Sunday, March 10, 2013

Sumpah aku pernah kurus: pertandingan senamrobik


Minggu lepas setiap malam aku pergi latihan erobik. Habis sengal sengal badan aku. Yang paling amazing sekali sebelum ni aku susah giler nak buat sit up. Tetiba dalam senarai pergerakan yang kena buat masa erobik kena buat sit up (!). Matik lah aku kena usaha jugak buat sit up. :DHahahaha...

So, hari sabtu pagi tu mulalah pertandingan. Ada 5 team yang bertanding. Tak ramai pon yang datang tengok. Biasalah buat aktiviti hujung minggu, sabtu pulak tu bukan senang orang nak datang. Walaupon pagi tu aku ada kick-off (event herbalife) kat Bangi tapi aku pergi jugak dulu bertanding. Malas nak citer panjang, meh ushar gambar aku cilok dari galeri maktab aku.

 Team pertama buat persembahan, Fergelicious.. Best lagu yang group ni pilih. Oh! ada Tasha Manshahar dalam group ni. 

Zoom sket gambar Tasha. lama tak jumpa Tasha sejak dah tak duk kat hostel. 

 Team kedua nama KAYU. Aku tatau lah pasai pe buh nama kayu. hehehehe... tak sempat nak tengok habes persembahan dorang sebab lepas ni group aku punyer turn.

 nama group aku, Sumpah aku pernah kurus.. Sape lah yang petik nama ni. 

 Ni group Diam Je. Ahli group ni memang otai dalam erobik. macam biasa lagu popular dorang chamak chalo o o o.. Adib pon join erobik..

Dan group ke lima, group Sharpie. Geng PJ junior. Gilak ah buat push up. Yang ni memang aku fail terus. Nasib baik part aku kena buat sit up jer. Fuh!

Ni antara penonton dan peserta yang hadir. Memang happening.

Haki-hakim pertandingan memang otai dalam erobik. Kalo ada senamrobik kat maktab, dorang ni lah yang selalu lead. 

Nilah muka-muka pemenang. Tempat ke-3 team Kayu, naib johan team Diam Je dan johan team Sumpah aku pernah kurus! 

Pastu group aku kena buat persembahan sekali lagi. Nak menangis aku rasa sebab kena buat sit up lagi sekali (!). hahahaha.. Kejang otot-otot aku. 

Time kami buat persembahan sekali lagi, yang kat bawah ikut sama ber-erobik..hiyihaaa..! 

Habes persembahan aku rushing balik, tukar baju jap sebab nak kena gi Bangi plak. sempat jugak aku buat 2 aktiviti hari tu: erobik dan kick-off..

Dalam gambar tak de aku. Masa ni aku dah balik. Tahniah PJ Piagos dan semua peserta(!)

Terima kasih semua ahli Sumpah Aku Pernah Kurus!

Saturday, March 9, 2013

Beli bahan bantu mengajar

ehem...
 alhamdulillah masih diberi kesempatan masa untuk aku update blog. 

Kali ni aku nak citer pasal bahan bantu mengajar yang aku beli aritu. Ada pameran apa ntah kat depan libry pastu pakcik penjual tu datang kelas promote bahan bantu mengajar. 

Ni semua satu set RM60.  Ada white board yang boleh gulung tu, clipper, kad manila dan kertas A4 bewarna yang dah diliminate so lepas pakai boleh sapu dan guna balik. Jimat la kertas tak payah setiap kali masuk kelas mengajar kena beli kad manila baru. Aku tatau lah kalau kat luar mahal ke idok. Bagi aku okeylah ni semua RM60. Alang-alang ada duit masa tu hasil retail produk herbalife dapatlah aku beli barang-barang ni.


 Ni contoh penggunaan kad manila leminate. Buat score board untuk karnival permainan kanak-kanak. Lepas tu boleh padam dan guna lagi.


tadaaaa!! semua barang tadi diletak dalam beg khas. Aku tempah kaler PINK tapi tatau sape yang tulis kaler lain tapi amek kaler lain so yang tinggal kaler biru ni h ngan kaler ijau. Ijau tak cantik so aku amek ler biru ni. Okey la kan.

