Sunday, July 10, 2011

Lepas sorang demi sorang adik-adik meninggalkan kampung halaman


Tahun ni aku ada tiga orang adik (termasuk sepupu) dah keluar dari kampung halaman. Adik aku masuk IKM kat Kedah, sorang lagi sepupu yang rapat masuk KPM kat Kuantan dan kembar dia masuk ILP. Aku sebagai kakak risau lah sebab dorang semua ni tak pernah rasa kehidupan di asrama. jadi sebelum dorang daftar aku dah gitau siap-siap barang apa yang penting sebagai ahli asrama. Siap suh dorang tulis balik list barang dan tick mana yang dah ready. 


Baru seminggu kat tempat belajar yang baru dah ada kol dan mesej aku 

"Long, ada budak ejek aku."
"Long, aku kena denda masa orentasi. letih sangat". 
"Arghh..Baru masuk hari pertama rambut aku dah botak".
"Roomate aku jenis penyepah. Barang-barang bersepah sampai masuk ke bahagian aku".


Dan macam-macam lagi. Sebab tu aku selalu suruh mak aku masukkan adik-adik aku ke asrama semasa mereka sekolah menengah jadi bila dah masuk peringkat kolej dan u tak de lah mereka rasa kejutan budaya budaya di asrama, dapat berkenalan dengan rakan-rakan dan tahu camne nak kenal perangai kawan-kawan. Tak kesah lah sekolah berasrama penuh ke sekolah harian ke rumah dekat giler ngan sekolah ke. Try duduk asrama. Boleh mentelaah pelajaran ngan kawan-kawan.


Ni tidak. Baru masuk pintu pagar asrama jek dah ase nak demam, muka tak bermaya, takut dengar macam-macam cerita kat asrama. Terus kol mak ayah suh mai ambil tak mahu tinggal kat asrama dah. Eleh kau azi. sedapnyer mengata adik-adik kau. Dulu nasib baik kau tu asrama jauh giler dari rumah belajar kat negeri orang. Kalau tak mesti kau nak balik jugak kan. Okey fine. Memang pon. Menangislah aku beberapa bulan sebelum dapat sesuaikan diri ngan kehidupan asrama. terima kasih lah kat mak ayah aku berkeras tak mahu ambil aku pada waktu tu. 


Yang aku sedihnya, cuti sekolah tak sama ngan cuti dorang. Bila aku balik umah nanti mesti mereka tak ada. Yang tinggal budak-budak sekolah jek. Adik-adik dan sepupu-sepupu yang kecik-kecik.  (T_____T")


Thursday, July 7, 2011

Sambutan Hari Guru walaupun lewat namun meriah


Hari Guru disambut 16 Mei setiap tahun tapi maktab aku buat sambutan lewat sebab 16 mei haritu kami semua sedang menduduki peperiksaan. namun disambut ngan meriah sambutan hari guru pada kali ni.


menunggu ketibaan Tuan Pengarah Institut.



Disamping sambutan hari guru diadakan sekali perlatikan jawatakuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. 2 orang budak kelas aku join JPP. Aku? Tak layak lagi.




Classmate aku, Bob. Jadi naib pengerusi biro multimedia dan siaraya.

Ni budak kelas saya jugak. Ruby!


Persembahan-persembahan menarik dipersembahkan oleh para pelajar. Dan kami sama-sama melaungkan ucapan TERIMA KASIH CIKGU! bersama-sama.



Sangat kreatif dan menarik. kad selamat hari guru yang dibuat oleh para guru pelatih. 


Semakin hari demi hari aku semakin mendekati alam keguruan. lagi 3 tahun. InsyaAllah...


Wednesday, July 6, 2011

Melukis tinton


Okey tak lukisan aku?

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia


Hari ni 2 Julai 2011 telah diadakan larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang melibatkan para pendidik dan murid di seluruh malaysia. Dan tak terkecuali pelajar maktab pon terlibat. Larian bermula pada pukul 7.45 pagi. Walaupun cuti hujung minggu tapi ramai yang hadir untuk menyertai larian ini.


Maktab aku berkongsi padang dengan Sekolah Sains Alam Shah (ASIS). Nampak lawa je dorang semua pakai baju seragam kaler kuning. kami plak warna-warni tak de kaler yang spesifik.

 


Pelajar sekolah menengah yang berdekatan dengan maktab aku.


Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah menyertai satu larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada hari ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.



Jalan raya dipenuhi dengan pelajar sekolah. Meriah lah sebab kat kawasan maktab aku ni banyak sekolah. Semangat betul murid-murid ni lari. Cikgu-cikgu pon turut serta. Aku ngan kawan-kawan jalan je sampai la garisan penamat kat padang semua orang dah berkumpul nak buat cooling down.


Tuan Pengarah memberikan ucapan kepada para pelajar dan pensyarah kerana bersama-sama menjayakan larian 1 murid 1 sukan.Larian ini akan dimasukkan dalam Malaysia's Books of record. Wohaaaaa...


Penatnya walaupun hanya berjalan sejauh 5km. (T____T)~ Malam ni kena sapu kaki ngan minyat panas.

Friday, July 1, 2011

Minggu tautan kasih-regging pelajar baru


Semester ni aku satu bilik ngan budak junior lagi. Kiranya sejak masuk maktab nak masuk 3 tahun ni aku dah tinggal satu bilik ngan 3 orang roommate. Fatin, Nasita dan sekarang Wafa. Hari ni last diorang orientasi asrama. Semua duk sibuk cari tandatangan akak-akak senior. Bukannya nak regging buli tocher ke apa. Just nak kasi dorang kenal sape akak-akak senior yang tinggal satu bumbung asrama ngan dorang.


Sesi perkenalan dengan adik-adik junior...


Ramai giler junior kali ni. Penat tu terasa jugak lah. Nak perkenalkan diri kat dorang. Aku kasi cerita benda-benda yang basic saje. Sedang-sedang berkenalan tu adalah sorang junior tanya 'akak ni blogger ke' Erkkk..Aku tak angguk tak geleng. Nanti kantoi jugak blog aku ni. Dah ramai junior aku tau jadi aku kena behave siket. Aku kan budak BAIK


Semalam dorang ada malam kebudayaan. Kreatif jugak adik-adik ni. Ada yang menari, berlakon, nyanyi. Siap main gitar lagi. Kat sini kami ada kos muzik.


Tu diaaa..Berhimpit dalam bilik rehat.


Ni nelly orang Sabah. Sedap dia nyanyi.


Barisan juri yang mengomen persembahan pada malam semalam. Hahahah ruby tau pulak aku nak candid gambar dia.

Last nak habes tu kami buat suprise nyanyi lagu besday ahli-ahli kediaman asrama yang besday dorang masa hari orentasi. Aku akak senior yang baik. Hahahaha. Takdenya nak regging junior. Tak caye tanya junio2-junior aku. Malam ni last orentasi esok kami ada larian 1MURID 1 SUKAN.


p/s: taip entry dalam keadaan rushing. sory semua. nanti aku update lek lok lepas ni.