Saturday, April 6, 2013

Celoteh anak murid


Hari pertama aku masuk kelas relief darjah 2. Sementara nak tunggu waktu tamat, aku bersembang ngan murid-murid. ada sorang pelajar datang tanya aku. Nama dia Haiqal.

Haiqal: Cikgu...anak cikgu ada tak yoyo yang boleh tarik-tarik macam ni macam ni (sambil buat aksi)..

Aku: Cikgu tak dak anak lagi. Kawen pon blom. (T____T)~

Haiqal: oooooo..patut lah saya tengok perut cikgu tak besar pon...Cikgu tak de anak lagi rupanyer..

Blurrr jap aku rasa. Kalo ada anak perut cikgu akan besar ke Haiqal??? Macam-macam lah budak-budak ni. Ni baru satu kelas aku masuk. Dalam masa sebulan nanti macam-macam cerita lagi boleh di share.


Friday, April 5, 2013

Kasut cikgu-cikgu


Setiap hari pergi sekolah aku kena pakai kasut hitam bertutup dan bertumit. Rimas sebenarnya pakai macam tu tapi kenalah jugak behave dah nama pon praktikum semua nak kena praktikkan.


Kasut ni aku pakai tyme gi sekolah jer. Sejak dari PBS yang pertama sampai sekarang still boleh pakai. Dulu aku PBS  kat 4 buah sekolah yang dekat-dekat ngan rumah jer. Pastu simpan je kat rumah tak bawak balik maktab. Sebab pergi kelas aku tak suka pakai kasut bertutup dan bertumit. Sket-sket rasa nak bukak kasut. So gi kelas aku pakai sandal jer.



Selalu pakai yang kaler ijau, pink, dan hitam. Yang flatshoes kaler merah dan kelabu tu kadang-kadang jer pakai kalau ada event yang memerlukan aku pakai kasut bertutup. (gambar dari entry ni) 

jadi kena bertabah lah aku mengahrungi sebulan praktikal pakai kasut ala-ala cikgu ni. Aku tahu time praktikum ni jer kena skema pakai kasut macam tu sebab nanti bila dah jadi cikgu barulah boleh melaram pakai kasut yang sama kaler ngan handbag. Aku ada adore ngan sorang cikgu kat sekolah aku ni kecik jer orangnya ala-ala badan aku lah. bekas student maktab aku jugak. semoga nanti dapat bergaya macam cikgu tu..hehehehe...



Wear it right girls




Wednesday, April 3, 2013

Balik lewat


Alhamdulillah planning untuk minggu ni untuk dibuat kat sekolah dah setle. Dah gi jumpa guru besar, dapatkan jadual kelas, jumpa lecturer, jumpa cikgu pembimbing dan dapatkan maklumat sekolah. Kami (aku dan ruby) dapat semua kelas tahun 4 untuk subjek kajian tempatan dan sivik kewarganegaraan. Senang kami nak buat rancangan pengajaran nanti.

Selain fokus pada perkara-perkara yang aku kena tahu untuk mengajor nanti aku pon kena libatkan diri ngan aktiviti sekolah.

Sekolah ni murid-murid balik pukul 1.30 petang.
Cikgunyer kena balik pukul 2 petang.
Bagus ler, tak dek lah cikgu sama-sama berlumba berlari nak keluar dari pintu pagar sekolah kan.

semalam ngan hari ni kami balik lewat. Semalam ada meeting cikgu-cikgu, harini ada ko-K. Yang kelakornyer hari ni untuk aktiviti ko-K murid yang datang 2 orang jerrrrrrr..cikgunyer 4 orang. Adoyai kelab bumi hijau. Yang lain tak hadir. So, cikgu suruh dorang gabung ngan kelab lain main games. Walaupon cikgu tak perlu mengajar sebab murid dah join aktiviti lain, tapi kami kena lah tunggu pukul 3.45 petang baru boleh balik.



semasa dalam meeting. Kenapa kalo meeting jer cikgu lelaki suka duk belakang walaupon xdak kerusi dah kat belakang. Nak jugak berimpit. Kat depan banyak lagi kosong..

Kenapa yek???


Oleh sebab kali ni aku ke sekolah area KL.
Laluan nak ke sekolah memang antara area yang akan jem so kami bertolak dari hostel ke sekolah pada pukul 6.30 pagi (!). Suasana macam malam lagi. Sampai sekolah pukul 6.50 pagi.

Awal gilerrr kan....!! No choice sebab kat KL ni kalo ko lewat sket jer kompem sesak.
Pastu kami balik dari sekolah, sampai kat hostel pukul 5 petang.

Aku stop sini dulu. sebab esok aku kena masuk kelas mengajar. Nak pikir RPH dan BBM pulok ni.




Monday, April 1, 2013

Permulaan hari pertama di sekolah

1 april..
Hari ni start hari pertama aku praktikum kat sekolah. Semalam punyer cuak takut menghadapi harini. Walaupon ni bukanlah kali pertama aku gi sekolah. Kalau dulu-dulu pergi observe cikgu mengajar jer tapi kali ni aku yang nak kena mengajar. Sebulan pulok tu. So cuak dia tu lain macam sket. Sebelum tido aku contact kawan-kawan dan senior mintak tips hari pertama. Hehehehe...


Pagi tadi aku bangun awal sangat sangat. Sebab sekolah dalam KL dan memang laluan jem lepas subuh memang ada masa tak sampai setengah jam pon untuk bersiap. Semasa mandi sempat lagi aku pikir betol ke ni tindakan aku mandi awal-awal pagi pukul 5.30 pagi ni. Hurmmm.. 6.30 pagi memang kena gerak dah gi sekolah. Beza giler masa aku pergi sekolah-sekolah kat terengganu. Pukul 7.15 baru gerak dari rumah.

Macam biasa hari pertama sekolah mesti ada perhimpunan. Masa kat maktab untuk tahun ni tak berpeluang lagi join assembly sebab setiap kali ada assembly tu la kami ada kelas PJ. Dalam peraturan nak masuk dewan untuk assembly tak boleh pakai t-shirt walaupon memang dalam jadual setiap hari selasa ko ada kelas PJ. Melepaklah kami melilau kemana-mana semasa assembly.

 Suasana masa assembly tadi. Yang baju biru tu pengawas. Yang kuning tu budak pra-sekolah.

Tadi untuk tahun 2013 baru join assembly. Kebetulan pulok tadi ada pelancaran hari pencegahan dadah. Memang panjang laaaaaa waktu perhimpunan. Aku mengantuk giler sampai nak meleleh ayaq mata oooooooo. Semalam syok-syok tido ada orang kol pulok. Menyembang jap. Pastu terjaga apabila ruby kol suh bangun pergi mandi nak gi sekolah.

Harini bosan sket sebab kami tak de guru pembimbing lagi. Jadual waktu pon tak dapat lagi. Maybe esok dapatlah kot. Kat sekolah tu ramai giler cikgu praktikum. Yang tadi baru daftar untuk praktikum sebulan dah ada 6 orang. Yang sedia ada tatau lah berapa orang.

tak banyak gambar aku ambil arini sebab cuaca harini sangat panas membahang, muka ase belemuih gila tambah pulok mengantuk bosan tatau nak wat apa. Sampai sekarang aku pening pala tapi tak boleh tido sampai sekarang. Okeylah. Tu jer untuk arini. Aku nak gi makan pastu nak iron baju get ready for tomorrow..assalamualaikum...