Monday, February 3, 2014

Cubaan membuat jubah dress pertama


Assalamualaikum...

Kali ni nak citer tentang jubah dress pertama yang aku belajar menjahit. Ruby yang ajar semuanya. Dari memilih kain yang sesuai, mendesign, memotong, pergi klim dan menjahit semua Ruby ajar. Kami plan lama dah nak buat jubah dress. Sampailah satu hari Ruby jahit sendiri jubah dress dia dan antor gambar whatsapp kat aku. Aku suruh dia buatkan aku satu tapi dia kata nak belajar boleh, nak buat tu dia malas sket. So, aku pon belajar ler ngan dia. 


Hujung minggu aku pon pergilah menuntut ilmu belajar menjahit. Padahal ayah aku tukang jahit, tapi gi belajar menjahit ngan orang lain. (T___T)~ Tak sabar ase nak balik rumah nak tunjuk hasil jubah aku kat ayah. Mesti ayah suka sebab dia suka aku pakai jubah sampai belikan aku satu jubah dress kaler pink kat aku untuk tak bagi aku pakai skinny jeans dah. 

Oh! berbalik pada cerita asal. Ruby ajarlah aku cara nak buat design jubah tu. Tersengguk-sengguk aku melukis siap ngan basi semua tu pastu potong kain ngan hati-hati tak mau bagi herot. Ruby kata kalo senget nanti susah nak cantum. 

Pastu dah siap potong kena pergi kelim tepi pulok. Dah jumpa kedai murah dan dekat untuk kelim. Pernah aku teman Ruby pergi kelim kat sebuah kedai  kat jalan Masjid India mahal gilerrrr bila ku tahu boleh dapat harga lagi murah untuk kelim sebenarnya. 


Untu cantumkan kain-kain tu kena jahit pakai mesin. Walaupon dalam bilik aku ada mesin jahit tapi aku tak pernah menjahit pakai mesin tu. Seingat aku pertama kali dah last aku menjahit masa kat sekolah untuk subjek KH. Tu pon jahit pakai mesin atas kain perca dan tampal dalam buku latihan. Jadi Ruby lah yang tolong jahitkan jubah tu. 

Dan..Tadaaaa...!! Inilah hasilnya jubah dress itu. Labuh sket kena pakai heels. Memandangkan kaki aku yang cedera aritu belom pulih lagi so tak dapat nak pakai kasut tinggi lagi. Meleretlah kain tu. Maybe next time kena potong pendek sket kot. 

Nilah gambar whatsapp yang Ruby send kat aku. Semangat siapkan baju ni sebelom ke kelas. Siap buh lace bagai. Kemain lagi kannnn..Dia memang suka menjahit sampaikan orang tengah pulun study time exam, aku call dia tanya "Ruby, buat apa tu..study ke?" Boleh pulok dia jawab "Saya tengah menjahit ni'. Beberapa hari lepas tu dia tunjuk lah shawl yang dia jahit kat aku. 

Yang ni aku pakai semalam pergi publika. Nampak tak kain meleret sebab labuh sangat. Ruby suruh aku potong tapi aku tak mau sebab nanti kaki dah okey boleh ler pakai heels. Aku pilih kaler pepel untuk elak asyik pakai pink tetiba rupanya yang aku pilih tu seakan pink jugak. Bilalah agaknya nak get rid of pink ni.

Kalo nak buat dress yang terletak elok dan flowy kenalah pakai kain yang mahal sket. No wonderlah jubah dress yang cecantik yang orang jual kat instagram mahal-mahal dan cantik sebab dia pakai kain kualiti elok. Ni dah taw cara nak buat nanti habes praktikum lah pulok aku ase nak buat lagi. Sekarang busy ngan sekolah memang tak terbuatlah. Okey bye! 

23 comments:

dilaella Ella said...

cantik, pandai jahit jubah sendiri. boleh buka bisnes dah ni :). guna kain jenis apa eh untuk buat jubah ni? :)

NinaAz said...

boleh ambik order dah ni. cun2

shazika said...

dilaella ella:
tak tau lah kte kain jenis apa. yg jenis boleh buat baju melayu tu.

sis ninaaz:
blom mahir lg sis nk amek oder. hehehe

Anonymous said...

Cantik... nk tutorial.... plezzz :)

Unknown said...

Nak tutorial...

shazika said...

maaf semua..saya tak mampu lagu buat tutorial jubah ni. masih dalam proses belajar lagi..nanti dah terer sket insha allah saya ajarkan :)

.: m!ss-!kan :. said...

Lawanya....nak buat jubah mcm ni jugak...senang x?

.: m!ss-!kan :. said...

Bestnye...lawaw..nak buat jubah mcm ni jugak

.: m!ss-!kan :. said...

Lawanya....nak buat jubah mcm ni jugak...senang x?

Nisa Yachiru said...

salam. nak tanya yg jubah biru tu guna kain jenis apa ye. bagus la mcm x melekat kat bdn n nmpk tebal.. =)

Anonymous said...

Kalo nak wat jubah brape meter kain kna pkai??

KHai said...

Jika Anda Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Jubah Moden, Baju Kurung Dan Baju Melayu Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Dengan Panduan Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK Dan PRAKTIKAL...

SiLa KLik Sini

naima said...

Katner yer g jhit tepi murah tu

Song Jhi Lin said...

Bape meter ye untuk buat jubah ni?

aisah hanafi said...

Hebat jeles dgn org yg pandai jht. Eca pegang gunting pon salah.

fat!n said...

Salam. Duk godek2 pasal jubah jumpa blog ni. Boleh share macamana pilih kain n tutorial nak jahit jubah? Brapa total cost ya? If u dont mind sharing. Thank u :)

shazika said...

Kain tu kwn sy yg ajar sy buat jubaj tu yg pilihkn. Pakai kain mahal jugak sbb tu nmpk jatuh elok je x melekat ke apa. Satu meter kain 18rgt. Buat jubah pakai 3m kain.

shazika said...

Kat atas pasar besar cheras

shazika said...

Sy guna 3m. Ikut kesesuaian saiz badan

shazika said...

Ikut ksesuaian saiz bdn si pemakai..sy guna 3m

Anonymous said...

Salam. sy ada bg msj kat fb akak.. :)

shazika said...

Kamu nama apa? Akk cek xda mail masuk

Razali Siti said...

ahlhamdullillah .... cantik ... pandai lh tu ..... bagus adik nie, byk bgi inspirasi kpd pemudi2 d luar sna tu ....tahniah

klau adik takut2 nk mula mjahit .... akak cdangkan ... jgn takut, dgn mesin 14n655 nie .... dgn mudah jer adik bleh mjahit byk lgi pkaian2 lain .... x caya, tgk kat sini

http://amiranisa.com/blog/
http://amiranisa.com/
amiranisa017@yahoo.com