pon jahit pakai mesin atas kain perca dan tampal dalam buku latihan. Jadi Ruby lah yang tolong jahitkan jubah tu. 

Dan..Tadaaaa...!! Inilah hasilnya jubah dress itu. Labuh sket kena pakai heels. Memandangkan kaki aku yang cedera aritu belom pulih lagi so tak dapat nak pakai kasut tinggi lagi. Meleretlah kain tu. Maybe next time kena potong pendek sket kot. 

Nilah gambar whatsapp yang Ruby send kat aku. Semangat siapkan baju ni sebelom ke kelas. Siap buh lace bagai. Kemain lagi kannnn..Dia memang suka menjahit sampaikan orang tengah pulun study time exam, aku call dia tanya "Ruby, buat apa tu..study ke?" Boleh pulok dia jawab "Saya tengah menjahit ni'. Beberapa hari lepas tu dia tunjuk lah shawl yang dia jahit kat aku. 

Yang ni aku pakai semalam pergi publika. Nampak tak kain meleret sebab labuh sangat. Ruby suruh aku potong tapi aku tak mau sebab nanti kaki dah okey boleh ler pakai heels. Aku pilih kaler pepel untuk elak asyik pakai pink tetiba rupanya yang aku pilih tu seakan pink jugak. Bilalah agaknya nak get rid of pink ni.

Kalo nak buat dress yang terletak elok dan flowy kenalah pakai kain yang mahal sket. No wonderlah jubah dress yang cecantik yang orang jual kat instagram mahal-mahal dan cantik sebab dia pakai kain kualiti elok. Ni dah taw cara nak buat nanti habes praktikum lah pulok aku ase nak buat lagi. Sekarang busy ngan sekolah memang tak terbuatlah. Okey bye! 

Thursday, January 30, 2014

Ustazah?


Assalamualaikum...

Minggu ni saya dah start ke sekolah di SKTC. Alhamdulillah sekolah ni okey dan belum masuk kelas mengajar lagi. Minggu depan baru start ambil alih kelas daripada cikgu-cikgu. Kali ni kena mengajar subjek kajian tempatan, sivik dan english. Nervous jugak ni nak kena ngajor english. Cakap omputih pon tergagap gagap lagi acaner nak ngajor ni. Alhamdulillah dapat darjah 3 kelas yang ke dua. Masuk kelas tu pon seminggu sekali jer. 

Hari pertama kat sekolah ni, kena relief (ganti cikgu tak hadir) untuk subjek bahasa arab. Masuk masuk kelas murid panggil ustazah. Nak mengajar arab bukan aku tahu sangat. So aku pon suruh dorang keluarkan buku latihan. Bila cek buku sorang-sorang ada jer yang tak buat langsung lagi latihan yang ustaz dorang bagi sebelum sebelum ni. bertuah punyer budak. Aku arahkan siapkan semua latihan sampai muka surat yang kawan yang dah siap. 

Tetiba ada murid tanya ' ustazah, ni nak buat macam mana?

krik krik krikkk... pemadam papan tulis dalam bahasa arab apa woi? aku mana nak ingat dah. Belajar arab masa tingkatan 1 dan 2 je ngan ustaz faiz. Ana haza hazihi muassalamah wailallikoq tu je aku taw siket. Dah la buku latihan dorang tu fully in bahasa arab. 

Aku ushar sekeliling mencari jawapan dan ternampak ada murid rujuk buku teks untuk jawab soalan dalam buku latihan. Aku pon gitau "awak buka buku teks muka surat bla bla bla.. Rujuk buku teks tu". Fuhh..terselamat..



Ustazah (T____T)~ tsk tsk tsk...

Semasa kat sekolah sebelum ni pon minggu pertama jugak kena jaga exam pendidikan islam. Murid panggil ustazah. tanya arahan soalan yang ditulis dalam bahasa jawi. Alhamdulillah ustaz ustazah masa kecik-kecik dulu ajar untuk baca dan tulis dalam jawi. Kalo cikgu tak tahu nak baca jawi acaner nak tolong murid translate soalan yang diberi. 

Bila duk sorang-sorang aku pikir. Penting sangat untuk cikgu tahu bab agama dan sekurang-kurangnya ada asas dalam subjek subjek lain selain daripada subjek yang dia ajar. Sebab kenkadang bila cikgu tiada di sekolah, cikgu lain akan ambil alih ganti kelas tak kisah subjek apa. Kepada bakal-bakal cikgu sekalian, timba ilmu lagi untuk belajar jangan nak pulun untuk subjek yang khusus tu jer. Wokey. :) 


pi es: aku akan berada di sekolah ni selama 3 bulan. Nanti kehidupan akan jadi sangat hectic dan huru hara. Maaf kalo ada yang contact tak dapat. (^__^)~

Wednesday, January 22, 2014

Lawatan tiba-tiba ke Menara Kuala Lumpur


Assalamualaikum...