Tu lah bahan bantu mengajar yang aku beli sebagai persediaan nak praktikum ke sekolah bulan 4 ni. Tak lama dah tu. RPH aku tak setle lagi. Kena buat jugak sket-sket nanti gi sekolah tak kalut nak wat RPH. So, kalo sape-sape yang nak bertanya mana nak dapat barang-barang tadi aku nak mintak maaf sebab aku tatau kat mana nak cari pakcik tu. Dia datang kelas kami, lupa nak tanya nak cari dia macam mana.

ada lagi bahan bantu mengajar yang lain-lain yang dah aku beli. Tapi malas nak pungah barang-barang dalam kotak. Oh! teringat lecturer aku cakap, masa kat maktab dan mula-mula posting ke sekolah nanti punyer bersemangat buat dan bawak bbm masuk kelas. Dah lama mengajar dan dah otai nanti masuk kelas bawak kapur/marker pen jer.. (T___T)~ sigh!

Wednesday, March 6, 2013

Berapa tahun baru habis baca?



Hujung minggu aritu aku, wafa (roomate aku) dan arif (kawan wafa) pergi Big Bad Wolf kat The Mines. Bila dapat tahu harga buku murah lima hengget jer aku terus ekasited nak pergi. Pastu dapat tahu pulak boleh beli pakai baucar buku. Lagi lah aku seronok. Lagi pon baucar buku aku ada rm200 lagi masa tu. 

Kami pergi sana pagi, so nak masuk tak perlu lagi beratur. Tapi kat dalam orang dah ramai. Aku perasan yang kali ni punyer tempat dia kecik sket berbanding yang aku pergi masa kat UPM masa tahun 2011. Masa tu aku beli 4 buah buku jer ngan harga RM8 setiap satu. Dah lah masa ni tak de baucar buku. Tapi yang 4 buah tu pon tak habes baca lagi sampai sekarang!

 Rambang mata aku nak plih banyak sangat buku nyer.. Aku cuma pilih yang ada tulis best author atau ada lah kat buku tu komen buku tu best atau yang bahasa simple-simple dan mudah faham.

Ni hasil borongan aku. 10 buah semua nya setiap satu RM5. Jadi pakai baucar buku ngan ngam soi RM50. Tak payah keluarkan duit sendiri. Duit kerajaan bagi gunalah sebaik baiknya dengan membeli buku.. ceceh...


Dah agak berejam aku duk dalam tu, dah siap pilih buku, nak kena beratur pulak dah untuk bayar. Panjang giler barisan. Wafa ngan Arif cancel beli buku, letak balik sebab panjang benor beratur. Aku pun dengan gigihnya beratur sampai lah giliran aku.


Dah habes bayar, tetibe perasan abang counter bawak botol air hijau Herbalife. Patutlah nampak bertenaga jer. Sape tak minum herbalife lagi?? Baik ko dapatkannya sekarang dari aku. 


pi es: setakat hari ni tak sempat lagi nak baca walau satu buku pon yang aku beli masa Big Bad Wolf. Hehehe~ sangat sangat busy ngan kelas, asignment..stress achik ni ha.



Hectic week


Salam semua..apa khabar ? 
Kepada yang baru pertama kali singgah di blog ini saya mengucapkan terima kasih dan selamat datang. Hye, nama saya Azie. 

Sejak mendapat tugasan asignment aku jarang update blog. Memang aku online tapi tak sempat pon nak layan facebook, blog atau twitter. Ni pon aku ambil jap masa sambil taip laju laju pape jer yang terlintas di otak untuk update blog sebagai catatan diari kehidupanku. Hahahaha.. Sekarang kan aku berjinak jinak membaca buku diary of a wimpy kid, terfeeling pulok macam tengah tulis diary. jadi ko baca jerlah entry bosan diary kehidupan aku ni ha.

Start hujung minggu lepas jadual kehidupan aku dah tersusun dah dengan pelbagai aktiviti. Meh kita recap siket apa yang dah berlaku hujung minggu aritu. 