Semalam lepas kelas ada perhimpunan bulanan dan majlis penyampaian anugerah pengarah bagi yang mendapat pointer 3.75 dan ke atas. Separuh daripada budak kelas aku akan naik pentas so yang separuh lagi melilau ke tempat lain lepas kelas. Aku, mummy, kaklong dan moknik pon plan lah untuk lunch kat Kampung Baru. Lepas makan tatau nak gi mana tetiba ternampak sign board KL Tower. Mami tanya nak gi ke tak? Tanpa banyak soal dah mami terus melencong ke arah KL Tower. Kali terakhir aku gi situ masa lawatan lepas UPSR. Bila dah tahun akhir kat sini baru berpeluang nak gi situ. Nasib baik mami bawak kami gi jenjalan kalo tak sampai ke habes tak pergi-pergi. 

Sampai sana kami disambut ngan tarian tradisional. Padahal bukan nak sambut kami pon. Maybe ada rombongan kot atau event pape sebab nampak polis jaga kawasan tu. 


Kat dalam hall ni ada tayangan video macam mana KL tower dibina. Masuk free jer dan tak de orang pon kat dalam ni. Kami pon menontonlah sampai habes. Bagos jugak dapat tengok tayangan free camtu instead of kena bayar kan. 



Kalo nak naik ke atas menara ni, kena bayar tau. Disebabkan kami tak mampu lagi nak membayarnya so kami melilau jer kat sekitar kawasan bahagian bawah. Kalo bahagian atas ada restoran berputar dan menara peninjau.  



Kat bahagian bawah ada satu kawasan diorang bina rumah-rumah tradisional mengikut negeri. ushar-ushar rumah setiap negeri tetiba tengok rumah terengganu tak de tangga. Dah cemana pulok nak naik. Lupa bina tangga ke?? Adoyai...



Inilah mami vogue yang membawa anak-anak gi lawatan lepas kelas. Memang kami panggil dia mummy pon dalam kelas. Selain mami sekarang dah ada umi ngan walid lah pulok... hermm...macam-macam lah classmates aku ni..


 oh ya..! kat tepi menara ni ada sebatang pokok jelutong yang sangat besar dan tinggi berusia 100 tahun. Kalo tak datang sini tak de nyer aku nak tahu ada pokok jelutong ni. Masa pembinaan menara ni, dorang tak tebang pokok ni dan untuk dijaga dan disimpan untuk tatapan generasi akan datang. 



Selesai sudah lawatan kami pada hari itu. Sebelum bawak anak-anak murid mai lawatan, cikgu-cikgu nya kenalah datang buat lawatan dulu kannn... Karang senang ler nak citer ke murid-murid. Terima kasih banyok ler kepada mami sebab sudi bawak anak-anak datang lawatan. Ok bai~


Monday, January 20, 2014

Waktu tidur yang harus dijauhi


Assalamualaikum...
Salam sejahtera ke atas kamu wahai semua readers..


Sedang aku asyik ushar timeline dekat home facebook tetiba aku ternampak satu post ni kat facebook seorang kawan. Meh aku share...


5 waktu tidur yang harus dijauhi:

 Tidur selepas makan
 Tidur sepanjang hari
 Tidur selepas solat subuh dan awal pagi
 Tidur pada waktu Asar
 Tidur sebelum solat Isyak

Haa.... mesti kamu pon pernah tertidur paling kurang pon salah satu daripada waktu yang aku tunjuk di atas. To be honest, aku pernah tertidur dalam kelima-lima waktu tu. Pasal tidur pada waktu asar, aku  dah pernah cerita kat blog sebelum ni.


Tidur petang boleh menyebabkan gila 


Kebiasaannya ramai yang tertidur selepas solat subuh kan. Alhamdulillah bangun jugak untuk Subuh daripada yang tak terbangun langsung. Tapi lagi elok alang-alang lepas solat tu tak payah sambung tidur balik. Sekarang aku sedang berjuang untuk tidak tidur pada waktu-waktu tersebut walaupon kenkadang tertewas jugak dan lepas tu aku akan rasa menyesal. Untuk tak bagi tertewas kenkadang aku akan sibukkan diri kemas bilik, basuh baju ke, baca buku atau online. 


Jomlah kita sama-sama berjuang untuk jauhi daripada tertidur pada masa tu. Kalau dalam satu hari tu kamu berjaya tak tidur, ucap SYABAS BETEH pada diri sendiri. Kalau tertewas jugak tu its okey. Cuba lagi pada esok hari. No problem sementara masih bernyawa kita mesti cuba. Hoyeah!