Sabtu: aku ngan roomate pergi Big Bad WOlf. Beli novel-novel english bapak punyer murah. Pastu siap boleh beli pakai baucar buku. Laaaggiiiii lah aku seronok. Aku beli 10 buah buku dengan baucar RM50. Nnati ada masa aku citer lebih lanjut.

Ahad: Pergi training dan event Herbalife. Kenapa aku selalu pergi event Herbalife sampai kawan-kawan dan family cakap sket sket Herbalife. Hahahaha.. Aku kan distributor dan personal wellness coach jadi kena lah ada ilmu macam mana nak coach orang menjadi lebih sihat pastu nak tengok ramai sangat orag yang turun berat berkilo-kilo, masalah kesihatan dah improve dan yang paling aku suka bila da makcik-makcik yang share dorang punyer kesihatan dah improve. (T_____T)~ terus akan teringat parents aku dan family sendiri dan family kawan-kawan. Sejak akhir-akhir ni ramai ibu atau bapa rakan di makab yang meninggal sebab penyakit atau sudden death. Plzzzzzzz yer semua take care of ur parents health.

Isnin: Setlekan asignemnt buat bahan bantu mengajar. Yang ni kerja berkumpulan dan perlu berkumpul buat kerja sama-sama. Pastu hari senin ni jugaklah EOM..!! Memang kelam kabut sangat kehidupan hari senin ni.

Selasa sampai Khamis kelas macam biasa and maybe akan buat latihan aerobik sebab aku join pertandingan aerobik. Pastu setlekan asignment mana yang termampu.

Jumaat: Akan diadakan karnival permainan kecil atau kanak-kanak. Yang ni dah setle nanti aku citer kat blog. 

Sabtu: Pertandingan aerobik. 

Ahad: Gathering ngan kawan-kawan dari MRSM PDRM Kulim yang lamaaaaa gilerrrr tak jumpa. Harap-harap tak de jadual bertindih atau tetiba muncul keje lain.

Memang sepanjang bulan mac ni akan sibuk sangat-sangat. Banyak benda nak kena setle sebelum aku ke sekolah pada bulan april ni. Aku harap aku punya masa untuk menjenguk ke blog dan update catatan yang berguna dan bermanfaat untuk kamu semua. 
Ok lah aku nak sambung buat asignment. Bye! xoxo~
 
 
pi es: akahirnya JPP maktab aku dah ada organisasi baru. Dan dengan ini saya meletakkan jawatan sebagai pengerusi biro penerbitan. Ni blog yang aku manage dulu. 
 

Sunday, March 3, 2013

Diary of a wimpy kid


Sekarang kawan-kawan dah ramai yang menggunakan baucar buku mereka dengan membeli buku kegemaran, buku pelajaran, motivasi dan alat tulis. Bagus jugak dapat baucar buku, kalau dulu liat nak keluar duit beli buku tapi dengan baucar buku ada jer buku yang dorang nak beli.


Beberapa hari yang lepas semasa lepak makan makan selepas kelas PJ, tetibe Nabill (classmate aku) kasi aku satu buku suruh aku baca.

Diary of a wimpy kid.


Aku ingatkan diary of wimpy kid ni movie jer ada, rupa-rupanya movie tu adaptasi dari buku-buku diary of a wimpy kid. Aku sedang baca lagi buku ni, tak sampai setengah pon lagi. Dia punyer bahasa best, senang nak faham. Pastu aku teringat Wafa pernah suruh aku tengok citer diary of a wimpy kid. Terus aku suruh wafa cari balik movie tu. Tengok lah aku movie tu sampai pukul 2 pagi. Kecian giler kat Greg, asyik kena buli jer ngan abang dia. Tapi tak pa la, abang dia ensem ooooohhh.. Hehehe...


Aku rasa kalau nak beli sendiri buku ni tak mampu lah aku, kena pikir 2 3 kali jugak sebab harga dia 30 hengget. Nabill kata dia ada beberapa buah lagi, nanti aku dah habes baca yang ni dia kasi pinjam yang lain. Kalau sesiapa yang nak try bahan bacaan english yang ringan-ringan, ayat simple dan mudah faham, try baca buku ni. Dia ada banyak siri. Tapi aku baru baca yang cover kaler biru ni.